Google+ Followers

Total Pageviews

Saturday, 10 October 2015

CHOUX PASTRY (CREAM PUFF)



Kulitnya:

3 biji telur
125 gm tepung superfine
100gm butter
1 sudu besar gula halus
250 ml air
sedikit garam
# campur air, garam, gula dan butter. panaskan sampai mendidih. masukkan tepung sekaligus dan kacau tanpa henti hingga tidak melekat pada nonstick pan. Biarkan adunan suam seketika dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul dengan cepat supaya adunan licin dan sebati. Paipkan ke atas dulang yang disapu butter atau alas dengan baking paper. Guna nozzle yang sesuai seperti profiteroles, eclairs atau swan. Bakar 20 minit dengan suhu 160 C (jangan buka oven sepanjang masa bakar itu)

Filling Cream:

Susu segar 400ml
1 biji telur
1 biji kuning telur
100gm gula kastor
20 gm tepung kastad 
50gm tepung jagung
# Panaskan susu segar, masukkan telur, gula, tepung jagung dan tepung kastad. Kacau seketika hingga pekat dan cePat-cepat tutup api. Jangan dibiarkan lama kerana cream ini cepat keras. Belah kulit pastri dan isikan dengan inti krim tadi.

* Boleh juga guna filling cheese cream yang dipukul bersama butter dan sedikit gula aising

Anekdot:
Pertama kali saya membuatnya terasa sangat gementar, teruja ingin mencuba resepi daripada seorang tenaga pengajar sebuah kolej masakan. Alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. Ia menjadi satu nostalgia apabila posting CREAM PUFF ini meledak di group masakan 'Dapur Panas' dengan lebih 1500 likers hingga orang mula mengenali siapa itu Maestro Ateh Wan dan sudah pasti ia menjadi satu perkongsian yang bermakna apabila ramai mengakui menggunakan resepi ini untuk dibuat jualan.....kurlasss!


No comments:

Post a Comment