Saturday 24 October 2015

SUGHO KELATE...BUBUR ASYURA (Kata org KL)


Bubur asyura (SUGHO) merupakan salah satu menu klasik yang agak nostalgia bagi orang-orang Kelantan kerana ia miliki citarasa dan cara memasak yang tersendiri. Ia bukan seperti menu di utara atau tempat2 lain yang dimasak dengan cara mudah dan menggunakan tepung beras. Sebaliknya Sugho Kelate menggunakan beras dan ia dimasak agak lama antara 7 hingga 8 jam. Yang paling menarik ia ada rempah tersendiri yang banyak di jual di pasar Khadijah Kota Bharu. Nostalgia yang paling klasik masa zaman kanak2 dulu apabila ramai kanak-kanak bersedia dengan tempurung kelapa yang dialas daun pisang dan dimakan ketika panas-panas. Ada ketikanya orang-orang tua menggunakan pelepah batang pisang untuk menadah sugho yang telah siap dimasak. Kalau di Kelantan ia dihias dengan telur dadar goreng bersama sambal kelapa.

RESEPI BUBUR ASSYURA KLATE...(resepi arwah ayah Hazlina My, salah seorang ahli GRO)
5kg Bwg merah
1kg Bwg putih
Halia seketul (besar penumbuk)
5 1/2 kg beras
5 kg santan
5kg daging - direbus & dicarik2
4kg nisan (klu xde blh ganti dgn gula melaka)
1kg rempah bubur assyura utk 1 kawah (klate & tganu ada jual)
10 tin Jagung
1kg kcg hijau - direndam semlmn
1kg kerisik
1cwn garam
Bahan hiasan:
Agar2 dipotong dadu
Telur dadar digulung & potong halus2



CARA2:
Dalam kawah, rebus beras & kcg hijau hingga hancur (lebih kurang 2jam stgh). Dlm kuali lain, tumis bwg putih, merah & halia hgga kekuningan. Masukkan rempah assyura. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dlm kawah yg mengandungi beras & kcg hijau td. (Masa ni pastikan beras & kcg hijau dah hancur). Kacau sebati. Masukkan daging, jagung, santan & kerisik. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan garam & nisan (@gula melaka). Kacau hingga bubur assyura masak. (Lebih kurang 8jam).. Sekawah ni dpt 14 ke 15 talam.

NASI LEMAK MAESTRO


Gigih bangun pagi masak NASI LEMAK utk family

3 cawan beras basmathi direndam 30 minit
1 cawan santan pekat 
3 cawan air 
1 ulas bwg merah dihiris 
1 ulas bwg putih dihiris 
1/2 inci halia dihiris 
bunga lawang dan kulit kayu manis 
1 sudu teh garam 
1 helai daun pandan
# Masak nasi seperti biasa 
Sambal:
5 ulas bwg merah 
3 ulas bawang putih 
sedikit belacan 
sejemput ikan bilis
# Ditumbuk bersama tetapi hanya pecah2 manja
3 sudu besar pes cili 
1 labu bawang besar dihiris 
1 keping asam keping 
Garam,  gula dan serbuk perasa
# Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan pes cili. Reneh hingga garing dan pecah minyak masukkan asam keping, gula,garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
* Memasak sambal harus lama dengan api tidak terlalu kuat untuk dapatkan rasa yg sedap. Sambal harus rasa sedikit manis


Friday 23 October 2015

NASI GORENG BLACK PEPPER



Selamat pg uolls...Kita breakfast dgn 'Nasi Goreng Black Pepper'. Resepi sempoi utk yg tidak berapa pandai memasak je ya...

3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah dihiris
sedikit daging cincang yg telah drebus
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
2 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi dipotong
garam secukupnya
sayuran ikut suka
2 biji telur
# Tumis bawang bersama cili padi dan masukkan daging. Masukkan serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan telur. Akhir sekali masukkan sayur dan nasi. Goreng hingga sebati.

