Google+ Followers

Total Pageviews

Monday, 28 September 2015

REBUNG MADU

Assalammualaikum...

Rumah mertua saya terdapat lebih kurang 30 pokok buluh madu, sebahagiannya terpaksa ditebang kerana bimbang menjadi semak samun bila ia makin membesar. Ia ditanam untuk dapatkan sulur rebungnya. Pada masa itu harga sekilo rebung madu antara RM 5 hingga RM 8 sekilo, maka ramailah penduduk kamapung yang menanamnya. Apa yang menariknya, rebung ini tidak memudaratkan kesihatan sama ada badan jadi berangin atau sakit urat berbanding rebung biasa atau dikenali sebagai rebung sungai. Kali pertama saya makan rebung ini ketika majlis perkahwinan saya di Kuala Nerang 21 tahun yang lalu. Keluarga saya di Kelantan memang tidak boleh makan rebung sebab berbisa (keturunan buluh betong gituw hehehe). Maka pada majlis kenduri itu keluarga saya tiada siapa yang berani makan kecuali saya. Ternyata rasanya sangat sedap dan manis bila dibuat gulai dengan ayam atau tulang lembu. Ia memberi petanda yang positif apabila saya tidak mengalami apa-apa masalah atau sumpahan hahaha. Nonsense kan. Pada tahun lepas saya membawa benih pokok buluh madu dan menanamnya di depan halaman rumah  kami . Kediaman yang agak sempit menimbulkan masalah apabila daun-daun berguguran dan ada ketikanya ia menjalar dan meliar. Namun banyak kali juga saya sempat mengambil sulur rebungnya untuk dijadikan masakan gulai atau sayur manis. Kini setiap kali pulang ke kampung isteri saya pasti akan mencari rebung ini dan disimpan berbulan lamanya di dalam peti ais.

Proses untuk mendapatkan rebung madu

Rebung yang setinggi 1 hingga 2 kaki dibuang kulit luar hingga menampakkan isi. Berbeza dengan rebung biasa, rebung madu tidak begitu miang atau gatal di tangan. Rebung yang sudah siap dipotong perlu direbus dlm 15 minit dan dibuang airnya dan direbus lagi 30 minit dan dimasukkan gula dan garam. Rebung madu boleh bertahan hingga sebulan di dalam peti ais tetapi harus menukar airnya setiap 2 hari. Selain masak gulai ayam atau tulang lembu, ia sedap dibuat paceri rebung,  sayur manis (macam sup), sayur lemak atau dimasak sambal bersama udang. Ia juga sedap dibuat ulam dicicah dengan sambal belacan. Perghh! sedap habaq hang!

2 comments:

  1. rebung ni saya suka buat pajeri.... ishh sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mertua saya mmg terrer masak pajeri rebung. First time makan masa kenduri mmg sedap wp hanya rebung semata-mata

      Delete