Wednesday, 7 October 2015

ROTI ASAS K FINE CREAM SUPER









Hanya menggunakan resepi roti asas kita boleh mempelbagaikan roti mengikut citarasa sendiri asalkan sukatan cecair dan tepung adalah seimbang iaitu 270 ml untuk cecair bagi 500gm tepung atau 410 ml untuk 1 kilo tepung. Daripada petua itu kita boleh cipta pelbagai reepi dan bentuk roti bagaikan seorang professional baker. Dan kini dengan bahan pelembut dan pengembang roti K Fine Cream SUPER (KFCS), ia bertindak lebih cepat pengganti kepada bread improver dn bread softener. Yang pasti bahan ini halal dan ada kelulusan daripada JAKIM. Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh guna resepi asas ini dan boleh juga order K Fine Cream Super (KFCS) dengan saya di talian 0124530315


Resepi ni saya guna sebagai basic dalam meroti, in shaa Allah jika ikut arahan bahan dan teknik, pasti roti yg terhasil akan lebih gebu dan lembut. Boleh juga dibuat donat, burger Malaysia atau roti goreng). Sebenarnya saya belajar sendiri je buat roti ni, berguru dengan fb dan 'trial n error'. Bila dah confident barulah saya berani jual K Fine Cream Super yang diasaskan oleh abang angkat saya Chef Khairi Mansor (chef bakery terkenal di Malaysia)

Bahan-bahan:
400 gm tepung high protin
100 gm tepung gandum
80 gm gula halus
10 gm K Fine Cream ( 1 sudu teh)
80 gm majerin (anggaran 2 sudu besar)
Susu segar 100 ml
1 biji telur kuning
150 ml air sejuk (saya guna air dlm peti)
1/ 2 peket yis segera
1 sudu teh garam

# Cara Bread Maker:
Masukkan air dan susu ke dalam BM diikuti yis, gula, majerin dan krim K Fine, seterusnya masukkan tepung dan garam. Set doh (Cosway no 8),  dan ulang proses 2 kali. Biarkan dalam BM selama 45 minit hingga 1 jam, lepas tu tumbuk angin, uli semula dalam 5 minit dan mula bentuk roti ikut suka.

# Cara manual:
Rendam yis dengan sedikit air suam (ambil drp jumlah keseluruhan air) selama 10 minit. Gaul tepung, gula, garam dan majerin. Buat lubang di tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan mixer atau tangan selama 20-25 minit.  Angkat doh dlm bentuk bulat dan sapu bekas dengan majerin , sapu juga di doh dan rehatkan selama 1 jam. Tutup doh dengan kain atau bekas, boleh juga simpan seketika di dalam almari. Keluarkan doh dan tumbuk angin, uli lagi dalam 5 minit. Mula bentuk roti anda.

Roti yang sudah dibentuk hendaklah dibiarkan proofing selama 30 hingga 45 minit sebelum dibakar. Bakar selama 20 minit dengan suhu 185 C. Sapu roti yang siap dibakar dengan butter untuk mengilatkannya serta kekal lembut.

* Boleh guna susu tepung tetapi pastikan cecair mencukupi 270 ml
* Resepi asas roti ini juga boleh dibuat donat, pau, burger Malaysia atau roti goreng

Proses membuat roti yang harus diikuti terutama kepada mereka yang baru nak belajar buat roti:


1. Mixing (mencampurkan bahan-bahan)
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan di atas meja. Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-bahan kering seperti yis, tepung , gula, garam, serbuk penaik, bread improver dan bread softener. Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak perlu dipindahkan.


2.Kneading (Menguli doh)
Adunan beryis seperti pau, donut atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan dengan tangan, atau mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 20 - 30 minit. Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.



3.Proofing (Mengembang kali pertama)
Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam bekas besar (besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3 kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.

4. Punching (Membuang gelembung angin)
Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya. Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda. 


5. Second Proofing (Mengembang kali kedua)
Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 30 - 40 minit.


6. Glazing (menggris atau spray)
Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur (eggwash) ataupun dengan mentega cair. Boleh juga gunakan air sejuk yg dispray. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang sesuai.


