Saturday 26 September 2015

MANGO"S FLOATTING LAYER CRAKERS

Pertama kali buat memang sedap, melting in mouth...

1 tiub 250gm cream cheese 
1 pek 250ml whipping cream 
1/4 tin susu pekat (ikut manis)
sekut patsegi secukupnya 
Pelam masak eloknya 2 biji sbb nak propa kat atas tu lg kan
# Mix cream cheese hingga kembang bersama susu pekat pastu masukkan whipping cream. Mix lg sampai sebati dan kembang.
Lapik loyang patsegi (I guna Pyrex ok ) dgn aluminium foil atau wrapping plastic. Susun biskut sbg dasar. Masukkan cream diikuti dgn hirisan nipis buah pelam dan biskut lg. Ikuti langkah seterusnya hingga habis. Bhg atas letak krim dan buah pelam potong ikut suka. Tutup dengan plastik td dan sejukkan paling kurang 4 jam. Bila nak potong angkat bhg aluminium/plastik yg terjuih keluar tu.


Friday 25 September 2015

JUS CINTA IN THE BOTTLE...



Ari tu dah buat 30 bijik. Petang ni buat lg 30 biji utk disimpan stok. Saja kita masak lama sikit wp rupanya pecah perut tetapi dpt hilangkan pedaq lidah.

Cara buatnya sangat mudah:
30 biji limau kasturi dipotong bhg atas dan disumbat dgn asam boi. 
Panaskan 1 liter air bersama 500gm gula. Bila gula hancur masukkan limau td dan rebus hingga warnanya jd gelap (dlm 1 jam). Sejukkan dan simpan dalam botol di dalam peti ais. Makin lama makin sedap rsanya dan ia berkhasiat tanpa bahan pengawet.


Thursday 24 September 2015

PENGGUNAAN K.FINE CREAM SUPER

APAKAH K FINE CREAM SUPER (KFCS)

K FINE CREAM SUPER keluaran Chef Khairi Mansor:

*Sejenis bahan pelembut roti yang bertindak sebagai pelembut, pelembab dan menambah saiz roti serta daya tahan lama roti. 
*Mempercepatkan proses elastik doh. Proses proofing lebih cepat berbanding bahan pelembut yang lain dan teksturnya tidak mudah kering
*Ianya 100% halal daripada produk bumiputera Malaysia, berasaskan minyak kelapa sawit dan mendapat pengesahan halal drp JAKIM.
*Sesuai untuk semua jenis masakan yang berasaskan yis seperti roti, pau dan donat
*Sesuai juga utk menambahkan kelembapan kek yg dibakar - kek marble

*Penggunaan yang minima serta jimat, hanya perlukan 20gm untuk 1 kilo tepung dan tidak perlu lagi menggunakan bread softner dan bread improver
*Boleh bertahan selama 1 tahun. Seeloknya disimpan dalam peti ais

# Jika berminat boleh whatsapp 0124530315
# Harga dijual bersama buku resepi roti dan poslaju (tanpa buku tolak rm 5)

Harganya:
RM 43 sekilo termasuk buku & poslaju
RM 28 500gm termasuk buku & poslaju
RM 23 300gm termasuk buku & poslaju
# Utk Sabah Sarawak extra RM 5 poslaju
# Saya satu2nya stokis KFine yg jual bersama buku resepi roti yg saya hasilkan sendiri. Jika berminat boleh bank in:
1. CIMB 7045941893 atau
2. MayBank 152108151935 atau
3. BSN 0219041000157549
(Wan Sukeri Wan Ibrahim) wasukeri@yahoo.com



Merupakan sejenis krim pelembut dan pengembang yang diperbuat daripada kelapa sawit dan mudah larut di dalam air bila dicuci. Ia bertindak sekaligus menggantikan bread softner dan bread improver. 

