Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 15 October 2015

STEW TULANG LEMBU


1 tulang rusuk dipotong kecil dan diperap dgn serbuk lada hitam kasar dan sedikit garam serta 1 sudu teh mix herbs 
2 labu bawang besar Holland didadu 
5 ulas bwg merah buang kulit je
1 btg saderi didadu 
1/2 btg karot di potong bulat
1 biji tomato didadu
1 biji kentang didadu besar
2 helai daun bay
1 bici cili merah dihiris
serbuk paprika dan parsley kering
2 sudu besar pes bawang
# Goreng tulang lembu hingga perang dan ketepikan
Tumis bawang besar Holland dgn bawang putih. Masukkan pes bawang dan daging. Masukkan daun bay dan garam serta air 1 cawan. Tuang ke dlm pressure cooker. Tuang semua sayuran. (Kalau x de masak perlahan dlm 1 jam). Bila dah abis masa dalam PC tu masukkan cili merah dan perasakan.
# Pes bawang - Goreng 10 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih yg dihiris kasar. Pastu blend dan guna minyak goreng tu. Pastu tuang ke dlm kuali semula dan masak hingga kering dan buang minyak. Buat byk boleh simpan dlm botol di dlm peti ais. Lenkali senang nak buat sup atau moi.

# Pertama kali saya buat stew tulang lembu ni sebab tergoda dengan french loaf yang saya buat tetapi tiada penyicah yang sesuai. Bagi  sesetengah orang stew bukanlah suatu hidangan yang menarik sebab ia kelihatan seperti daging hancur, namun begitu ia sangat sedap bila dicicah dengan roti 

No comments:

Post a Comment