7. Baking (Membakar)
Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 180 C - 200°C selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.


8.Packing and Storing (Menyimpan)
Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering dan keras.



Tuesday, 6 October 2015

SELINGKAR KISAH


Selingkar kisah terjebaknya aku dalam dunia meroti dan bergelandangan dengan hakak2 GRO

Saya tidak pernah terfikir untuk serius dlm bidang masakan apatah lagi menjual produk berasaskan makanan. Segalanya bermula apabila saya disingkirkan dari satu group masakan (mcm AF gitu) dan mencari tapak untuk meneruskan bakat yang ada. Mungkin sifat suka carut (baca sebagai lantang dan ikhlas bersuara) saya dikenakan amaran oleh 2 lagi group masakan  (tp belum tersingkir). Maka saya hasilkan jurnal page masakan Dari Dapur Lelaki. Tidak lama selepas itu chef tersohor Khairi Mansor add fren saya, mungkin dia melihat bakat saya dlm bidang masakan  (ala2 Ramli MS yang mencari bakat baru).

Pada permulaan saya membeli 1 kilo K FINE Cream Super tanpa ada basic utk buat roti. Lama juga berfikir...apa kejadahnya krim ni? Saya nak minta resepi roti drp Chef Khairi tp saya rasa malu sbb saya fhm dia selalu anjurkan kelas berbayar dan tidak wajar saya meminta secara percuma. Maka googlelah saya mencari resepi dan menonton youtube dan memberanikan diri mencuba KFCS. Alhamdulillah ia memberi kesan yg memberansangkan. Selepas itu Kak Umi dr Jitra telah sudi berikan resepi roti asas diikuti nombor ahli Cosway untuk membeli breadmaker. Ekoran dari itu page DDL mula meletup dan ada follower baru di Dapur Panas. Akhirnya selepas ditegur oleh seorang admin group masakan atas gurauan nama GRO,  maka saya tekadkan diri membuka page masakan Group Resepi Otai a.k.a GRO. Peringkat awal mcm2 sindiran dan cemuhan yg saya terima.

Dengan muka tak malu saya beranikan diri usha Chef Khairi dan berhajat untuk menjadi stokis KFCS selepas mendapat platform dan pasaran baru bila keahlian GRO meningkat dgn mendadak. Saya berfikir untuk menjadikan GRO sebagai group santai ala2 clubbing di alam maya wp terdiri drp makcik2 otai atau para suri rumah yg suka melayari fb. Saya manipulasi keadaan dgn skil berbahasa  romantis (kitakan cikgu sastera) di samping skil memasak yg tidak seberapa. Saya berusaha menghasilkan Buku Resepi Roti yg dijual bersama KFCS. Dari situlah saya kembangkan lagi produk GRO dgn menjual #MaduKelulut #NakedNuts #ApronGRO dan #BilisPedas.  In shaa Allah dlm masa terdekat #BukuCatatanResepi pula akan menyusul.

Alhamdulillah GRO mewarnai hari2 saya apabila berjaya menjual 400 kg KFCS, 300 helai apron dan 200 peket bilis pedas. Tanpa anda siapalah saya dan in shaa Allah saya tetap berpijak di bumi nyata cuma faham mulut saya tidak sejahat hati saya. Saya hormat dan sayang semua ahli GRO di bawah naungan saya.

Maestro Ateh Wan ( FOUNDER GRO )


