Saturday 31 October 2015

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA...Penuh khasiat yang tidak diketahui ramai


Kaki ayam merupakan bahagian ayam yang seringkali dibuang apabila kita membelinya di pasar. Kita seringkali skeptikal dengan sifat ayam yang suka mencakar sesuatu yang kotor. Oleh itu ia mengisyratkan bahawa kaki ayam itu sesuatu yang jijik untuk dimakan. Tapi tahukah anda kaki ayam dapat menyembuhkan sakit-sakit sendi dan ia juga membekalkan kolagen asli kepada tubuh kita. JIka selalu diamalkan ia boleh menjauhkan penyakit gout. Selain drp dibuat sup, kaki ayam juga popular sebagai kerabu terutamanya di Thailand.

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA
* Khopeh tu bahagian sayap dan leher


6 batang kaki ayam dibersihkan dan dipotong 2
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit halia dihiris kecil
1 labu bawang besar dibelah empat
1/2 batang saderi
1/2 batang karot
1 biji buah tomato
4 biji cili padi
sedikit daun sup /ketumbar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kuit kayu manis
asam limau dan bawang goreng sebagai hiasan
* 1 sudu teh jintan manis
   1 sudu teh jintan putih
   1 sudu teh biji ketumbar
   1 sudu teh lada hitam
* Basuh dan sangai seketika, lepas tu ditumbuk hingga hancur dan tidak perlu halus

Cara masak:
1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis bersama bawang-bawang yang dihiris serta halia. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng seketika hingga garing (guna minyak sedikit). 
3. Masukkan air secukupnya dan masukkan kaki ayam sebaik saja menggelegak. 
4. Renehkan seketika hingga kaki ayam agak empuk (lebih kurang 20 hingga 30  minit). 
5. Masukkan cili padi dan sayuran lain termasuk sedikit daun ketumbar yang dipotong kasar, kecuali tomato dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
6. Akhir sekali masukkan buah tomato.
7. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng

Thursday 29 October 2015

NASI ARAB MANDY AYAM....Hidangan global dah tiba di Malaya




Nasi Arab  merupakan hidangan yang kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia ekoran globalisasi maklumat dan eksplorasi masyarakat yang merantau ke luar negara khususnya Timur Tengah. Pertama kali saya nikmati Nasi Arab 5 tahun yang lalu di Tanah Suci Mekah ketika menunaikan umrah. Terkejut juga melihat seekor ayam bergelimpangan di atas nasi dan rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi selepas letih melakukan ibadat. Bila balik ke sini saya mencari-cari dalam google resepi yang simple tetapi sedap untuk dimakan. Saya buat sedkit alterasi dengan menyediakan sambal dan sup...Lidah Melayu kan.

Nasi Arab Mandy Ayam

Bahan Nasi:

4 cawan beras Basmathi - rendam 30 minit & toskan
1/2 cawan minyak zaitun (kalau tiada guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
2 helai daun bay  
3 helai daun pandan 
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning

Bahan Ayam:


1 ekor ayam di potong 4 (saya suka gunakan whole leg)
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat

Cara memasak:

1. Kesemua bahan bahan Ayam disatukan kecuali bawang besar dan lemon dan dilumur pada ayam.  Perap selama 15 minit.  
2. Balutkan dulang pembakar dengan aluminium foil dan susun bawang besar dan lemon.  Letak ayam di atas bawang besar dan lemon.  Tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.

3. Pada 10 minit terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Keluarkan air ayam dan ketepikan air ayam tersebut. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan olive oil.  Bakar lagi ayam selama 10 minit dengan foil dibuka.  
3. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan utk nasi sehingga bawang layu. Masukkan daun bay dan tunggu ia layu sedikit.
4. Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering. Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. 


5. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak zaitun tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.
6. Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.  

Bahan bahan untuk buat Salad Salsa:

4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam  dan gula secukupnya

Cara cara
Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di dalam satu mangkuk dan perah jus lemon. 
Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Sambal (optional)
3 biji cili merah
5 bii cili padi
1 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama hingga hancur dan masukkan
1/2 labu bawang besar didadu
sedikit jus lemon atau cuka
garam secukupnya

Sup (optional)
Boleh gunakan sup bunjut sebagai sup dan gunakan bahagian tulang, masak seperti biasa.

