Sunday 4 October 2015

AKU DAN DUNIA ROTI

Roti merupakan makanan yang boleh menggantikan nasi sebagai makanan ruji, sudah semestinya ia suatu menu yang amat menarik jika seseorang itu pandai membuat roti. Seingat saya, kali pertama buat roti ketika tahun 1997 ketika itu baru saja beli mixer Kenwood. Hasilnya memang tidak seperti roti di kedai tetapi dikira boleh makan saja. Pada masa itu saya hanya gunakan resepi di dalam majalah dan langsung tiada ilmu tentang roti. Lama saya simpan mixer di dalam stor sehinggalah tergerak hati untuk mencubanya pada tahun 2014 (18 September sempena hari jadi saya hehehe). Saya menggunakan resepi seorang rakan fb yang belajar kulinari untuk membuat red bean bun. Sekali buat rupanya ok lah (pic di bawah) tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.


Selepas itu saya mula meminati roti dan mencari resepi di Google. Melihat resepi kadang-kadang ia tidak seperti yang kita fahami. Lama kelamaan saya belajar daripada kesilapan. Saya memasuki satu group berkaitan dengan roti dan saya yang tiada ilmu apa-apa sudah pasti teruja untuk mendapatkan resepi. Dengan mulut yang suka mencarut akhirnya saya diusir keluar dari group itu (padan muka hahahaha). Di dalam group itu saya sempat mengorek banyak tips dan mencuba bread improver yang dinamakan Superbake GR serta sempat juga beli sebuah buku tentang roti.

Sebelum saya diusir keluar saya terlihat iklan tentang krim K Fine oleh Chef Khairi Mansor. Saya pun terus pm dia dan order 1 kilo dengan harga yang agak murah. Pada masa yang sama saya turut berkenalan dengan seorang kakak di Jitra (kak Umi) yang juga ahli group itu. Dialah yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya tentang resepi dan kaedah membuat roti walaupun tidak pernah bersua muka. Hati membuak-buak untuk membeli bread maker Cosway sebaik saja Krim K Fine tiba. Kak Umi telah memberikan nombor ahli Cosway untuk dapatkan harga ahli yang murah. Percubaan pertama sangat memberansangkan kerana roti-roti yang dihasilkan dengan BM serta K Fine sangat elok dan gebu. Buat pertama kali juga saya cuba menjualnya kepada pelajar-pelajar di sekolah isteri. Dalam masa sebulan saya sudah berjaya mendapatkan modal harga bread maker serta beberapa peralatan meroti yang lain. 



Saya memberanikan diri untuk mendekati Chef Khairi Mansor setelah dia add saya dalam frenlistnya di fb. Perkenalan itu membuka ruang keapda saya untuk menawarkan diri sebagai stokis KFCS. Saya memasang strategi kearna pada masa itu saya telah pun membuka page masakan Dari Dapur Lelaki dan ekoran daripada itu juga saya memasuki beberapa group masakan lain dan berkongsi resepi hingga memiliki beberapa follower yang mencadangkan supaya dibuka satu group masakan sendiri. Percaturan saya amat tepat apabila saya membuka Group Resepi Otai (GRO), ia mencetuskan fenomena apabila ramai pengikut saya mula memasuki GRO. Peluang ini saya gunakan untuk memasarkan K Fine Cream secara lebih meluas. Alhamdulillah sehingga catatan ini ditulis keahlian GRO telah mencecah hampir 16 K dan saya satu-satunya admin group itu. Saya sengaja mencetuskan isu-isu panas dan sensasi untuk menaikkan rating group. Ternyata ia berbaloi apabila dalam tempoh 4 bulan saya telah menjual hampir 400 kg K Fine Cream, menjadikan saya stokis yang paling berjaya (lihatlah duniaaaa hahahaha). 


Saya cuma terkilan apabila suatu ketika Chef Khairi yang saya anggap seperti abang sendiri telah membawa saya semula ke group yang berkaitan dengan roti itu, saya telah dikenakan tindakan tegas apabila timbul isu tentang hakcipta sekeping gambar ahli kelab itu (walhal saya telah jelaskan saya meminjam gambar itu dari seorang ahli kelab) serta kes ciplak krim K Fine. Akhirnya saya diusir keluar lagi tatkala saya mula memasarkan K Fine Cream di kelab itu. Saya menggunakan strategi menjual KFCS bersama buku resepi, mungkin sebab itu ia tidak disenangi oleh adminnya. Maka saya diusir keluar dan Chef Khairi turut keluar sebagai adminnya. Chef Khairi meminta saya membawa masuk dirinya ke dalam GRO. Ironinya admin no 2 kelab itu turut menyertai GRO dan dia seorang yang sangat peramah dan baik hati dan tidak pedulikan siapa saya sebelumnya. 



Kini saya selesa dengan GRO dan turut perkenalkan pelbagai pakej untuk para pembuat roti yang baru berjinak2 untuk membuat roti. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana ramai yang memuji kehebatan K Fine dan jualannya semakin bertambah setiap hari. Seiring dengan itu saya membina nama di GRO walaupun saya bukanlah seorang pembuat roti yang hebat. Justru pada 3 Oktober 2015, saya dengan rendah diri memasuki kelas meroti Chef Khairi, bukan sekadar untuk mengutip ilmu tetapi juga sebagai satu tauliah daripada abang saya. Saya hormati dia dan pengalamannya. Harapan saya dengan sedikit ilmu dan pengalaman saya akan hasilkan sebuah buku berkaitan dengan dunia roti. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...