Tuesday 24 November 2015

MACARONI AND CHEESE WITH BEEF'S FILLING


Makaroni antara pasta kegemaran. Ia menyerupai baked macaroni cuma yg ni tidak gunakan telur sebaliknya gunakan sos karbonara. Walaupun ianya tidak boleh dipotong dgn baik dpt baked macaroni, namun gabungan carbonara dan pelbagai cheese mmg melting in mouth. 

1 cawan makaroni direbus hingga lembut
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar serbuk cheese Carbonara
1/4 cawan air
* Boleh ganti dengan sos carbonara dlm tin Prego
Cheese mozarella
4 keping Cheese chesdale

Inti daging:
200gm daging cincang
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar Holland didadu
2 helai daun bay
Sedikit mix herbs
sedikit serbuk paprika
Sedikit karot
Sedikit kapsikum
Sedikit batang saderi
Sedikit daun bawang
1 biji buah tomato didadu
1 biji cili merah dicincang
1 sudu cheese parmesan
2 sudu sos tiram
Garam

1. Tumis bawang2 hingga layu
2. Masukkan daging cincang dan daun bay
3. Bila agak kering masukkan sayuran kecuali daun bawang
4. Masukkan sos tiram, mix herbs, paprika
5. Perasakan dgn garam

Cara masak:
1. Sapu butter pd loyang atau bekas kaca
2. Makaroni digaul dengan campuran serbuk carbonara serta susu atau sos Prego
3. Lapis pertama dgn makaroni dan letakkan cheesedale
4. Lapis kedua dgn inti daging
5. Lapis ketiga dgn makaroni lagi
6. Letakkan 2 keping lg cheesedale
7. Parut keju mozarella
8. Bakar 30 minit dan 10 minit terakhir guna api bawah

Sunday 22 November 2015

SUP SAYUR SEMPOI...sedap habag hang!


Pes bawang berupaya menambahkan kelazatan makanan anda. Ia sesuai dimasukkan untuk pelbagai jenis sup dan nasi air atau moi. Anda boleh membuatnya dan simpan di dalam botol dimasukkan ke dalam peti ais.

SUP SAYUR SEMPOI

2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 labu bawang besar Holland dibelah 4
1 sudu besar pes bawang
1 sudu besar stok ayam Maggie (dalam botol)
Sayuran seperti karot, brokoli dan cauliflower
sedikit fucuk (direndam dahulu)
1 biji telur
1 biji tomato belah 4
Air secukupnya

1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan air secukupnya
3. Bila gelegak masukkan sayuran keras dahulu (kecuali tomato)
4. Masukkan pes bawang dan stok ayam
5. Masukkan fucuk dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa (jika suka)
6. masukkan telur dan tomato, biar seketika dan tutup api


# Pes bawang - Goreng 10 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih yg dihiris kasar. Pastu blend dan guna minyak goreng tu. Pastu tuang ke dlm kuali semula dan masak hingga kering dan buang minyak. Buat byk boleh simpan dlm botol di dlm peti ais. Lenkali senang nak buat sup atau moi.

SAMBAL KICAP MAESTRO

6 biji cili padi (dibelah dahulu supaya tidak meletup bila digoreng)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
3 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
garam secukup rasa

1. Goreng cili padi dan bawang-bawang
2. Tumbuk bahan yang digoreng bersama garam
3. masukkan kicap
4. Perah jus limau kasturi
5. Perasakan masin, masin dan pedasnya

PARATHA'S POTATOES QUICHE


PARATHA'S POTATOES QUICHE

Merupakan menu western yang kerap dibuat jika hilang 'password' untuk makan. Sebenarnya Quice ini ada banyak stail topping dan juga crustnya. Ada orang yang buat crust daripada doh yang diuli. Saya lebih kerap gunakan sama ada kentang, pasta (makaroni) ataupun roti wrap dan juga roti paratha. Kaedahnya tetap sama cuma rasanya sedikit berbeza. Untuk resepi kali ini saya gunakan roti Paratha pula. Ianya memang sedang kerana ada rasa seperti roti canai tetapi diletakkan topping yang mewah..gituw!

1 Keping roti Parataha (perasa bawang)
1 biji kentang didadu dan direbus 
1 biji telur
1 labu bawang besar didadu
1/2 batang saderi didadu
1 biji cili merah didadu
1/2 biji kapsikum didadu
1 biji tomato didadu
1 batang sosej black pepper didadu (boleh diganti dengan isi ayam)
1 sudu teh daun parsley kering
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
1 sudu teh chillies flakes
2 tangkai daun bawang dihiris
1 keping cheesdale
sedikit parutan Mozarella

1. Tumis bawang besar hingga layu
2. Masukkan sosej, kentang dan sayuran lain (kecuali daun bawang)
3. Tabur separuh serbuk lada hitam dan cheesedale, tambah air jika pekat
4. Masukkan garam dan chillies flake, parsley dan perasakan. Ketepikan seketika
5. Pecahkan telur dalam bekas lain, masukkan separuh lagi serbuk lada hitam.
6. Letakkan roti Paratha dalam loyang take off saiz 6 inci dan bakar seketika atau boleh juga bakar di atas pan nonstick agar garing
7. Masukkan inti yang dimasak tadi
8. Tuangkan telur yang telah dipukul
9. Tabur keju Mozarella
10. Bakar 20 minit atau hingga keperangan suhu 190C


Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...