Monday, 5 October 2015

JAPANESE COTTON CAKE



5 keping Slice cheese apa2 brand
200ml fresh milk (sedap guna full cream)
70 gm butter
70 gm tepung gandum
70 gm gula
4 biji telur (asingkan)
1 sd teh esen vanilla
# Carik2kan cheese slice dan campur dgn fresh milk, masak dlm periuk dengan api perlahan, masukkan butter, kaucau dan sejukkan.
Pukul putih telur perlahan dulu, masukkan gula halus sedikit2 dan tambah speed hingga jd meringue (bertanduk)
Dalam bekas yg lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, masuk tepung sedikit2 dan kacau rata hingga sebati
Akhir sekali masukkan meringue dan esen vanilla, kaup balik adunan
Alas loyang 9 inci dengan kertas minyak, gris minyak di tepinya, Tuang adunan dan ratakan.
Bakar secara water bath (bain marie) seperti dlm gambar tu, guna api bawah 170 C selama 30 minit dan tukar kepada 140 C guna api atas dan bawah selama 40 minit
Bila masak renggangkan pintu oven selama 15 minit (jgn diterbalikkan spt kek span)


Petang ni saya nak kongsi satu anekdot pengalaman memasak 'Japanese Cotton Cheese Cake' yg mcm dlm pic tu.....
Sebenarnya saya telah lakukan 3 percubaan sebelum dapat hasilnya seperti dalam pic di bawah. Baking kek ni kena sabar dan hati2 sbb melibatkan meringue dan water bath atau bain marie. Kali pertama kek saya jadi seperti bengkang yg mungkin tergeliat tangan jika ditekan hehehe. Puncanya apb saya silap whisking telur putih terus masukkan gula dan ada sedikit telur kuning. Hampir 20 minit guna speed mixing pun masih tak jd meringue. Jadi bila dibakar terus jd bengkang (hazab sgt nak habiskan 1 loyang tau)
Kali kedua saya cuba lagi selang seminggu, semua dah elok, telur putih gebu n soft jd meringue. Tp saya tersilap masa bakar guna loyang yg boleh ditanggalkan tu. Kek ni guna kaedah bain marie iaitu masukkan loyang dlm bekas berisi air. jd air itu telah masuk dlm loyang la. So kek kita jadi lembek mcm koleh.
Ikut hati memang rasa kuciwa sgt tau. Tp hati tetap nak cuba lagi. Alhamdulillah cubaan kali ketiga memang elok dgn gebu dan lembutnya. Mak mertua yg kebetulan datang pun puji melambung la menantunya ini. Itulah pengalaman saya. Moral of the story jgn putus asa jika masakan anda kelihatan ngeri pd mata sendiri hehehe. ok guys see u again.

Sunday, 4 October 2015

AKU DAN DUNIA ROTI

Roti merupakan makanan yang boleh menggantikan nasi sebagai makanan ruji, sudah semestinya ia suatu menu yang amat menarik jika seseorang itu pandai membuat roti. Seingat saya, kali pertama buat roti ketika tahun 1997 ketika itu baru saja beli mixer Kenwood. Hasilnya memang tidak seperti roti di kedai tetapi dikira boleh makan saja. Pada masa itu saya hanya gunakan resepi di dalam majalah dan langsung tiada ilmu tentang roti. Lama saya simpan mixer di dalam stor sehinggalah tergerak hati untuk mencubanya pada tahun 2014 (18 September sempena hari jadi saya hehehe). Saya menggunakan resepi seorang rakan fb yang belajar kulinari untuk membuat red bean bun. Sekali buat rupanya ok lah (pic di bawah) tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.


Selepas itu saya mula meminati roti dan mencari resepi di Google. Melihat resepi kadang-kadang ia tidak seperti yang kita fahami. Lama kelamaan saya belajar daripada kesilapan. Saya memasuki satu group berkaitan dengan roti dan saya yang tiada ilmu apa-apa sudah pasti teruja untuk mendapatkan resepi. Dengan mulut yang suka mencarut akhirnya saya diusir keluar dari group itu (padan muka hahahaha). Di dalam group itu saya sempat mengorek banyak tips dan mencuba bread improver yang dinamakan Superbake GR serta sempat juga beli sebuah buku tentang roti.

