Saturday 2 January 2016

AYAM MASAK MERAH

Ayam Masak Merah Maestro's Delight Style
1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dilumur garam kunyit lalu digoreng
1 labu bawang besar Holland. Sebhg diblend dan sebhg dihiris nipis
25 biji cili kering
4 ulas bwg merah
sedikit halia
sedikit lengkuas
sedikit kunyit
1 biji buah tomato  (setengah diblend dan setengah dipotong 2)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
minyak utk menumis
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1/2 tin kacang pis
# Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan blend dan reneh hingga garing dan pecah minyak. Masukkan sos2 tadi diikuti gula,garam dan serbuk perasa. Masukkan ayam, kacang pis dan hirisan bawang besar serta tomato.

Friday 1 January 2016

MUSHROOM SOUP


Resepi Roti Asas K Fine Cream:

500gm tepung high protein

80gm gula kastor
60gm mentega
10gm K Fine Cream Super
10gm yis segera
1 biji telur kuning
60gm susu tepung 
250gm air ais campur ketul ais 
sedikit garam halus
# Cara buat tu ada dlm buku resepi roti yg dijual bersama K Fine Cream. Boleh pm atau whatsapps saya 0124530315 
# Resepi ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis resepi roti termasuk base piza atau roti loaf 




Mushroom Soup 

5 biji cendawan butang segar atau 1 tompok cendawan shimeji putih (cincang) 
3 kuntum cendawan tiram (cincang)
1 sudu besar butter 
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun bay
1 labu bawang besar Holland didadu
1 sudu besar daun parsley kering
2 sudu stok ayam Maggie dlm botol 

1 sudu teh lada sulah
serbuk perasa (saya guna Hilal)
1 cawan air (bergantung kepada kepekatan)

1. Tumis bawang dgn butter bersama tepung gandum dan daun bay. 

2. Kacau rata2 dan masukkan air. Masukkan cendawan dan reneh seketika. 
3. Tutup api dan blend semuanya tp jgn terlalu hancur. 
4. Reneh semula dan masukkan stok ayam serta garam dan serbuk perasa.
5. Potong bahagian atas roti dan keluarkan sedikit isi dalam roti
6. Bakar roti yang telah dipotong bersama isi roti tadi dalam 10 minit
7. Tuang mushroom soup dan nikmatilah sampai juling mata

Wednesday 30 December 2015

SPIRAL REMIX LASAGNE'S CHEESY CHICKEN


SPIRAL REMIX LASAGNE'S CHEESY CHICKEN 

1 1/2 cawan pasta spiral direbus
2 keping lasagne direbus
1 tin sos prego carbonara campur 1/2 cawan susu segar (sos putih)

1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
2 ulas bwg putih dicincang
1 labu bawang besar Holland didadu
1 cawan isi ayam dihiris nipis
sedikit paprika, mix herbs dan chillies flake
1/2 btg saderi didadu
1 biji cili merah dicincang
1 sudu besar parmesan cheese
2 keping cheesedale
1 cawan mozarella
2 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
minyak zaitun utk menumis 


Cara-caranya: 

1. Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam. 

2. Bila garing masukkan tomato puri dan buah tomato serta saderi serta cili . 
3. Masukkan sos2 dan herbs. Reneh hingga dah sebati.
4. Spiral digaul dgn sos putih
5. Susun lasagne paling bawah diikuti sos merah (inti ayam) pastu spiral dan 2 keping cheesedale dan inti ayam lagi dan spiral paling atas. 

6.Tabur mozarella dan bakar 190 C selama 30 minit atau hingga perang.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...