Google+ Followers

Total Pageviews

Saturday, 18 June 2016

QUICHE BEEF'S CURRY MIX POTATOES

QUICHE BEEF'S CURRY MIX POTATOES


200gm tepung gandum

1 sdt garam, Sedikit mix herbs
110gm butter sejuk (kiubkan)
1 kuning telur
1/4 sudu lemon juice
50ml air sejuk (masuk sikit2)
# Gaul butter, telur dan tepung, garam, lemon jus, tuang air dan uli. Rehat doh 15 minit dlm peti ais
Masuk ke dlm bekas pie dan cucuk di bawah, bakar 15 minit 
Filling:
200gm daging kisar (guna Ramly je sekeping)
2 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang Holland didadu
1/2 bungkus serbuk kari daging cap O
1 biji tomato didadu
Sedikit batang saderi
1 btg sosej black pepper
1 biji kentang didadu kecil.dan direbus hingga empuk
Sedikit mix vegetables
1 biji cili merah dihiris
Sedikit chillies flake utk extra pedas
# Tumis bawang putih, masukkan serbuk kari yg dibancuh sedikit air. Bila garing masukkan daging dan sedikit air. Reneh sekejap masukkan bawang besar, tomato dan sayuran lain. Perasakan.
Tuang filling ke dlm pastry quiche yg telah dibakar. Pukul 3 biji telur dan masukkan 1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie, kalau tiada masuk garam je sikit, tuang 1/4 cawan susu dan gaul sebati dgn telur. Tuang atas filling td, jika suka parut mozzarella cheese.
Bakar 30 minit api atas bawah suhu 180 c. Kalau tak perang lg extra 10 minit lg.


Tuesday, 14 June 2016

Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat

'Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat' atau dalam bahasa sastera 'Bijikmu Bijikku Jua'. Sesedap namanya sesedap rasanya.

10 biji meatball disaute / goreng dgn sedikit minyak zaiton atas pan
1 biji kentang dihiris nipis disaute lepas meatball tadi, agak kuning angkat
1/2 cawan makaroni direbus
1 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 tin carbonara Prego
Sedikit cauliflower
Sedikit btg saderi
1 biji tomato didadu
Mix herbs
2 biji cendawan butang dihiris
1 btg sosej black pepper dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
Cheese mozzarella
# Tumis bawang2 dan masukkan sosej. Tuang sos carbonara diikuti sayuran, mix herbs dan serbuk lada hitam. Tidak perlu garam atau serbuk perasa lg. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
# Susun base dgn kentang diikuti filling makaroni dan meatball susun diatas. Parut mozzarella dan bakar api bawah 15 minit dahulu diikuti api atas bawah 10 minit lg hingga perang. Boleh dimakan ketika panas2 kaup dgn sudu atau sejukkan baru potong


Monday, 13 June 2016

SUP TULANG ALA THAI

SUP TULANG ALA THAI

1 kg tulang rusuk

4 ulas bwg merah dihiris


3 ulas bwg putih


Sedikit halia


Sedikit lengkuas


1 btg serai diketuk


1 sudu besar ketumbar ditumbuk bersama


1 sd teh jintan manis


1 sd teh jintan putih


1 sd teh lada hitam 


6 cili padi diketuk


1 btg kulit kayu manis


3 kuntum bunga lawang


1 btg saderi


Sedikit karot


1 biji tomato belah 2


2 helai daun limau purut


1/2 biji perahan limau nipis


# Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis dan rempah tumbuk. Masukkan serai dan 


sedikit air. Masuk tulang dan biar sekejap masuk air secukupnya. Boleh terus reneh atau 

masuk ke dlm pressure cooker. Akhir sekali masuk cili padi dan sayuran serta tomato. 

Perasakan dgn garam dan serbuk perasa Hilal