Google+ Followers

Total Pageviews

Wednesday, 11 November 2015

GULAI TULANG RUSUK LEMBU



GULAI TULANG

Menu yang sentiasa saya masak terutamanya jika mendapat rebung madu dari kampung. Jika tiada rebung maka kentang akan dijadikan bahan sampingan. Dulu saya habiskan masa hampir 2 jam untuk mereneh tulang supaya lembut, tapi kini sejak menggunakan periuk tekanan Phillips, kerja lebih mudah dan isi tulang juga mudah lembut dalam tempoh 30 minit.

1 batang tulang rusuk lembu campur 200gm daging 
1 bungkus serbuk kari daging Faiza
6 ulas bawang merah (3 ulas daripadanya dihiris)
4 ulas bawang putih (2 ulas daripadanya dihiris)
1 inci halia ( 1/2 inci daripadanya dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandan disimpul
2 biji kentang dibelah 4
3/4 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
1 sudu asam jawa
1 sudu besar kerisik (jika suka)
Air secukupnya, garam dan serbuk perasa
1/4 cawan minyak masak

Cara membuatnya:
1. Blend 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia bersama 1 bungkus serbuk kari dengan 1 cawan air
2. Tumis bahan hiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari
3. Bila dah garing masukkan bahan blend dan renehkan sehingga ia kering dan pecah minyak
4. Masukkan tulang lembu dan 1 cawan air. Renehkan sehingga daging agak empuk dan masukkan asam jawa
* Saya gunakan pressure cooker (pindahkan gulai ini ke dalam pressure cooker)
5. Masukkan santan dan kerisik (jika suka) dan tunggu ia menggelegak. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa


Sambal Belacan Special

3 biji cili merah dipotong
6 bici cili padi
sedikit belacan dibakar
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 biji (airnya) limau kasturi
1 sudu cuka (jika untuk simpan lama)
gula dan garam secukupnya
# Cuma blend dengan sedikit air masak dan perah jus limau

No comments:

Post a Comment