Google+ Followers

Total Pageviews

Friday, 29 January 2016

HOMEMADE PIZA

Membuat piza sendiri merupakan satu pengalaman yang menarik selain ia menjimatkan perbelanjaan. kita juga mampu mengubah menu mengikut citarasa sendiri. Jika berminat boleh gunakan resepi asas roti di bawah sebagai doh asas piza. Selain itu resepi ini juga boleh dibuat pelbagai jenis roti lagi mengikut dekorasi sendiri. Jika berminat nak guna K FINE CREAM SUPER (KFCS) boleh hubungi saya 0124530315


Topping piza:
1 cawan isi ayam dihiris nipis
1 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar Holland didadu
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
sedikit mix herbs
paprika dan sedikit chillies flakes
sedikit sos tiram

Tumis bawang-bawang dan masukkan isi ayam 
Masukkan tomato puri dan buah tomato
Masukkan mix herbs, paprika dan chillies flakes serta sos tiram. Perasakan

Roti dibentuk dan ditekan dalam 0.5 sm.
Tunggu 30 minit lepas tu tekan sikit dan cucuk dengan garfu. Saapu dengan sedikit minyak zaiton
Bakar dalam 10 minit 185C
Keluarkan roti piza dan masukkan topping tadi
Tuang sos dan mayonis dan akhir sekali parut cheese  mozarela ke atasnya. 
Jika berminat boleh letakkan sosej dan kapsikum atau cendawan butang dan juga nenas dalam tin
Bakar 20 minit atau hingga cheese jadi perang


No comments:

Post a Comment