Monday 19 October 2015

NASI AYAM PENYET


Pertama kali saya nikmati Nasi Ayam Penyet semasa berkunjung ke Jakarta dan Bandung. Ternyata hidangannya sangat unik dan rasanya sangat sedap. Saya tertanya-tanya apakah resepi sambalnya yang pedas dan sedap itu. Selepas itu saya nikmati Nasi Ayam Penyet di Wong Solo Kajang. Rasa membuak-buak di jiwa untuk mencuba memasak sendiri resepi ini. Maka bermulalah mencari pelbagai resepi di google. Ahhirnya saya adunkan dengan selera sendiri. Alhamdulillah rsanya tidak pernah mengecewakan ahli keluarga dan tetamu yang datang ke rumah walaupun cara memasaknya amat simple. Rasanya enak sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita mengadun sambalnya.

BAHAN-BAHANNYA : 3 ketul ayam bhg whole leg 
1 sudu besar jintan manis, jintan putih dan ketumbar (blend kering) 
halia, 2 ulas bwg putih dan 2 ulas bwg merah dihiris dan 1 sudu teh serbuk kunyit, garam
air utk rebus agak2 
# Rebus semua dlm 15 minit. bahan2 rempah td guna separuh je. angkat dan masukkan separuh lg rempah yg dicampur 2 ulas bwg putih dan 1 inci halia yg ditumbuk. garam dan 1 sudu besar pes cili. gaul semuanya dlm ayam dan tabur 2 sudu tepung jagung. perap 1 jam. Goreng hingga garing keperangan.


* Sambal:
5 biji cili merah dan 10 biji cili padi 
5 ulas bwg merah dan 3 ulas bwg putih 
1 inci belacan dan sedikit ikan bilis
1 biji tomato belah 4
# goreng dgn minyak sedikit cili dan bawang. angkat goreng tomato dan akhir sekali belacan dan ikan bilis.
Tumbuk semuanya, masukkan garam dan sedikit gula keping / kerek atau gula merah.
Akhir sekali masukkan perahan limau kasturi
# Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digaul dgn lebihan perapan ayam. hias dgn timun, tomato dan salad.
# Sup pula guna air rebusan ayam td. masukkan 1 sup bunjut jika ada dan daun ketumbar serta daun bawang. perasakan dgn garam dan serbuk perasa.




No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...