Sebelum saya diusir keluar saya terlihat iklan tentang krim K Fine oleh Chef Khairi Mansor. Saya pun terus pm dia dan order 1 kilo dengan harga yang agak murah. Pada masa yang sama saya turut berkenalan dengan seorang kakak di Jitra (kak Umi) yang juga ahli group itu. Dialah yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang resepi dan kaedah membuat roti walaupun tidak pernah bersua muka. Hati membuak-buak untuk membeli bread maker Cosway sebaik saja Krim K Fine tiba. Kak Umi telah memberikan nombor ahli Cosway untuk dapatkan harga ahli yang murah. Percubaan pertama sangat memberansangkan kerana roti-roti yang dihasilkan dengan BM serta K Fine sangat elok dan gebu. Buat pertama kali juga saya cuba menjualnya kepada pelajar-pelajar di sekolah isteri. Dalam masa sebulan saya sudah berjaya mendapatkan modal harga bread maker serta beberapa peralatan meroti yang lain. 



Saya memberanikan diri untuk mendekati Chef Khairi Mansor setelah dia add saya dalam frenlistnya di fb. Perkenalan itu membuka ruang keapda saya untuk menawarkan diri sebagai stokis KFCS. Saya memasang strategi kearna pada masa itu saya telah pun membuka page masakan Dari Dapur Lelaki dan ekoran daripada itu juga saya memasuki beberapa group masakan lain dan berkongsi resepi hingga memiliki beberapa follower yang mencadangkan supaya dibuka satu group masakan sendiri. Percaturan saya amat tepat apabila saya membuka Group Resepi Otai (GRO), ia mencetuskan fenomena apabila ramai pengikut saya mula memasuki GRO. Peluang ini saya gunakan untuk memasarkan K Fine Cream secara lebih meluas. Alhamdulillah sehingga catatan ini ditulis keahlian GRO telah mencecah hampir 16 K dan saya satu-satunya admin group itu. Saya sengaja mencetuskan isu-isu panas dan sensasi untuk menaikkan rating group. Ternyata ia berbaloi apabila dalam tempoh 4 bulan saya telah menjual hampir 400 kg K Fine Cream, menjadikan saya stokis yang paling berjaya (lihatlah duniaaaa hahahaha). 


Saya cuma terkilan apabila suatu ketika Chef Khairi yang saya anggap seperti abang sendiri telah membawa saya semula ke group yang berkaitan dengan roti itu, saya telah dikenakan tindakan tegas apabila timbul isu tentang hakcipta sekeping gambar ahli kelab itu (walhal saya telah jelaskan saya meminjam gambar itu dari seorang ahli kelab) serta kes ciplak krim K Fine. Akhirnya saya diusir keluar lagi tatkala saya mula memasarkan K Fine Cream di kelab itu. Saya menggunakan strategi menjual KFCS bersama buku resepi, mungkin sebab itu ia tidak disenangi oleh adminnya. Maka saya diusir keluar dan Chef Khairi turut keluar sebagai adminnya. Chef Khairi meminta saya membawa masuk dirinya ke dalam GRO. Ironinya admin no 2 kelab itu turut menyertai GRO dan dia seorang yang sangat peramah dan baik hati dan tidak pedulikan siapa saya sebelumnya. 



Kini saya selesa dengan GRO dan turut perkenalkan pelbagai pakej untuk para pembuat roti yang baru berjinak2 untuk membuat roti. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana ramai yang memuji kehebatan K Fine dan jualannya semakin bertambah setiap hari. Seiring dengan itu saya membina nama di GRO walaupun saya bukanlah seorang pembuat roti yang hebat. Justru pada 3 Oktober 2015, saya dengan rendah diri memasuki kelas meroti Chef Khairi, bukan sekadar untuk mengutip ilmu tetapi juga sebagai satu tauliah daripada abang saya. Saya hormati dia dan pengalamannya. Harapan saya dengan sedikit ilmu dan pengalaman saya akan hasilkan sebuah buku berkaitan dengan dunia roti. In shaa Allah.

Saturday, 3 October 2015

RESEPI : BROWNIES UNTUK DIA....