Penemuan yang dibuat oleh Chef Khairi Mansor ternyata telah berjaya menghasilkan roti yang lebih lembut dan gebu seperti yang dijual di kedai.  Yang pasti bahan ini halal dan ada kelulusan daripada JAKIM. 

Hanya menggunakan 20gm K Fine Cream (KFCS) untuk 1 kilogram tepung, kita boleh mempelbagaikan roti mengikut citarasa sendiri asalkan sukatan cecair dan tepung adalah seimbang iaitu 270 ml untuk cecair bagi 500gm tepung atau 410 ml untuk 1 kilo tepung. Daripada petua itu kita boleh cipta pelbagai resepi dan bentuk roti bagaikan seorang professional baker.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh guna resepi asas ini dan boleh juga order K Fine Cream Super (KFCS) dengan saya di talian 0124530315






Resepi ni saya guna sebagai basic dalam meroti, in shaa Allah jika ikut arahan bahan dan teknik, pasti roti yg terhasil akan lebih gebu dan lembut. Boleh juga dibuat donat, burger Malaysia atau roti goreng). Sebenarnya saya belajar sendiri je buat roti ni, berguru dengan fb dan 'trial n error'. Bila dah confident barulah saya berani jual K Fine Cream Super yang diasaskan oleh abang angkat saya Chef Khairi Mansor (chef bakery terkenal di Malaysia)

Bahan-bahan:
400 gm tepung high protin
100 gm tepung gandum
80 gm gula halus
10 gm K Fine Cream ( 1 sudu teh)
80 gm majerin (anggaran 2 sudu besar)
Susu segar 100 ml
1 biji telur kuning
150 ml air sejuk (saya guna air dlm peti)
1/ 2 peket yis segera
1 sudu teh garam

# Cara Bread Maker:
Masukkan air dan susu ke dalam BM diikuti yis, gula, majerin dan krim K Fine, seterusnya masukkan tepung dan garam. Set doh (Cosway no 8),  dan ulang proses 2 kali. Biarkan dalam BM selama 45 minit hingga 1 jam, lepas tu tumbuk angin, uli semula dalam 5 minit dan mula bentuk roti ikut suka.

# Cara manual:
Rendam yis dengan sedikit air suam (ambil drp jumlah keseluruhan air) selama 10 minit. Gaul tepung, gula, garam dan majerin. Buat lubang di tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan mixer atau tangan selama 20-25 minit.  Angkat doh dlm bentuk bulat dan sapu bekas dengan majerin , sapu juga di doh dan rehatkan selama 1 jam. Tutup doh dengan kain atau bekas, boleh juga simpan seketika di dalam almari. Keluarkan doh dan tumbuk angin, uli lagi dalam 5 minit. Mula bentuk roti anda.

Roti yang sudah dibentuk hendaklah dibiarkan proofing selama 30 hingga 45 minit sebelum dibakar. Bakar selama 20 minit dengan suhu 185 C. Sapu roti yang siap dibakar dengan butter untuk mengilatkannya serta kekal lembut.

* Boleh guna susu tepung tetapi pastikan cecair mencukupi 270 ml
* Resepi asas roti ini juga boleh dibuat donat, pau, burger Malaysia atau roti goreng

KELEBIHAN K FINE CREAM SUPER


Penggunaan Krim K Fine bersama instant yeast mempercepatkan proses pembuatan roti. Kebiasaannya kalau cara tradisional kita harus menunggu sejam utk proses resting. Jika guna ulian tangan pula, kita selalu rendam yis dengan air suam. Kini kita tak perlu risau untuk campur semua sekali kecuali garam diletak bhg tepi. Air pula dicurahkan ke atas yis (dicadangkan guna air ais untuk percepatkan elastik). Semalam kita tengok semasa dalam kelas Chef Khairi Mansor mengabaikan proses 'resting'. Sebaik sahaja doh diuli selama 15 minit menggunakan mixer, doh mula tanggal dari blade dan doh diangkat keluar lalu dihempas dan diuli di atas meja untuk seketika. Doh itu dikerat dan ditimbang serta terus dibulatkan (rounding).

