Friday 2 October 2015

Gamitan Rasa Luahan Jiwa

Bertahun lamanya aku tidak mengarang di web. Seingat aku tahun 2003 merupakan permulaan membuka web menggunakan perisisan Frontpage untuk projek master dalam bidang Multimedia dan Teknologi Pendidikan di USM. Selepas itu ia dingin beberapa tahun mungkin kerana tidak begitu mendesak. Tahun 2008 aku kembali berblog di Blogspot dan Wordpress sebaik sahaja menyambung jawatan sebagai Guru Media yang harus menyediakan laman web sekolah dan pada masa yang sama menulis dalam blog peribadi dengan tajuk Abewelife...Sumpah! aku dah lupa passwordnya hahaha.

Sebenarnya aku dan penulisan tidak boleh dipisahkan. Sebagai seorang guru sastera yang pernah mengikuti pelbagai kursus penulisan kreatif dan yang pernah menghasilkan 4 buah novel dan puluhan cerpen, maka menulis bukanlah sesuatu yang asing. Sementelah kehidupan seharian memang berpaksikan kepada penulisan dan pembacaan. Mungkin kerana rajuk yang panjang maka dunia penulisan kreatif aku tinggalkan dan jadilah aku pujangga yang bermain dengan rasa di facebook. Segala gamitan rasa dan luahan jiwa kulontarkan pada dinding-dinding Mukabuku, yang sebahagiannya ia tidak difahami oleh sesiapa.

Kini aku kembali lagi mewarnai dunia penulisan blog dengan visi baru setelah bidang baru kuterokai lewat minat dan sedikit bakat yang dipinjamkan oleh-Nya...KULINARI...ia bukan sesuatu yang baru tetapi satu rebranding minat yang suatu ketika tenggelam hanyut di lautan rasa. Tahun 2015 mencetuskan minat yang mendalam seiring dengan pembukaan page peribadi masakan iaitu 'Dari Dapur Lelaki' yang miliki hampir 5K follower dan awal bulan April munculnya Group Resepi Otai (GRO) di mana aku menjadi admin tunggalnya. Ia telah mencetuskan fenomena di fb apabila sehingga kini ahlinya melebihi 15K dengan pertambahan purata 100 orang ahli setiap hari. Lantaran itu blog Maestro's Delight ini lebih berfokuskan dunia MASAKAN

1 comment:

  1. abewe... buat laaa 1 novel... cikki bg idea hahahaha #motifsangat

    ReplyDelete

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...