THE ART OF BREAD...Sort of soul's creativity

Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi pelbagai bentuk roti. Sebagai koleksi untuk memudahkan mereka  mendapat inspirasi untuk membuat pelbagai bentuk roti yang menarik. Selamat mencuba





















Wednesday 28 October 2015

CRUST POTATOES"S QUICHE...Amerekalah sangat kan


Menu yang agak kerap saya masak adalah hidangan western yang berasaskan kentang kerana saya memang 'gila kentang' dalam apa jua menu. Kalau malas memasak sekalipun saya hanya akan potong, rebus kentang dan digaul dengan mayonis. Potatoes's Quiche inii boleh dipelbagaikan crust. Ada ketika saya gunakan makaroni sebagai crust dan pernah juga guna kepingan lasagne sebagai crust. Fillingnya pula bergantung kepada citarasa masing-masing tetapi penggunaan cheese (keju) memang tidak dapat dielakkan terutama cheddar dan mozarella.
Crust  Potatoes ‘s Quiche
Crust
4 biji kentang didadu dan rebus            
 * 2 biji dilecek dan digaul dengan 1 sudu tepung gandum utk dijadikan crust

Filling:
1 cawan isi ayam
1/2 tin sos carbonara
1 sudu besar black pepper Maggie
1/2 batang karot diparut
1 biji kapsikum didadu
4 biji cendawan butang dlm tin atau fresh                                                       
2 keping cheesedale
1 biji cili merah
2 biji telur dipukul dgn sedikit garam
cheese cedar parut
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
# Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam serta sos carbonara dan serbuk black pepper. bila dah masak sikit masuk karot, cendawan dan mix herbs. akhir sekali masukkan kentang. perasakan dgn garam.
Tempek kentang yang dilecek ke dalam loyang sebagai crust. Tuang isi yang dimasak tadi dan tabur cheese. Bakar dlm 20 minit api atas bawah dan 10 minit api bawah suhu 180c




JUS ALOE VERA & ARCTIC SEA


Saya agak skeptikal tentang sesuatu produk terutama supplement. Selepas cuba selama 3 minggu baru saya berani utk berkongsi kebaikannya. Yang pasti bacaan kolestrol telah turun pd paras normal wp makan tak hengat dunia. Saiz pinggang juga kurang seinci weii. Uoll bayangkan kalau 3 bulan amalkan kedua produk asas ni. Silap2 org kata kita 27 tahun tau hehehe. Kalau sesapa nak try boleh pm kita atau whatsapp 0124530315 ya. Kita kasi harga kasih sayang je RM 220 untuk pakej hebat ini.




Usus kita memang menakung pelbagai jenis toksid hasil pencernaan pelbagai jenis makanan sama ada yang berlemak atau berminyak. Daripada usus inilah yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Perubahan yang akan berlaku di dalam usus atau kolon kita apabila menggunakan      ALOE VERA GEL




Untuk beginner saya syorkan anda menggunakan kedua jenis produk ini dengan harga RM 220 (termasuk pos) untuk membersikan usus, membakar lemak, menurunkan paras kolestrol dalam darah, memelihara jantung serta mencuci darah.






Tuesday 27 October 2015

SNOWY CHEESE CAKE....CHEESE CAKE MELELEH


Satu-satunya kek yang kerap-kali saya buat sebab ia cukup mudah dan disukai oleh ahli keluarga. Asalnya kakak kita yang tunjukkan kek ini dan dia berikan resepi. Atas kreativiti sendiri kita deco sesuka hati. Boleh dkatakan kerap-kali juga saya jual atas permintaan jiran dan juga rakan-rakan sekolah. Untuk dikormesilkan  tu belum sempat lagi. Namun alhamdulillah, resepi ini telah tersebar merata di Dari Dapur Lelaki dan juga Group Resepi Otai (GRO) dan ramai yang telah mencubanya



