Wednesday 21 October 2015

SPAGETI BOLOGNESE


Antara menu rutin jika tidak mahu hidangan berat terutama pada waktu malam. Saya suka gunakan daging lembu tempatan yang dikisar sendiri dan mereneg buah tomato dengan agak lama untuk dapatkan rasa masam dan manisnya.

secekak kecil spageti direbus hingga empuk, taruk butter sikit takut melekat
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang holland didadu
daging cincang dr esbok (yg ni sentiasa ada stok hehehe)
4 biji cendawan butang yg dlm tin (susah nak cari yg fresh)
1 biji cili merah dicincang
1 biji cili padi dibelah2 (kalau tak de memang tak lalu makan)
minyak zaiton
mix herbs (oregano, daun bay rosmary dll)


# Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan daging cincang, bila dah putih masukkan tomato buah, tomato puri, cili dan tambahkan sedikit air, akhir sekali perasakan selepas tabur mix herbs, renehkan dalam 15 minit biar tomato dan bawang besar hampir2 hancur barulah rasa manisnya.

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...