Friday 5 February 2016

CHEESY BUTTER SPICE'S BEEF BREAD

Macam2 cara kita boleh buat yang penting rajin je tau. Yang ni tabur parsley kering

 CHEESY BUTTER SPICE'S BEEF BREAD

Panjang bebenor namanya kan hahahaha, tapi roti ini sangat melting dan saya boleh habiskan sebiji walaupun doh 250gm dan kenyangnya sampai ke tengah hari. Kepada yang berminat boleh la try buat roti yang sangat sedap ini.

Resepi Roti Spicy K Fine (boleh hasilkan 3 biji roti)

500gm tepung high protein
1 sudu besar yis kering
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter atau majerin
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu teh garam
250gm air sejuk yang dicampur ais ketul
1 sudu teh penuh K Fine Cream
1 sudu teh parsli kering
1 sudu teh paprika
# Uli roti seperti biasa ikut kaedah buat roti asas 
# Jika guna bread maker masukkan bahan basah dahulu dan jika guna mixer masukkan bahan kering dahulu.
# Jika ulian tangan elok direndam yis dengan air suam serta sedikit gula, lepas tu tuang ke tas tepung yang sudah digaul dengan bahan-bahan lain

1. Bila dah jadi doh tunggu 1 jam lepas tu tumbuk dan timbang 250gm setiap doh. 
2. Tunggu 1 jam lepas tu toreh dengan pisau blade tajam dan biar 10 minit ia akan terbuka sendiri. 3. Masukkan sedikit butter (saya guna Buttercup dlm pek plastik) dan bakar selama 25 minit dengan suhu 185C
(Perbezaan saiz roti bila menggunakan K Fine Cream - Jika berminat nak order K Fine Cream boleh hubungi 0124530315)


(Pic fillingnya lebih kurang macam ni la, cuma untuk roti ini saya improvisasikan guna sayuran brokoli dan cendawan butang segar untuk ganti mix veges serta karot tu)

Filling:

200gm daging cincang (Saya guna Ramly yg pek 400gm tu)           
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bwg putih dicincang             
1 cawan brokoli
2 biji cendawan butang segar dihiris nipis
1 biji tomato didadu
1 tin tomato puri
1 sudu teh mix herbs (saya guna herbs spageti bolognese)
2 sudu besar parmesan cheese     
1 biji cili merah dicincang 
sedikit daun ketumbar dihiris
sos tiram dan sos lada hitam          
Chillies flake dan paprika
2 helai daun bay      

minyak zaitun utk menumis

1. Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang. 
2. Bila dah garing masukkan tomato dalam tin, sos tiram dan sos lada hitam, buah tomato serta herbs lain. reneh seketika. 
3. Bila dah hampir kering masukkan parmesan cheese dan perasakan. 
4Masukkan brokoli, daun ketumbar serta cendawan butang dan gaul seketika dan tutup api

Cara susun:
1. Roti yang sudah siap dimasak disejukkan seketika dan dipotong jangan putus. 
2. Masukkan inti daging tadi perlahan-lahan dan jangan sampai terkoyak
3. Parut cheese Mozarella
4. Bakar guna api atas sahaja selama 10 hingga 15 minit hingga cheese perang sedikit




2 comments:

  1. Terbaiklah resepi ini cikgu. Buat untuk lunch pun ok ganti makan nasi.

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah resepi ini cikgu. Buat untuk lunch pun ok ganti makan nasi.

    ReplyDelete

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...