SNOWY CHEESE CAKE

6 biji telur B (buang 2 biji putih telur)
100gm gula kastor
100gm tepung naik sendiri
60gm tepung jagung
50gm air dlm peti es
2 sudu besar ovellete
75gm butter dicair dan sejukkan
1 sudu teh esen vanila 
# Putar semua bahan kecuali butter cair. Guna high speed hingga putih dlm 15 minit. Masukkan butter cair dan kaup balik. Tuang dlm loyang yg sudah dialas kertas minyak. Bakar 165c selama 1 jam atau hingga masak. (Guna api bawah 20 minit pertama)
Bila masak buka oven sikit dan tunggu 5 minit lalu telangkupkan atas redai besi.
Belah kek dengan benang dan masukkan filling cheese cream dan blueberry. lengser rata kek dgn cheese cream dan parut keju cheedar.
# Krim cheese boleh guna 250gm krim cheese Tatura dengan 1/4 tin susu pekat serta 2 sudu besar susu segar (ikut kemanisan sendiri)



PENNETE DE MAESTRO


PENNETE DE MAESTRO....Kemain lagi namanya, tapi rasanya juga sangat sedap bagi mereka yang gilakan pasta. Sebenarnya pasta sanagt mudah untuk dimaskan berbanding dengan nasi yang memerkukan pelbagai lauk pauk. Lagi pula pasta adalah sajian sihat kerana ia tidak menggunakan santan kecuali minyak zaitun. bagi mereka yang inginkan kelainan bolehlah cuba penne goreng bersama daging dan keju keju ini. Jika tidak sukakan daging boleh juga menggunakan kepingan ayam.

2 cawan pasta penne (direbus hingga lembut)
Sedikit daging dihiris nipis dan memanjang
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu besar
sedikit brokoli
sedikit batang saderi
1 biji cili merah dihiris
mix herbs
paprika
chillies flake
parsley kering
1 sudu besar parmesan cheese
minyak zaitun untuk menumis
garam

Cara masak:
Tumis bawang putih diikuti daging, Bila nampak kuning masukkan bawang besar, tomato puri dan buah tomato. Masukkan sedikit air dan renehkan seketika. Masukkan bahan rempah campuran, chillies flake dan paprika. Masukkan sayuran dan tuang penne yang sudah direbus. Tuang cheese parmesan dan gaul sebati serta perasakan.

* Rasanya harus sedikit masam, masin, lemak dan pedas

Monday 26 October 2015

GULAI KELANTAN (KUNYIT KUAS)




GULAI KELANTAN merupakan menu wajib yang seharusnya diketahui oleh wanita kelantan kerana hampir setiap ibu atau kakak pasti akan menyediakan menu ini untuk keluarga tercinta

1 ekor ikan aye / kayu / tongkol 
(dikerat dan direbus dengan asam keping, garam dan sedikit gula melaka. Guna sedikit air sahaja)
Pes tumbuk:
4 ulas bawang merah
1 sudu besar pes cili (5 -6 biji cili kering)
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 cawan santan
2 cawan air
(Semua ditumbuk lumat)
Sayur bendi / kacang panjang / timun
1 asam keping

Panaskan santan dengan air hingga menggelegak, kacau tanpa henti untuk mengelakkan daripada berketul dan pecah minyak awal. Masukkan pes yang ditumbuk dan kacau lagi hingga ia telah pecah minyak. Masukkan ikan dan 1 asam keping. Perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika tidak mahu guna serbuk perasa). Akhir sekali masukkan sayuran yang disukai. Reneh seketika hingga kuahnya pecah minyak.


Sunday 25 October 2015

POTATO WEDGES ALA-ALA KFC



(Resepi sumber Google...saja simpan kat sini sebab senang nak rujuk nanti)

jom try buat sendiri, kalau tak sedap pun kita boleh bangga sbb mencuba kan hahaha 

* 4 biji kentang dibasuh bersih dan rendam dlm air panas 3 minit. lepas tu potong mcm epal tp jgn buang kulit.
* Rebus kentang seketika agak2 3/4 masak
* Campurkan 3 sudu tepung gandum dgn 1 sudu tepung jagung dan 1 sudu besar lada hitam hancur dan garam serta sedikit serbuk perasa. masukkan pati ayam knors.
* Tos kentang dan gaul dgn campuran tepung td. jgn masuk air. Bila dah mesra boleh la goreng hingga perang.

* Sedap dimakan dgn sos cili dan mayonis atau sos pulau seribu berserta chicken chop gril. Kalau nak rasa lebih spicy gaul je dengan serbuk kari daging. Not bad gak rasanya.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...