Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 29 October 2015

NASI ARAB MANDY AYAM....Hidangan global dah tiba di Malaya




Nasi Arab  merupakan hidangan yang kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia ekoran globalisasi maklumat dan eksplorasi masyarakat yang merantau ke luar negara khususnya Timur Tengah. Pertama kali saya nikmati Nasi Arab 5 tahun yang lalu di Tanah Suci Mekah ketika menunaikan umrah. Terkejut juga melihat seekor ayam bergelimpangan di atas nasi dan rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi selepas letih melakukan ibadat. Bila balik ke sini saya mencari-cari dalam google resepi yang simple tetapi sedap untuk dimakan. Saya buat sedkit alterasi dengan menyediakan sambal dan sup...Lidah Melayu kan.

Nasi Arab Mandy Ayam

Bahan Nasi:

4 cawan beras Basmathi - rendam 30 minit & toskan
1/2 cawan minyak zaitun (kalau tiada guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
2 helai daun bay  
3 helai daun pandan 
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning

Bahan Ayam:


1 ekor ayam di potong 4 (saya suka gunakan whole leg)
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat

Cara memasak:

1. Kesemua bahan bahan Ayam disatukan kecuali bawang besar dan lemon dan dilumur pada ayam.  Perap selama 15 minit.  
2. Balutkan dulang pembakar dengan aluminium foil dan susun bawang besar dan lemon.  Letak ayam di atas bawang besar dan lemon.  Tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.

3. Pada 10 minit terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Keluarkan air ayam dan ketepikan air ayam tersebut. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan olive oil.  Bakar lagi ayam selama 10 minit dengan foil dibuka.  
3. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan utk nasi sehingga bawang layu. Masukkan daun bay dan tunggu ia layu sedikit.
4. Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering. Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. 


5. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak zaitun tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.
6. Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.  

Bahan bahan untuk buat Salad Salsa:

4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam  dan gula secukupnya

Cara cara
Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di dalam satu mangkuk dan perah jus lemon. 
Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Sambal (optional)
3 biji cili merah
5 bii cili padi
1 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama hingga hancur dan masukkan
1/2 labu bawang besar didadu
sedikit jus lemon atau cuka
garam secukupnya

Sup (optional)
Boleh gunakan sup bunjut sebagai sup dan gunakan bahagian tulang, masak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment