Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 22 October 2015

SAYUR LEMAK PUCUK PERIA PANTAI & AYAM GORENG BEREMPAH

Simple tapi cukup untuk penuhi selera diri dan family 
Sayur Lemak Pucuk PeriaPantai 
Ayam Goreng Berempah 
Cendawan Goreng Tepung 
Ikan Kembung Bilis Goreng
Sambal belacan 

  1. SAYUR LEMAK PUCUK PERIA PANTAI

1 ikat pucuk peria pantai, 
3 ulas bawang merah ditumbuk bersama 1 sudu teh lada hitam
1 mangkuk kecil bunga kobis
1 ekor ikan rebus ditumbuk bersama bawang td
1 cawan santan, air dan garam secukupnya

* panaskan santan dan masukkan bahan2 tumbuk bersama bunga kobis. bila dah gelegak masukkan daun peria pantai. perasakan dgn garam dan aji


yang ini versi Sayur Lemak Pucuk Peria Pantai & Rebung

AYAM GORENG BEREMPAH

1 whole leg ayam dipotong jadi 4
Bahan Tumbuk:
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
sedikit kunyit
garam
1 batang serai dihiris
# Tumbuk semuanya dan gaul dengan ayam. Bila nak goreng tabur tepung jagung. Goreng hingg agak garing dan masukkan daun kari dan bawang besar hiris (jika suka)



No comments:

Post a Comment