Friday 16 October 2015

SPICY CHICKEN MEATBALL


Resepi asal drp Mr Google tetapi diubahsuai dengan selera kita org Islam..gila uoll nak guna red wine. tapi rasanya tetap sama dan disukai oleh ahli keluarga.

Bahan:
2 keping dada ayam dicincang
1 biji telur
1/2 cawan bread crumb (serbuk roti) kalau tiada guna tepung gandum 
1 sudu paprika dan 1 sudu chillies flake
1 /2 labu bawang besar
1/2 cawan daun bawang
2 sudu teh serbuk halia (boleh guna 1 inci halia ditumbuk)
2 sudu teh serbuk bwg putih (boleh guna 3 ulas bwg putih tumbuk)
garam secukup rasa
3 sudu cuka epal
3 sudu madu
3 sudu soya light (kicap cair)
1 sudu bijan
# Dalam mangkuk besar gaul isi ayam, bread crumb, daun bawang, bawang besar, serbuk halia, serbuk bawang putih, garam, paprika dan chillies flakes, pecahkan telur dan gaul mesra serasi serasa, gentel saiz 1 inci dan susun dlm loyang yg dilapik kertas bakar. Bakar dlm 20 minit suhu 180C. Dalam bekas lain mix cuka epal, madu dan kicap serta bijan. Keluarkan dan gaul meatball dengan bahan tadi, panaskan atas pan beberapa minit dan gaul mesra. Sedia dihidang dan tabur daun bawang yg lebih tu.


Thursday 15 October 2015

STEW TULANG LEMBU


1 tulang rusuk dipotong kecil dan diperap dgn serbuk lada hitam kasar dan sedikit garam serta 1 sudu teh mix herbs 
2 labu bawang besar Holland didadu 
5 ulas bwg merah buang kulit je
1 btg saderi didadu 
1/2 btg karot di potong bulat
1 biji tomato didadu
1 biji kentang didadu besar
2 helai daun bay
1 bici cili merah dihiris
serbuk paprika dan parsley kering
2 sudu besar pes bawang
# Goreng tulang lembu hingga perang dan ketepikan
Tumis bawang besar Holland dgn bawang putih. Masukkan pes bawang dan daging. Masukkan daun bay dan garam serta air 1 cawan. Tuang ke dlm pressure cooker. Tuang semua sayuran. (Kalau x de masak perlahan dlm 1 jam). Bila dah abis masa dalam PC tu masukkan cili merah dan perasakan.
# Pes bawang - Goreng 10 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih yg dihiris kasar. Pastu blend dan guna minyak goreng tu. Pastu tuang ke dlm kuali semula dan masak hingga kering dan buang minyak. Buat byk boleh simpan dlm botol di dlm peti ais. Lenkali senang nak buat sup atau moi.

# Pertama kali saya buat stew tulang lembu ni sebab tergoda dengan french loaf yang saya buat tetapi tiada penyicah yang sesuai. Bagi  sesetengah orang stew bukanlah suatu hidangan yang menarik sebab ia kelihatan seperti daging hancur, namun begitu ia sangat sedap bila dicicah dengan roti 

Wednesday 14 October 2015

SHEPPERD PIE




kemain namanya. Saja nak try bekas bakar Pyrex yg 4 segi ni (baru beli petang td) maka ia tak jadi pai la. Rasanya melting in mouth... macam kat Eropah....sedap habaq hang! 


6 biji kentang dibelah 4 dan direbus bersama garam (jumlah kentang bergantung kepada saiznya)

1 sudu teh.

 2 sudu butter. 

sedikit lada sulah, 

1/4 susu segar  
3 sudu tepung gandum. 
* Lecek kentang dan campur susu, lada sulah dan uli hingga jadi jd doh.

