Saturday 14 November 2015

EGG BENEDICT....Hidangan klasik Barat

 EGG BENEDICT

Ia merupakan hidangan klasik Barat yang menjadi menu breakfast. Ia menggabungkan 2 bahan asas iaitu telur dan susu. Isinya bergantung kepada pilihan masing-masing. Selera orang-orang kita lebih kepada rasa pedas, oleh itu penggunaan chillieas flake dan lada hitam amat penting dalam penyediaan Egg Benedict yang sedap. Untuk kali ini saya menggunakan bahan yang ada di dalam peti ais tetapi kaedahnya tetap sama.

Bahan-bahan:
6 keping roti Gardenia
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
1 batang sosej (black pepper) dipotong dadu
1/2 labu bawang besar Holland didadu
1 biji cili merah dicincang
1 biji tomato didadu
sedikit bunga kobis dicincang
sedikit daun bawang dicincang
1 sudu teh chillies flake
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
2 keping cheesedale dicarik kasar

Cara buatnya:
1. Pukul telur dan susu, masukkan garam dan lada sulah serta chillieas flake
2. Masukkan roti ke dalam bekas yang sesuai (contoh remekin)
3. Masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi
4.Tuangkan telur dan susu
5. Tabur daun bawang
6. Masukkan kepingan cheesedale yang dikoyak
7. Bakar dalam 30 minit suhu 190C
8. Tuang sos dan mayonis


Friday 13 November 2015

NASI GORENG IKAN TALANG KERING DENGAN SAMBAL BELACAN


NASI GORENG IKAN TALANG KERING & SAMBAL BELACAN


Mengitar semula bahan masakan merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kita untuk mengelakkan pembaziran. Resepi ini menggunakan lebihan sambal belacan dan juga ikan kering Talang yang masih elok tersimpan di dalam peti ais. Yang penting rasanya memikat jiwa. Berbanggalah dengan apa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga.

Bahan-bahan:

3 cawan nasi sejuk
2 sudu besar sambal belacan
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 keping ikan talang kering yang sudah dihiris nipis dan digoreng
sedikit hirisan daging rebus (optional)
sayuran (saya guna karot)
2 biji cili padi diketuk
1 sudu  besar kicap cair
garam dan serbuk perasa Hilal
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Tumis bawang-bawang hingga wangi
2. Masukkan sambal belacan dan kacau hingga garing
3. Masukkan hirisan daging
4. Masukkan sayuran dan garam serta serbuk perasa
5. Masukkan nasi serta kicap cair dan goreng hingga garing
* Hidang bersama telur mata dan keropok

Pes Sambal Belacan:

4 biji cili merah
7 biji cili padi
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 inci belacan dibakar
garam dan gula
1 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika untuk simpan lama)
* Kisar semuanya dengan sedikit air panas suam kecuali jus limau. Perah jus limau dan perasakan. Boleh simpan sehingga sebulan di dalam peti ais. Ia lebih mudah bila-bila masa boleh digunakan


Thursday 12 November 2015

BROWNIES IN REMEKIN....mencari kelainan daripada brownies kedut


Brownies kedut menjadi fenomena dalam kalangan bakers amatur atau profesional. Sebenarnya brownies lebih sedap daripada kek coklat kerana ia menggunakan coklat pound yang sedap dimakan begitu saja. Serbuk koki juga dikurangkan. Resepi asal menggunakan 230gm gula perang tetapi saya kurangkan menjadi 200gm sahaja...Gila ko kena kencing manis kang!. Rugi kalau uoll tak cuba. Kaup dengan sudu sambil tengok hujan turun...perghhh! sempoii bak hang!

BROWNIES IN REMEKIN

(Resepi asal daripada Brownies Kedut cuma dimasukkan ke dalam bekas remekin dan ditabur almond flake)

Bahan A:
225gm coklat dark compound Beryls
135gm butter

Bahan B:
3 biji telur
200gm gula perang
sedikit esen vanila 


Bahan C:
220gm tepung gandum
1 sdk baking powder
35gm serbuk  koko
Almond flakes utk tabur
* kalau ada pecan lg sedap

Sos coklat atau ganache coklat untuk spread

Cara masak:
1. Cairkan bahan A secara double boil dan  sejukkan
2. Pukul bahan B dgn whisk seketika dalam 5 minit
3. Masuk bahan C dan gaul rata
4. Masuk bahan A gaul sebati

5. Tuang 1 senduk ke dalam bekas remekin
6. Tabur almond flakes
7. Bakar 40 minit suhu 160c (
 jangan terlalu lama nanti hilang moist)
8. Spread dengan sos coklat atau coklat ganache

Wednesday 11 November 2015

GULAI TULANG RUSUK LEMBU



GULAI TULANG

Menu yang sentiasa saya masak terutamanya jika mendapat rebung madu dari kampung. Jika tiada rebung maka kentang akan dijadikan bahan sampingan. Dulu saya habiskan masa hampir 2 jam untuk mereneh tulang supaya lembut, tapi kini sejak menggunakan periuk tekanan Phillips, kerja lebih mudah dan isi tulang juga mudah lembut dalam tempoh 30 minit.

