Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 24 September 2015

PENGGUNAAN K.FINE CREAM SUPER

APAKAH K FINE CREAM SUPER (KFCS)

K FINE CREAM SUPER keluaran Chef Khairi Mansor:

*Sejenis bahan pelembut roti yang bertindak sebagai pelembut, pelembab dan menambah saiz roti serta daya tahan lama roti. 
*Mempercepatkan proses elastik doh. Proses proofing lebih cepat berbanding bahan pelembut yang lain dan teksturnya tidak mudah kering
*Ianya 100% halal daripada produk bumiputera Malaysia, berasaskan minyak kelapa sawit dan mendapat pengesahan halal drp JAKIM.
*Sesuai untuk semua jenis masakan yang berasaskan yis seperti roti, pau dan donat
*Sesuai juga utk menambahkan kelembapan kek yg dibakar - kek marble

*Penggunaan yang minima serta jimat, hanya perlukan 20gm untuk 1 kilo tepung dan tidak perlu lagi menggunakan bread softner dan bread improver
*Boleh bertahan selama 1 tahun. Seeloknya disimpan dalam peti ais

# Jika berminat boleh whatsapp 0124530315
# Harga dijual bersama buku resepi roti dan poslaju (tanpa buku tolak rm 5)

Harganya:
RM 43 sekilo termasuk buku & poslaju
RM 28 500gm termasuk buku & poslaju
RM 23 300gm termasuk buku & poslaju
# Utk Sabah Sarawak extra RM 5 poslaju
# Saya satu2nya stokis KFine yg jual bersama buku resepi roti yg saya hasilkan sendiri. Jika berminat boleh bank in:
1. CIMB 7045941893 atau
2. MayBank 152108151935 atau
3. BSN 0219041000157549
(Wan Sukeri Wan Ibrahim) wasukeri@yahoo.com



Merupakan sejenis krim pelembut dan pengembang yang diperbuat daripada kelapa sawit dan mudah larut di dalam air bila dicuci. Ia bertindak sekaligus menggantikan bread softner dan bread improver. 

Penemuan yang dibuat oleh Chef Khairi Mansor ternyata telah berjaya menghasilkan roti yang lebih lembut dan gebu seperti yang dijual di kedai.  Yang pasti bahan ini halal dan ada kelulusan daripada JAKIM. 

Hanya menggunakan 20gm K Fine Cream (KFCS) untuk 1 kilogram tepung, kita boleh mempelbagaikan roti mengikut citarasa sendiri asalkan sukatan cecair dan tepung adalah seimbang iaitu 270 ml untuk cecair bagi 500gm tepung atau 410 ml untuk 1 kilo tepung. Daripada petua itu kita boleh cipta pelbagai resepi dan bentuk roti bagaikan seorang professional baker.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh guna resepi asas ini dan boleh juga order K Fine Cream Super (KFCS) dengan saya di talian 0124530315






Resepi ni saya guna sebagai basic dalam meroti, in shaa Allah jika ikut arahan bahan dan teknik, pasti roti yg terhasil akan lebih gebu dan lembut. Boleh juga dibuat donat, burger Malaysia atau roti goreng). Sebenarnya saya belajar sendiri je buat roti ni, berguru dengan fb dan 'trial n error'. Bila dah confident barulah saya berani jual K Fine Cream Super yang diasaskan oleh abang angkat saya Chef Khairi Mansor (chef bakery terkenal di Malaysia)

Bahan-bahan:
400 gm tepung high protin
100 gm tepung gandum
80 gm gula halus
10 gm K Fine Cream ( 1 sudu teh)
80 gm majerin (anggaran 2 sudu besar)
Susu segar 100 ml
1 biji telur kuning
150 ml air sejuk (saya guna air dlm peti)
1/ 2 peket yis segera
1 sudu teh garam

# Cara Bread Maker:
Masukkan air dan susu ke dalam BM diikuti yis, gula, majerin dan krim K Fine, seterusnya masukkan tepung dan garam. Set doh (Cosway no 8),  dan ulang proses 2 kali. Biarkan dalam BM selama 45 minit hingga 1 jam, lepas tu tumbuk angin, uli semula dalam 5 minit dan mula bentuk roti ikut suka.