PROSES MEROTI CARA CHEF KHAIRI MANSOR:

1. Masukkan tepung ke dalam bowl mixer
2. Masukkan gula, susu tepung, butter dan krim KFCS
3. Masukkan yis
4. Masukkan garam (jarakkan dengan yis)
5. Tuang air ais
6. Mula mix dengan kelajuan perlahan 1 minit dan teruskan kelajuan sederhana 15 minit
7. Angkat bila doh tanggal dari blade
8. Uli dan hempas seketika dan jadikan ia bentuk bulat
9. Bahagikan dan timbang doh
10. Buat rounding (bulat-bulatkan doh)  dan tunggu 15 minit
11. Masukkan inti (jika ada inti)
12. Tunggu proofing 30 hingga 45 minit
13. Spray dengan air bila nak bakar (boleh sapu eggwash)
14. Bakar roti dengan suhu 180c -190c anggaran 20 minit (api atas bawah)
15. Sapu butter ketika roti masih panas
Sebenarnya KFCS mempercepatkan proses yis mengembang dan roti jadi cepat elastik. Oleh itu lepas ni, jika anda gunakan KFCS anda boleh abaikan proses REHAT DOH selama 45 minit hingga sejam tu. Hasilnya tetap sama dan yang penting menjimatkan masa. Apa yang lebih penting krim ini HALAL dan boleh menggantikan bread improver dan bread softner yang tidak diketahui sumbernya.

Anda juga boleh menggunakan resepi roti ini yang didatangkan bersama krim di dalam kotak pek 450gm:

SAUSAGE ROLL (Resepi Chef Khairi Mansor)

500gm tepung high protein
50 gm gula pasir
8 gm garam
20 gm susu serbuk
8 gm yis
10 gm K Fine Cream
2 biji kuning telur
50 gm mentega
250gm air + ais
20 batang sosej
Sos cili
Mayonis

1. Campur semua bahan adunan dan uli sehingga elastik. 
2. Timbang doh kepada 40 gm setiap 1 dan bulat-bulatkan. 
3. Rehatkan 15 minit
4. Bentukkan roti mengikut citarasa sendiri
5. Susun atur sosej dan sos, biar ia kembang 45 hingga 1 jam
6. Bakar 190 C selama 20 - 25 minit



Jika berminat boleh whatssapp 0124530312 (Wan Sukeri)


Tuesday 22 September 2015

ROLLING BREAD'S BEEF... ROLLING INTO DEEP

Sebenarnya ia satu eksperimen berdasarkan roti gulung cinnamon dan pada masa yang sama nak try Luminarc bekas oval yg baru dibeli tu hehehe, cuma saya gantikan dengan daging yang dijadikan inti dan ditambah cheese. Rasanya sangat sedap tau.  Yang pastinya roti lembut gebu gebas dengan Krim K Fine Super (KFCS)

Bahan-bahan

Roti:
400gm tepung high protein campur 100gm tepung gandum 
1 / 2 peket yis mauripan 
60gm gula kastor 
60gm mentega
100ml
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur campur air sejuk menjadi 270ml
10gm K Fine Cream
1 sudu teh garam
1 sudu teh pasli kering
1/2 sudu teh mix herbs
# Uli roti seperti biasa ikut kaedah buat roti asas
Filling:
1 1/2 cawan daging cincang
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bwg putih dicincang
1/2 batang saderi didadu
2 sudu besar parmesan cheese
1/2 biji cili merah dicincang
sos tiram dan sos lada hitam
chillies flake dan paprika
Mix herbs dan 1 helai daun bay
minyak zaitun utk menumis
# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang. Bila dah garing masukkan sos tiram dan sos lada hitam, saderi dan reneh seketika. Bila dah hampir kering masukkan parmesan cheese.
# Canai doh 1/2 sm. tabur inti daging dan gulung. Potong 1 sm dan susun dlm loyang dgn rapat. Tunggu proofing 40 minit dan bila nak bakar tabur parutan cheese mozarella. Bakar 180c 20 minit

