Google+ Followers

Total Pageviews

Tuesday, 22 September 2015

ROLLING BREAD'S BEEF... ROLLING INTO DEEP

Sebenarnya ia satu eksperimen berdasarkan roti gulung cinnamon dan pada masa yang sama nak try Luminarc bekas oval yg baru dibeli tu hehehe, cuma saya gantikan dengan daging yang dijadikan inti dan ditambah cheese. Rasanya sangat sedap tau.  Yang pastinya roti lembut gebu gebas dengan Krim K Fine Super (KFCS)

Bahan-bahan

Roti:
400gm tepung high protein campur 100gm tepung gandum 
1 / 2 peket yis mauripan 
60gm gula kastor 
60gm mentega
100ml
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur campur air sejuk menjadi 270ml
10gm K Fine Cream
1 sudu teh garam
1 sudu teh pasli kering
1/2 sudu teh mix herbs
# Uli roti seperti biasa ikut kaedah buat roti asas
Filling:
1 1/2 cawan daging cincang
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bwg putih dicincang
1/2 batang saderi didadu
2 sudu besar parmesan cheese
1/2 biji cili merah dicincang
sos tiram dan sos lada hitam
chillies flake dan paprika
Mix herbs dan 1 helai daun bay
minyak zaitun utk menumis
# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang. Bila dah garing masukkan sos tiram dan sos lada hitam, saderi dan reneh seketika. Bila dah hampir kering masukkan parmesan cheese.
# Canai doh 1/2 sm. tabur inti daging dan gulung. Potong 1 sm dan susun dlm loyang dgn rapat. Tunggu proofing 40 minit dan bila nak bakar tabur parutan cheese mozarella. Bakar 180c 20 minit

# Pic yang bawah tu jika ingin dibakar menggunakan mangkuk kertas, boleh ditabur mayonis dan sos





No comments:

Post a Comment