Tak mainlah asam pedas tu hahaha. Pedulikan rupanya yg tidak seberapa tapi rasanya sangat mebeles. Resepi kat GRO tapi kita alter sikit untuk citarasa chefgu yg kekwat. Manisnya sekata menyelinap di jiwa....Alhamdulillah mem puji sedap katanya. Sebenarnya saya lebih suka brownies berbanding kek coklat sebab ia lebih moist dan ada kekacang kegemaran. Ia juga mudah dibuat asalkan ikut sukatan dan teknik yang betul. Saya tidak begitu kisahkan rupa bentuknya asalkan sedap di mulut kira ok la kan. Yang paling pentig family kita suka brownies ini.
Bahan A:
225gm coklat dark compound Beryls
135gm butter

Bahan B:
3 biji telur
100gm gula kastor
100gm gula perang
sedikit esen vanila 


Bahan C:
220gm tepung gandum
1 sdk baking powder
35gm koko
Almond flakes utk tabur
kalau ada pecan lg sedap 


# Cairkan bahan A secara double boil
Pukul bahan B dgn whisk seketika
Masuk bahan C dan gaul rata
Masuk bahan A gaul sebati
Bakar 40 minit suhu 160c
Saya guna loyang 9x9

Friday, 2 October 2015

ROTI SARANG LEBAH

Roti Sarang Lebah

Suatu ketika dahulu roti sarang lebah sangat in dalam dunia bakery sehingga menjadi fenomena. Saya pernah cuba beberapa kali menggunakan bread improver biasa tetapi hasilnya agak mengecewakan sehinggalah saya temui K Fine Cream Super (KFCS)
Bahan roti:
400gm tepung high protein campur 100gm tepung gandum
1 / 2 peket yis mauripan (jika guna manual rendam dlm 50 ml air suam dan gula10 minit)
2 sudu besar butter atau majerin
220 ml air sejuk yg dicampur 1 biji telur
2 sudu besar gula (jika guna BM)
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh K-Fine Cream
*Kekacang seperti biji bunga matahari, badam cincang dan biji bijan hitam

# Jika guna BM masukkan yg cecair dulu diikuti gula dan tepung dan butter. Tekan setting doh dan uli 14 minit x 2. Biar ia berehat 1 jam. Tumbuk buang angin dan uli lg 5 minit dan boleh bentuk roti. Bentuklah roti anda bulat2 sebesar bola pingpong. Rehatkan doh 45 minit, spray dengan air. Tabur kekacang dan bakar 180C selama 20 minit.
* jika guna BM jumlah air dan telur 270ml
# Jika uli dgn mixer atau tangan gaulkan tepung, susu dan gula dan garam, buat lubang dan tuangkan campuran yis. Uli selama 20 minit hingga elastik. Rehatkan doh selama 1 jam. Tumbuk buang angin dan uli lagi 5 minit.
* K Fine Cream adalah pelembut dan pengembang roti yang bertindak sekaligus menggantikan bread improver dan bread softner, ia diperbuat daripada kelapa sawit dan ada sijil halal oleh JAKIM. Jika berminat boleh whatssap saya 0124530315 (Wan Sukeri)


Sos Butterscoth:
1 cawan whipping cream atau susu segar full crream                                                                           3/4 cawan gula perang                                                                                                                               1 sudu besar butter                                                                                                                                   1 sudu teh esen vanilla                                                                                                                            air secukupnya                                                                                    
1 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air
# Panaskan butter dan masukkan gula. bila sudah cair tuang whipping cream / susu (hati-hati panas). masukkan air dan esen vanila serta garam, akhir sekali bancuhan tepung dan rasa manisnya




