Google+ Followers

Total Pageviews

Friday, 13 November 2015

NASI GORENG IKAN TALANG KERING DENGAN SAMBAL BELACAN


NASI GORENG IKAN TALANG KERING & SAMBAL BELACAN


Mengitar semula bahan masakan merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kita untuk mengelakkan pembaziran. Resepi ini menggunakan lebihan sambal belacan dan juga ikan kering Talang yang masih elok tersimpan di dalam peti ais. Yang penting rasanya memikat jiwa. Berbanggalah dengan apa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga.

Bahan-bahan:

3 cawan nasi sejuk
2 sudu besar sambal belacan
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 keping ikan talang kering yang sudah dihiris nipis dan digoreng
sedikit hirisan daging rebus (optional)
sayuran (saya guna karot)
2 biji cili padi diketuk
1 sudu  besar kicap cair
garam dan serbuk perasa Hilal
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Tumis bawang-bawang hingga wangi
2. Masukkan sambal belacan dan kacau hingga garing
3. Masukkan hirisan daging
4. Masukkan sayuran dan garam serta serbuk perasa
5. Masukkan nasi serta kicap cair dan goreng hingga garing
* Hidang bersama telur mata dan keropok

Pes Sambal Belacan:

4 biji cili merah
7 biji cili padi
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 inci belacan dibakar
garam dan gula
1 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika untuk simpan lama)
* Kisar semuanya dengan sedikit air panas suam kecuali jus limau. Perah jus limau dan perasakan. Boleh simpan sehingga sebulan di dalam peti ais. Ia lebih mudah bila-bila masa boleh digunakan


No comments:

Post a Comment