Thursday 22 October 2015

SAYUR LEMAK PUCUK PERIA PANTAI & AYAM GORENG BEREMPAH

Simple tapi cukup untuk penuhi selera diri dan family 
Sayur Lemak Pucuk PeriaPantai 
Ayam Goreng Berempah 
Cendawan Goreng Tepung 
Ikan Kembung Bilis Goreng
Sambal belacan 

  1. SAYUR LEMAK PUCUK PERIA PANTAI

1 ikat pucuk peria pantai, 
3 ulas bawang merah ditumbuk bersama 1 sudu teh lada hitam
1 mangkuk kecil bunga kobis
1 ekor ikan rebus ditumbuk bersama bawang td
1 cawan santan, air dan garam secukupnya

* panaskan santan dan masukkan bahan2 tumbuk bersama bunga kobis. bila dah gelegak masukkan daun peria pantai. perasakan dgn garam dan aji


yang ini versi Sayur Lemak Pucuk Peria Pantai & Rebung

AYAM GORENG BEREMPAH

1 whole leg ayam dipotong jadi 4
Bahan Tumbuk:
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
sedikit kunyit
garam
1 batang serai dihiris
# Tumbuk semuanya dan gaul dengan ayam. Bila nak goreng tabur tepung jagung. Goreng hingg agak garing dan masukkan daun kari dan bawang besar hiris (jika suka)



Wednesday 21 October 2015

SPAGETI BOLOGNESE


Antara menu rutin jika tidak mahu hidangan berat terutama pada waktu malam. Saya suka gunakan daging lembu tempatan yang dikisar sendiri dan mereneg buah tomato dengan agak lama untuk dapatkan rasa masam dan manisnya.

secekak kecil spageti direbus hingga empuk, taruk butter sikit takut melekat
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang holland didadu
daging cincang dr esbok (yg ni sentiasa ada stok hehehe)
4 biji cendawan butang yg dlm tin (susah nak cari yg fresh)
1 biji cili merah dicincang
1 biji cili padi dibelah2 (kalau tak de memang tak lalu makan)
minyak zaiton
mix herbs (oregano, daun bay rosmary dll)


# Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan daging cincang, bila dah putih masukkan tomato buah, tomato puri, cili dan tambahkan sedikit air, akhir sekali perasakan selepas tabur mix herbs, renehkan dalam 15 minit biar tomato dan bawang besar hampir2 hancur barulah rasa manisnya.

PENEMUAN HEBAT UNTUK KOLESTEROL DAN JANTUNG


* Tahukah anda Madu lebah, Lemon, Cuka Epal, Bawang putih halia dan kurma dapat melindungi dari kolesterol. 
* Pati Herba Madu gabungan 6 dalam 1 adalah penyelesaiannya. Diperbuat daripada bahan-bahan Asli tanpa pengawet. Pati HerbaMadu gabungan Madu Asli, Jus Lemon Asli, Halia, Bawang putih segar, kurma dan Cuka Epal sudah terbukti membantu mencegah kolesterol dan baik untuk jantung.
>>Khasiat Pati HerbaMadu<<
✔Membuang Angin Dalam Badan
✔Melawaskan perut
✔Melancarkan Perjalanan Darah
✔Amat Sesuai Untuk Mereka Yang Mengalami Keletihan
✔Membuang Kahak Dalam Kerongkong
✔Melancarkan Process Pembuangan
✔Jika Diambil Berterusan Boleh Menurunkan Berat Badan
Pilih bahan asli sebagai minuman kesihatan alternatif.
Terdapat banyak kajian dan testimoni yang telah membuktikan
gabungan 6 bahan ini amat berkesan melindungi dari kolesterol.
kini kami sediakan untuk anda hanya minum 1 sudu pagi dan malam.
Lihat kesannya dalam 2 minggu.
Kelebihan Pati HerbaMadu
✔DiKeluarkan di kilang GMP
✔kilang menjadi Ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia
✔Produk Muslim Bumiputera
✔100% dari bahan asli dan tanpa pengawet
Harga Semenanjung RM69, Sabah/Sarawak RM79
>> POS percuma <<
250ML>> sebotol sudah menampakkan kesan
Diminum 1 sudu pagi dan malam.

Hubungi saya
0124530315 untuk maklumat lanjut.





