Google+ Followers

Total Pageviews

Friday, 16 October 2015

SPICY CHICKEN MEATBALL


Resepi asal drp Mr Google tetapi diubahsuai dengan selera kita org Islam..gila uoll nak guna red wine. tapi rasanya tetap sama dan disukai oleh ahli keluarga.

Bahan:
2 keping dada ayam dicincang
1 biji telur
1/2 cawan bread crumb (serbuk roti) kalau tiada guna tepung gandum 
1 sudu paprika dan 1 sudu chillies flake
1 /2 labu bawang besar
1/2 cawan daun bawang
2 sudu teh serbuk halia (boleh guna 1 inci halia ditumbuk)
2 sudu teh serbuk bwg putih (boleh guna 3 ulas bwg putih tumbuk)
garam secukup rasa
3 sudu cuka epal
3 sudu madu
3 sudu soya light (kicap cair)
1 sudu bijan
# Dalam mangkuk besar gaul isi ayam, bread crumb, daun bawang, bawang besar, serbuk halia, serbuk bawang putih, garam, paprika dan chillies flakes, pecahkan telur dan gaul mesra serasi serasa, gentel saiz 1 inci dan susun dlm loyang yg dilapik kertas bakar. Bakar dlm 20 minit suhu 180C. Dalam bekas lain mix cuka epal, madu dan kicap serta bijan. Keluarkan dan gaul meatball dengan bahan tadi, panaskan atas pan beberapa minit dan gaul mesra. Sedia dihidang dan tabur daun bawang yg lebih tu.


No comments:

Post a Comment