Google+ Followers

Total Pageviews

Monday, 4 January 2016

MINCED BEEF"S MASALA


Minced Beef's Masala...sesuai utk dibuat topping Bruchetta, pizza, filling Egg Benedict atau Fritata. Kalau malas sgt ia sesuai utk buat filling wrap, cicah roti nan atau roti Arab, Roti John atau cicah mcm tu je dgn loaf bread.....Fuh! kemain nama2 resepi tu kan. Whatever semuanya sedap.



400gm daging cincang Ramly
1 sudu besar serbuk kari masala
1 labu bawang besar Holland didadu 
1 biji tomato didadu 
2 ulas bwg putih dicincang 
2 ulas bwg merah dihiris 
1 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram 
sedikit karot 
1 tin kecil kacang pis
1 biji cili merah dicincang 
1 sudu teh chillies flake 
# Tumis bawang putih dan bwg merah, bila garing masukkan serbuk kari masala yg telsh dibancuh sedikit air. Biar agak kering masukkan daging cincang dan daun bay, biar ia mereneh hingga sebati dan masukkan bawang besar, cili merah, tomato, sos tiram dan chillies flake serta karot. Reneh hingga kering masukkan kacang pis dan perasakan.

CREAM CHEESE CHOCOLATE CHIPS


Terajin Tanpa Sengaja....hahaha. Korang yg dok salin mcm2 resepi tu boleh try buat ya. Rasanya mmg sedap. Ranggup di luar lembut di dalam.

Cream Cheese Chocolate Chips
1/2 cawan butter
1/4 cawan cream cheese 
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sdk tepung jagung
1 sdk soda bikarbonat
1 cawan coklat chip (boleh lebih sikit)
1 cawan coklat compound yg bulat tu
# Pukul butter, cream cheese dan gula hingga kembang
# Masukkan telur dan esen vanila
# Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda b.
# Masukkan coklat chips dan setengah coklat compaund (potong 4)
# Bulat dan tekan jd leper. Letakkan 1 biji coklat compound
# Bakar 15 hingga 20 minit 180 c