Intinya:
1 cawan daging cincang atau isi ayam. 
1 labu bawang besar didadu
2 biji bwg putih cincang. 
1 biji lada merah. 
1 biji kapsikum merah. 
1 tin kecil tomato puree. 
1 biji tomato didadu 
1/2 tin cendawan butang dihiris
2 sudu sos cili. 
sedikit lada hitam
minyak zaiton 
daun bawang 
mix herbs, paprika dan chillies flake (jika suka pedas)

# Tumis bawang2 masukkan daging dan tomato puri serta cili sos. Bila dah mesra masukkan kapsikum, tomato yg dicincang. cendawan dan serbuk lada hitam, paprika, chillies flake serta mix herbs. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
# Cara bakar...lapiskan layer pertama dgn kentang. letak inti td dan lapiskan dgn kentang di bhg atas. sapu kuning telur dan buat garis2 dgn garfu. Bakar dlm 1 jam 180 c. 15 minit terakhir gunakan api bawah untuk dapatkan kerak yang sedap.


Tuesday 13 October 2015

SIRA LABU


Menu ini dulunya menjadi dessert ketika kenduri kawin. Sekarang sejak ada buffet, setakat bubur kacang dan serawa je la. Orang-orang muda sudah tidak kenal sira labu sejak masukkan masakan yang berasaskan cheese.

1/2 biji labu dipotong 6 bahagian dikupas kulit dan direndam air kapur selama 20 minit dan toskan. Lepas tu masukkan daun pandan yg dipotong besar ke dalam periuk dan letakkan 1 atau 1 1/2 keret nise a.k.a gula melaka dan secubit garam. Masukkan labu dan tutup periuk, pasang api kecil. Dalam 25 hingga 30 minit labu sira sudah boleh dinikmati...org kedah kata rasanya 'lak it'. org kelantan kata 'lek it'....maksudnya pluffy dlm bahasa omputih. Selamat mencuba, melting la uoll.....

Monday 12 October 2015

AYAM PERCIK


Ayam Percik merupakan hidangan istimewa bagi orang-orang Kelantan. Ia dianggap menu wajib untuk majlis-majlis tertentu dan kebiasaannya wanita Kelantan akan mengetahui atau mempelajari menu ini. Ada 2 jenis percik iaitu percik putih dan percik merah. Selain ayam, kebiasaannya ikan juga dijadikan percik iaitu ikan kembong dan ikan merah. Saya biasa buat yang simple mengikut resepi bonda.

BAHAN-BAHAN

2 whole leg ayam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih ditumbuk bersama 3 ulas bawang merah dan seinci halia
1 sudu besar pes cili kering
1 asam keping
1 batang serai
Bahan perap:
2 ulas bawang putih ditumbuk bersama 1 inci halia dan garam lalu dilumur pada ayam dan perap selama 30 minit

Kuah:
Panaskan santan bersama air dan bila gelegak masukkan pes cili dan bahan tumbuk. Masukkan serai dan asam keping dan reneh hingga pekat dan pecah minyak. 
Ayam yang diperap dibakar hingga masak dan tuang kuah ke atas ayam atau boleh juga digaulkan ayam ke dalam kuah tadi dan dibakar sekali lagi supaya aroma kuah itu meresap masuk ke dalam ayam.


Sunday 11 October 2015

NASI GORENG TOMYAM



BAHAN-BAHAN

3 mangkuk nasi sejuk 
1 sudu besar pes tomyam
2 ulas bwg putih dicincang
1 / 2 labu bawang besar Holland dihiris
4 biji cili padi dipotong besar
sedikit isi ayam
1 biji telur
kacang buncis
2 helai daun limau purut
garam dan minyak secukupnya 

# Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam. Bila garing ketepikan. Masukkan pes tomyam dan garam, cili padi serta kacang buncis. Gaul sekali dgn ayam dan masukkan limau purut. Pecahkan telur dan biar seketika lalu dimasukkan nasi. Gaul dan goreng sesuka hati.
☆ Tabur hiasan tu dgn #BilisPedas yg kita jual tau 
Boleh whatssap 0124530315 jika berminat. 3 peket RM 30 termasuk pos




Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...