# Pic yang bawah tu jika ingin dibakar menggunakan mangkuk kertas, boleh ditabur mayonis dan sos





Monday 21 September 2015

MEE SANGGUL


1 bungkus mee sanggul direndam dalam air panas 5 minit dan toskan
1 sudu besar pes cili (ikut pedas)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama tapi tak perlu lumat sangat
Sedikit hirisan ayam,
2 biji telur
Beberapa ekor udang dibuang kepala
Sayuran ikut suka (taugeh,kobis atau sawi)
Sesudu besar setiap sos tiram, sos cili dan sos tomato, serta kicap pekat masin dan lemak manis

Cara Memasak:
Goreng isi ayam dan angkat dahulu. Tumis bahan tumbuk dan pes cili, biar garing seketika lalu masukkan semua sos, garam dan serbuk perasa. Masukkan ayam, udang dan telur serta sayuran, masukkan mee sanggul dan tuang kicap. Kacau rata hingga ia  sebati dan tahap kering bergantung kepada selera sendiri.

Anekdot:
Goreng menggoreng merupakan akviti memasak yang kerap dilakukan bagi saya yang sibuk bekerja. Selalunya ia dilakukan pada waktu petang atau hujung minggu. Keluarga saya lebih sukakan mee sanggul berbanding koayteaw, mee atau meehon, namun kaedah memasak sama sahaja kecuali kadang-kadang dimasukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu. Untuk lebih sedap potong cili padi dan tuang kicap manis sebagai sos sampingan.



Sunday 20 September 2015

PRODUK : BAZAR MAESTRO


Antara produk yang saya jual secara online:

K FINE CREAM SUPER (KFCS) merupakan sejenis krim pelembut dan pengembang roti yang hangat diperkatakan bagi baker profesional mahupun amtaur. Penemuan bahan ini dilakukan oleh Chef Khairi Mansor yang merupakan chef bakery yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang ini. Saya selaku stokis di bahagian utara dan saya satu-satunya stokis yang menjual krim bersama buku resepi roti.
NAKED NUTS atau kacang telanjang merupakan produk saya sendiri yang saya goreng secara kecil-kecilan di rumah menggunakan bahan-bahan tertentu seperti kacang shadong, rempah, cili padi dan ikan bilis. ia merupakan produk sensasi kerana namanya yang agak seksi dan seringkali menjadi orederan setiap kali musim perayaan. Harga yang ditawarkan adalah RM 40 sekilo atau RM 22 nbagi 500gm termasuk poslaju


SERUNDING BILIS PEDAS merupakan sambal bilis kering yang diusahakan oleh saudara saya di Kedah. Ia merupakan produk yang laris menjelang musim haji kerana sering menjadi bekalan makan tambahan di perantauan. Ia boleh tahan selama 3 bulan jika di luar peti ais dan tempoh 6 bulan jika disimpan di dalam peti ais. Ia sedap dimakan dengan nasi panas, nasi impit, lontong, dicicah ketupat dan roti atau dimakan begitu saja sebagai kudapan.
Harganya:
1 peket RM 14 termasuk pos
2 peket RM 22
3 peket = RM 30 termasuk pos
Selepas 3 peket harganya RM 10 sepeket termasuk pos
Pakej Istimewa:


APRON GRO merupakan produk ekslusif Group Resepi Otai (GRO) yang dikeluarkan untuk ahli-ahli yang berminat untuk menyimpan momen-momen indah selama bersiaran di alam maya. Telah terjual lebih 300 helai dengan harga RM 30 termasuk sulam nama dan pos













Jika berminat dengan produk BAZAR  MAESTRO  boleh hubungi 
0124530315 (Wan Sukeri)






Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...