Tuesday 20 October 2015

NASI GORENG KERABU


2 mangkuk nasi sejuk
1 labu bawang besar didadu 
2 ulas bwg putih dicincang 
1/2 mangkuk kecil daging cincang kasar
2 biji telur
utk kerabu saya gunakan 10 btg kacang buncis, 1 batang serai dan 1 batang bunga kantan. Semua ini dihiris halus
4 biji cili padi dipotong kecil
minyak dan air garam 1/4 cawan

# Tumis bawang2 td masukkan daging. biar seketika dan masukkan air garam sikit dan masukkan semua bahan kerabu termasuk cili. dah layu sikit masukkan telur dan kacau. tambah sedikit serbuk perasa dan akhir sekali nasi. Kacau dan perasakan dgn lebihan air garam. Biar nasi agak kering sblm diangkat.

* Antara menu yang digemari oleh keluarga. Kalau nak sedap masukkan sedikit budu tetapi bini kita tak makan budu hehehe

Monday 19 October 2015

NASI AYAM PENYET


Pertama kali saya nikmati Nasi Ayam Penyet semasa berkunjung ke Jakarta dan Bandung. Ternyata hidangannya sangat unik dan rasanya sangat sedap. Saya tertanya-tanya apakah resepi sambalnya yang pedas dan sedap itu. Selepas itu saya nikmati Nasi Ayam Penyet di Wong Solo Kajang. Rasa membuak-buak di jiwa untuk mencuba memasak sendiri resepi ini. Maka bermulalah mencari pelbagai resepi di google. Ahhirnya saya adunkan dengan selera sendiri. Alhamdulillah rsanya tidak pernah mengecewakan ahli keluarga dan tetamu yang datang ke rumah walaupun cara memasaknya amat simple. Rasanya enak sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita mengadun sambalnya.

BAHAN-BAHANNYA : 3 ketul ayam bhg whole leg 
1 sudu besar jintan manis, jintan putih dan ketumbar (blend kering) 
halia, 2 ulas bwg putih dan 2 ulas bwg merah dihiris dan 1 sudu teh serbuk kunyit, garam
air utk rebus agak2 
# Rebus semua dlm 15 minit. bahan2 rempah td guna separuh je. angkat dan masukkan separuh lg rempah yg dicampur 2 ulas bwg putih dan 1 inci halia yg ditumbuk. garam dan 1 sudu besar pes cili. gaul semuanya dlm ayam dan tabur 2 sudu tepung jagung. perap 1 jam. Goreng hingga garing keperangan.


* Sambal:
5 biji cili merah dan 10 biji cili padi 
5 ulas bwg merah dan 3 ulas bwg putih 
1 inci belacan dan sedikit ikan bilis
1 biji tomato belah 4
# goreng dgn minyak sedikit cili dan bawang. angkat goreng tomato dan akhir sekali belacan dan ikan bilis.
Tumbuk semuanya, masukkan garam dan sedikit gula keping / kerek atau gula merah.
Akhir sekali masukkan perahan limau kasturi
# Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digaul dgn lebihan perapan ayam. hias dgn timun, tomato dan salad.
# Sup pula guna air rebusan ayam td. masukkan 1 sup bunjut jika ada dan daun ketumbar serta daun bawang. perasakan dgn garam dan serbuk perasa.




Sunday 18 October 2015

DAGING DENDENG BERLADO


(Resepi asal Datuk Chef Wan)
Saya alter sikit resepinya:

1/2 kilo daging dihiris nipis dan direbus 
2 sudu kicap pekat manis
daun limau purut 
1 sudu cuka makan
minyak dan garam
8 biji cili merah diblend kasar
3 ulas bwg putih dihiris nipis
6 ulas bwg merah dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris 


# Daging ditoskan dan ditumbuk dgn lesung. Perap daging dgn kicap 10 minit. Goreng bawang2 hingga garing dan angkat. Goreng daging hingga kecut dan angkat. Tumis cili merah blend hingga garing dan pecah minyak dan masuk cuka. Masukkan bawang goreng td dan daging, dan daun limau purut. Last masukkan bawang besar hiris dan perasakan.


* Saya suka resepi Dendeng Daging ini sebab mudah untuk disediakan dan sedap sambil2 hapdet status facebook pun dah siap hahaha, menu ini mendapat pujian daripada mak mertua yg cerewet fasal menu masakan.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...