# Cara manual:
Rendam yis dengan sedikit air suam (ambil drp jumlah keseluruhan air) selama 10 minit. Gaul tepung, gula, garam dan majerin. Buat lubang di tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan mixer atau tangan selama 20-25 minit.  Angkat doh dlm bentuk bulat dan sapu bekas dengan majerin , sapu juga di doh dan rehatkan selama 1 jam. Tutup doh dengan kain atau bekas, boleh juga simpan seketika di dalam almari. Keluarkan doh dan tumbuk angin, uli lagi dalam 5 minit. Mula bentuk roti anda.

Roti yang sudah dibentuk hendaklah dibiarkan proofing selama 30 hingga 45 minit sebelum dibakar. Bakar selama 20 minit dengan suhu 185 C. Sapu roti yang siap dibakar dengan butter untuk mengilatkannya serta kekal lembut.

* Boleh guna susu tepung tetapi pastikan cecair mencukupi 270 ml
* Resepi asas roti ini juga boleh dibuat donat, pau, burger Malaysia atau roti goreng

KELEBIHAN K FINE CREAM SUPER


Penggunaan Krim K Fine bersama instant yeast mempercepatkan proses pembuatan roti. Kebiasaannya kalau cara tradisional kita harus menunggu sejam utk proses resting. Jika guna ulian tangan pula, kita selalu rendam yis dengan air suam. Kini kita tak perlu risau untuk campur semua sekali kecuali garam diletak bhg tepi. Air pula dicurahkan ke atas yis (dicadangkan guna air ais untuk percepatkan elastik). Semalam kita tengok semasa dalam kelas Chef Khairi Mansor mengabaikan proses 'resting'. Sebaik sahaja doh diuli selama 15 minit menggunakan mixer, doh mula tanggal dari blade dan doh diangkat keluar lalu dihempas dan diuli di atas meja untuk seketika. Doh itu dikerat dan ditimbang serta terus dibulatkan (rounding).

PROSES MEROTI CARA CHEF KHAIRI MANSOR:

1. Masukkan tepung ke dalam bowl mixer
2. Masukkan gula, susu tepung, butter dan krim KFCS
3. Masukkan yis
4. Masukkan garam (jarakkan dengan yis)
5. Tuang air ais
6. Mula mix dengan kelajuan perlahan 1 minit dan teruskan kelajuan sederhana 15 minit
7. Angkat bila doh tanggal dari blade
8. Uli dan hempas seketika dan jadikan ia bentuk bulat
9. Bahagikan dan timbang doh
10. Buat rounding (bulat-bulatkan doh)  dan tunggu 15 minit
11. Masukkan inti (jika ada inti)
12. Tunggu proofing 30 hingga 45 minit
13. Spray dengan air bila nak bakar (boleh sapu eggwash)
14. Bakar roti dengan suhu 180c -190c anggaran 20 minit (api atas bawah)
15. Sapu butter ketika roti masih panas
Sebenarnya KFCS mempercepatkan proses yis mengembang dan roti jadi cepat elastik. Oleh itu lepas ni, jika anda gunakan KFCS anda boleh abaikan proses REHAT DOH selama 45 minit hingga sejam tu. Hasilnya tetap sama dan yang penting menjimatkan masa. Apa yang lebih penting krim ini HALAL dan boleh menggantikan bread improver dan bread softner yang tidak diketahui sumbernya.

Anda juga boleh menggunakan resepi roti ini yang didatangkan bersama krim di dalam kotak pek 450gm:

SAUSAGE ROLL (Resepi Chef Khairi Mansor)

500gm tepung high protein
50 gm gula pasir
8 gm garam
20 gm susu serbuk
8 gm yis
10 gm K Fine Cream
2 biji kuning telur
50 gm mentega
250gm air + ais
20 batang sosej
Sos cili
Mayonis

1. Campur semua bahan adunan dan uli sehingga elastik. 
2. Timbang doh kepada 40 gm setiap 1 dan bulat-bulatkan. 
3. Rehatkan 15 minit
4. Bentukkan roti mengikut citarasa sendiri
5. Susun atur sosej dan sos, biar ia kembang 45 hingga 1 jam
6. Bakar 190 C selama 20 - 25 minit



Jika berminat boleh whatssapp 0124530312 (Wan Sukeri)


3 comments:

  1. Xperlu letak telur ke? Sbb dlm cr chief tu x letak telur

    Knp garam x boleh letak skli?

    ReplyDelete
  2. mcmna nak order termasuk buku resipi tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum naj tanya...kalu masih nak gunakan bread softener,bread improver ...boleh ke

    ReplyDelete