CHICKEN CHOP GRIL

'Chicken Chop Gril' antara menu yg sentiasa saya masak untuk lunch atau dinner terutamanya bila malas nak masak nasi. Jika ada periuk pemanggang ajaib ia lebih mudah dilakukan dan ia kekal juicy berbanding guna oven. Saya suka gunakan bahagian whole leg sebab tidak suka bahagian dada yang banyak isi.
* 1 whole leg ayam diperap bersama 1 biji bawang putih cincang dan sos lada hitam. perap 1 jam.
sosnya pula:
1 biji bawang putih dan 1/2 labu bawang besar Holland dicincang 
1/2 kiub pati ayam atau daging knors
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam yg kasar
3 biji cendawan butang (jika ada) dicincang
butter utk menumis
Sayuran ikut suka dipotong dan dicelur seketika dan disejukkan dgn ais
# Ayam dimasukkan dlm pemanggang ajaib atau oven, masukkan sedikit minyak, balik2kannya hingga masak.
utk sos...panaskan butter, masukkan bwg putih dan bwg besar. Bila garing sikit masukkan sos2 td dan kiub ayam. Masukkan bancuhan tepung jagung, lada hitam dan cendawan butang. Hidang bersama sayuran dan kentang goreng atau rebus.
kalau nak guna mix vegetables celur sikit dan sejukkan lalu digaul mayonis.

SIZZLING'S MEE

Saya memang hantu mee sizzling sebab suka lauknya dan sayurnya yang mewah, part paling best adalah telur separuh masah yang digaul kuah masin dan pedas...


1 tompok mee kering (boleh juga mee basah)
1 cawan ayam didadu kecil
1 batang sosej dipotong
1 ulas bawang putih dicincang
1 /2 labu bawang besar didadu
Sedikit halia’ 
3 biji cili kering dipotong
1 sudu besar minyak bijan, 
1 kiub ayam
Sos tiram dan sos pekat manis (ikut rasa sendiri)
1 biji telur
2 sudu tepung jagung (ikut pekat) campur dengan sedikit air
Sayuran ikut suka (kalau keras dicelur dahulu)

#Tumis bawang2 dan halia, masukkan minyak bijan,  cili kering dan sedikit air, masukkan sos tiram, kiub ayam dan kicap dan akhir sekali ayam dan sosej.
Mee direndam dengan air panas seketika dan toskan. Masukkan ke dalam hotplate. Susun syuran dan tuang kuahnya, pecahkan telur dan masak hingga telur separuh masak. Boleh tambah cili padi jika ingin pedas.



K FINE CREAM SUPER (KFCS)

K FINE CREAM SUPER (KFCS) merupakan sejenis krim pelembut dan pengembang roti yang telah dicetuskan oleh Chef Khairi Mansor iaitu pakar bakery yang sering menganjurkan kursus berkaitan dunia bakery. Krim yang berasaskan kelapa sawit mampu menggantikan bread improver dan bread softner sekaligus. Hanya menggunakan 20gm KFCS untuk 1 kilogram tepung. Yang paling penting ia adalah halal dan mendapat sijil kelulusan daripada JAKIM. Jika anda berminat untuk mendapatkan KFCS ini boleh whatssap saya di talian 0124530315 (Wan Sukeri). Saya adalah stokis utara yang sah yang dilantik oleh Chef Khairi Mansor. Anda boleh memilih pakej istimewa ini yang dijual bersama BUKU RESEPI ROTI






BAKED POTATOE'S LASAGNE

Resepi ini tercetus selepas melihat lebihan roti Gardenia dan kentang yang sudah tumbuh tunas di dalam esbok. Lagi pula saya memang penggemar masakan barat berasaskan pasta dan kentang..feeling Italiano la sangat

2 biji kentang besar (kalau kecil guna 3 biji dikupas kulit dipotong 1/2 sm dan direbus 3 suku masak)
2 keping roti gardenia dibuang kulit tepi dan dilenyek utk dijadikan dasar
sos merah:
1 cawan daging cincang
1 tin kecl tomato puri
1 labu bawang besar Holland didadu
1 ulas bawang putih dicincang
2 biji cendawan butang dihiris
1 biji tomato didadu
mix herbs, paprika dan chillies flake serta daun parsley kering
minyak zaitun utk menumis
Cheese mozarella
# Tumis bawang2 dan masukkan daging. Bila garing masukkan tomato puri dan buah tomato diikuti herba2 lain serta garam. Renehkan seketika hingga agak kering sikit
Sos putih:
Saya gunakan serbuk carbonara dlm 2 sudu besar yang dibancuh air panas jd 3/4 cawan. Boleh guna sos prego Carbonara juga
# Sapu butter pada loyang (saya guna Pyrex sebab trademark kekwat)
Susun lapis pertama dgn roti diikuti sedikit sos merah dan sos putih. Aturkan kepingan kentang hingga penuh dan masukkan sos merah diikuti sos putih, ulangi hingga habis iaitu kentang di bahagian atas. Parut mozarella dan bakar 190 C selama 30 minit, yg last sekali guna api b



awah je dlm 10 minit,

SIAKAP MACAM-MACAM RASA

Assalammualaikum...

