Google+ Followers

Total Pageviews

Tuesday, 21 June 2016

KUZI AYAM GRO



KUZI AYAM GRO (Maestro Ateh Wan)

 Ini adalah dedikasi saya untuk Group Resepi Otai (GRO) yang saya menjadi adminnya.

Rasanya inilah menu yang paling istimewa kerana saya membuat inovasi dan kreativiti sendiri 

tentang bahan dan rasa. Saya sukakan kuzi kerana rasanya yang tersendiri, masalahnya 

sukar  sekali untuk mendapatkan rempah kuzi,. Oleh itu saya membuat kajian rasa beberapa 

kali dan ternyata inilah rasa yang paling sedap...(perasan kan hahahaha)

1/2 ekor ayam dipotong 6 bhg diperap dgn halia dan bawang putih serta garam lalu digoreng 
3/4 masak menggunakan minyak masak 1/2 cawan campur 1 sudu besar minyak sapi. 

* bekas minyak ini diguna setengah utk menumis nanti


Bahan kisar:

1 sdt ketumbar, 1 sdt jintan manis dan 1 sdt jintan putih (sangai dahulu) dan blend bersama 5 
ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 sudu besar pes cili

Bahan tumis:

3 kuntum bunga lawang

5 biji buah pelaga

1 biji buah keras

4 kuntum bunga cengkih

1 batang kulit kayu manis

2 ulas bawang putih dihiris

Bahan lain:

3 ulas bawang merah dihiris dan digoreng

1/2 cawan susu segar

Sedikit biji gajus digoreng dahulu

Sedikit kismis

2 biji cili merah dibelah 2

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap manis kipas udang

1/2 labu bwg besar Holland dihiris

# Tumis bahan tumis dahulu

Masukkan bahan kisar, tunggu ia mereneh garing dan pecah minyak

Masukkan sos tomato, kicap dan susu 

Bila agak pekat masukkan ayam, hirisan bawang besar, cili merah serta kismis dan biji gajus. 
Masukkan ayam, bawang goreng dan perasakan. Biar ia mereneh dan sebati dahulu sblm 
diangkat.