Google+ Followers

Total Pageviews

Saturday, 31 October 2015

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA...Penuh khasiat yang tidak diketahui ramai


Kaki ayam merupakan bahagian ayam yang seringkali dibuang apabila kita membelinya di pasar. Kita seringkali skeptikal dengan sifat ayam yang suka mencakar sesuatu yang kotor. Oleh itu ia mengisyratkan bahawa kaki ayam itu sesuatu yang jijik untuk dimakan. Tapi tahukah anda kaki ayam dapat menyembuhkan sakit-sakit sendi dan ia juga membekalkan kolagen asli kepada tubuh kita. JIka selalu diamalkan ia boleh menjauhkan penyakit gout. Selain drp dibuat sup, kaki ayam juga popular sebagai kerabu terutamanya di Thailand.

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA
* Khopeh tu bahagian sayap dan leher


6 batang kaki ayam dibersihkan dan dipotong 2
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit halia dihiris kecil
1 labu bawang besar dibelah empat
1/2 batang saderi
1/2 batang karot
1 biji buah tomato
4 biji cili padi
sedikit daun sup /ketumbar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kuit kayu manis
asam limau dan bawang goreng sebagai hiasan
* 1 sudu teh jintan manis
   1 sudu teh jintan putih
   1 sudu teh biji ketumbar
   1 sudu teh lada hitam
* Basuh dan sangai seketika, lepas tu ditumbuk hingga hancur dan tidak perlu halus

Cara masak:
1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis bersama bawang-bawang yang dihiris serta halia. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng seketika hingga garing (guna minyak sedikit). 
3. Masukkan air secukupnya dan masukkan kaki ayam sebaik saja menggelegak. 
4. Renehkan seketika hingga kaki ayam agak empuk (lebih kurang 20 hingga 30  minit). 
5. Masukkan cili padi dan sayuran lain termasuk sedikit daun ketumbar yang dipotong kasar, kecuali tomato dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
6. Akhir sekali masukkan buah tomato.
7. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng

No comments:

Post a Comment