Kita memang dah biasa dgn masakan sweet sour dan siakap 3 rasa. Jadi kita punya siakap pun lebih kurang mcm tu. Mungkin ada sedikit improvisasi untuk menambahkan kekekwatan rupa dan rasanya.

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan Siakap dibelah dilumur kunyit garam dan tabur tepung jagung dan digoreng. Ketepikan
3 biji cili merah diblend bersama 3 biji cili padi, 3 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih dan sedikit halia. 
1 sudu besar setiap Sos cili, sos tomato dan sos tiram
2 keping nenas dalam tin
1/2 cawan Sayur campur
1 labu bawang besar dihiris
1 biji tomato belah 4

Cara memasak:

# Tumis bahan2 blend hingga garing dan pecah minyak. Masukkan 3 sos utama iaitu cili, tomato dan tiram sesudu setiap satu. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa. Masukkan nenas yg dipotong serta sedikit sayur campur. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris dan 1 biji tomato belah 6. Tuang kuah ke atas ikan....
 
yang ini versi belah belakang pulak





PULUT INTI merupakan menu tradisi yg paling saya sukai selain Pulut Sambal. Ramai yg cuba buat dan jual tetapi tidak memenuhi citarasa sbb masing2 kemut bajet pastu ciput je pulut dan intinya. Sebenarnya bukan susah pun nak buat tetapi ghairah nak buat tu susah nak datang. Ok saya share resepi saya sendiri:
500gm beras pulut direndam semalaman
1 cawan santan pekat 
1 sudu teh garam 
inti:
3 cawan kelapa parut putih
2 keping gula melaka atau gula kabung ikut manis
2 sudu besar gula pasir ikut manis
sedit garam
1 sudu tepung pulut atau tepung gandum
daun pandan simpul
air secukupnya
# Kukus pulut kali pertama dalam 15 minit. Angkat dan tuang ke dlm mangkuk besar. Masukkan santan yg bercampur garam. Gaul mesra dan kukus lagi 20 minit hingga kelihatan berkilat. Gaul dan tekan dlm mangkuk seketika.
Inti.
Campurkan kelapa dgn 1 cawan air dan masukkan gula melaka dihiris nipis serta gula pasir. Manis bergantung kpd rasa masing2. Masukkan daun pandan dan kacau hingga sebati dan kering serta berminyak. Masukkan tepung pulut td utk membuat inti lebih melekat mesra.
Hidangkan pulut dgn inti. Kalau malas...beli je la hahaha

RENDANG JAWA

* Saya perolehi resepi ini daripada seorang guru wanita dari Johor (Jawa) pada tahun 2006), Sebaik sahaja mencubanya ternyata ia sangat sedap selain daripada cara membuatnya yang amat simple. Justru ia seringkali menjadi menu utama ketika selera hilang entah ke mana. Sedap dinikmati bersama nasi impit atau makan dengan nasi panas2

Hanya guna resepi yg sgt simple...
500gm daging dipotong nipis dan direndam dgn kicap manis cap kipas udang selama 4 jam. Blend cili kering ikut suka pedas (anggaran 25 biji ok la) bersama 2 biji bawang besar Holland dan 2 ulas bwg putih bersama 1 cawa
n air. Tumis bahan kisar hingga menggelegak. Masukkan daging perap bersama kicap. Kacau dan reneh hingga kering dan tambah sedikit garam. Masukkan 1 labu bawang besar dihiris nipis dan biar layu seketika dan siap.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...