1 batang tulang rusuk lembu campur 200gm daging 
1 bungkus serbuk kari daging Faiza
6 ulas bawang merah (3 ulas daripadanya dihiris)
4 ulas bawang putih (2 ulas daripadanya dihiris)
1 inci halia ( 1/2 inci daripadanya dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandan disimpul
2 biji kentang dibelah 4
3/4 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
1 sudu asam jawa
1 sudu besar kerisik (jika suka)
Air secukupnya, garam dan serbuk perasa
1/4 cawan minyak masak

Cara membuatnya:
1. Blend 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia bersama 1 bungkus serbuk kari dengan 1 cawan air
2. Tumis bahan hiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari
3. Bila dah garing masukkan bahan blend dan renehkan sehingga ia kering dan pecah minyak
4. Masukkan tulang lembu dan 1 cawan air. Renehkan sehingga daging agak empuk dan masukkan asam jawa
* Saya gunakan pressure cooker (pindahkan gulai ini ke dalam pressure cooker)
5. Masukkan santan dan kerisik (jika suka) dan tunggu ia menggelegak. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa


Sambal Belacan Special

3 biji cili merah dipotong
6 bici cili padi
sedikit belacan dibakar
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 biji (airnya) limau kasturi
1 sudu cuka (jika untuk simpan lama)
gula dan garam secukupnya
# Cuma blend dengan sedikit air masak dan perah jus limau

Monday 9 November 2015

RED VELVET WITH DRIED CRANBERRIES...Kemain namanya kan hahaha


Kek yang mula-mula saya belajar buat adalah RED VELVET,  tetapi pada cubaan pertama saya tidak berani mengadun sendiri jadi saya gunakan premix yang dibeli di kedai bakery. Memanglah nampak mudah tetapi rasanya tidak begitu mencabar sebab kita hanya perlu ikut arahan seperti dalam bungkusan premix tu.



Inilah kek pertama saya RED VELVET PREMIX, Rasanya kira oklah untuk dinikmati. Pada masa ni saya tidak pandai letak topping cream cheese atau apa2 cream yg sewaktu dengannya. Episod ini berlaku pada 14 September 2014 (korang mesti tak percaya dalam masa setahun saya improved baking pelbagai jenis kek tau). Lepas tu saya cuba buat dalam cawan sebab anak dara saya konon2 nak jual kat kawan-kawanya di sekolah. Korang tau...first time saya buat frosting memang gigil dan rupanya berjerunyas hahaha. Yang ini saya gunakan frosting fresh cream dicampur bersama cream cheese. rasanya memang sedap dan budak2 memang suka lebih-lebih lagi ada filling blueberry.


Selepas itu saya  mula mencari-cari resepi RED VELVET yang paling mudah dan sedap. Cari punya cari inilah resepinya dan saya alter sendiri masukkan buah kranberi kering yang dipotong kecil. Rasanya lebih sedap dan moist bila dikukus. Frosting juga saya mula gunakan cheese cream bersama butter. Walaupun deco ke lautan Antlantik tapi rasanya amat menggeletik kakakaka


Red Velvet With Dried Cranberries


A - Buttermilk (campurkan 250ml susu + 1 sudu besar cuka + 1 1/2 sudu besar pewarna merah dan biarkan selama 10 minit
B - 2 1/2 cawan tepung gandum diayak dengan 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil baking powder
C - 2 biji telur, 3/4 cawan butter, 1 3/4 cawan gula kastor dan 1 sdk esen vanilla
D - 1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu kecil cuka, biarkan ia berbuih
E - buah kranberi kering (dipotong kecil)

Cara membuatnya:
1. Pukul butter, gula dan esen hingga kembang. 
2. Masukkan telur. Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang-seli dengan bahan A. 
3. Akhir sekali masukkan bahan D  serta buah kranberi dan kaup balik hingga sebati.
4. Kukus 1 jam (panaskan pengukus terlebih dahulu), tutup tudung pengukus dengan kain atau aluminium foil.
5. Untuk frosting creamm, saya gunakan 250gm krim cheese dipukul bersama 50gm butter dan 1 sudu gula aising (ikut manis korang)



Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...