Tuesday 12 April 2016

POTATOES'S MOUASHAKA

Potatoes's Mouashaka...hidangan Mediterranean yg popular. Boleh dikombinasi dgn terung bulat jika suka. Malam ni kita guna kepingan kentang yg digoreng separuh masak. Kita tak reti nak buat kek yg hebat2 tau...setakat menu golongan marhaen je mampu. Jd jangan carut menu kita ya

3 biji kentang dihiris nipis dan digoreng atas pan dengan sedikit minyak zaiton hingga kekuningan
4 keping cheesedale
sedikit parutan mozarela
sos cili dan mayonis 
 2 biji telur

Filling:
1 cawan daging cincang
1 ulas bwg putih dicincang
1 labu bawang besar didadu 
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
1 btg saderi didadu
4 biji cendawan butang 
2 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk Hilal
1 sudu besar sos worstenceir
oregano, paprika dan chillies flake 

# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang dan daun bay. Bila dah garing masukkan tomato puri, sayuran diikuti bahan2 spices td. Perasakan dgn garam dan serbuk Hilal.
1. Susun kentang rapat-rapat dan susun juga cheesedale
2. Masukkan filling daging kisar
3. Tutup dengan kepingan kentang yang lebih
4. Parut cheese Mozarella
5. Tuang sos cili dan mayonis
6. Pecahkan telur
7. Bakar 190c 25 minit atau hingga perang

Sunday 10 April 2016

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

First time masak Sup Tulang Merah, improvised sikit drp resepi asal. Rasanya mabeles dinikmati bersama nasi panas atau roti Perancis
1 kilo tulang rusuk direbus dgn 1 btg serai, 2 ulas bwg putih dan sedikit halia. (Saya rebus guna pressure cooker mmg lembut giler)
Bahan kisar:
1 sudu besar pes cili (lebih kurang 10 biiji cili kering)
1 sudu besar serbuk kerutuk /Kari daging 
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit halia
# kisar semuanya
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar sos cili
1 batang karot (kentang pun boleh)
1 biji tomato belah 4
Daun ketumbar
# Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing. Masukkan tomato puri dan sos cili. Masukkan tulang bersama air rebusan dan bahan rebus. Perasakan dengan garam, gula jika suka manis2 sikit serta serbuk perasa dan masukkan karot serta daun ketumbar dan akhir sekali buah tomato.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...