Google+ Followers

Total Pageviews

Sunday, 22 November 2015

SUP SAYUR SEMPOI...sedap habag hang!


Pes bawang berupaya menambahkan kelazatan makanan anda. Ia sesuai dimasukkan untuk pelbagai jenis sup dan nasi air atau moi. Anda boleh membuatnya dan simpan di dalam botol dimasukkan ke dalam peti ais.

SUP SAYUR SEMPOI

2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 labu bawang besar Holland dibelah 4
1 sudu besar pes bawang
1 sudu besar stok ayam Maggie (dalam botol)
Sayuran seperti karot, brokoli dan cauliflower
sedikit fucuk (direndam dahulu)
1 biji telur
1 biji tomato belah 4
Air secukupnya

1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan air secukupnya
3. Bila gelegak masukkan sayuran keras dahulu (kecuali tomato)
4. Masukkan pes bawang dan stok ayam
5. Masukkan fucuk dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa (jika suka)
6. masukkan telur dan tomato, biar seketika dan tutup api


# Pes bawang - Goreng 10 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih yg dihiris kasar. Pastu blend dan guna minyak goreng tu. Pastu tuang ke dlm kuali semula dan masak hingga kering dan buang minyak. Buat byk boleh simpan dlm botol di dlm peti ais. Lenkali senang nak buat sup atau moi.

SAMBAL KICAP MAESTRO

6 biji cili padi (dibelah dahulu supaya tidak meletup bila digoreng)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
3 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
garam secukup rasa

1. Goreng cili padi dan bawang-bawang
2. Tumbuk bahan yang digoreng bersama garam
3. masukkan kicap
4. Perah jus limau kasturi
5. Perasakan masin, masin dan pedasnya

No comments:

Post a Comment