Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 11 February 2016

SUP AYAM STAIL MAESTRO

SUP AYAM STAIL MAESTRO

Sup Ayam yang simple tapi sedap jika kita menggunakan bahan2 spice yang dikisar sendiri. Ramai yang tidak tahu fungsi batang saderi selain bagus untuk kesihatan lelaki, ia juga menaikkan aroma sup.

1/2 ekor ayam
Bahan kisar:
1 susu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
* bahan-bahan ini disangai terlebih dahulu dan dikisar atau tumbuk hingga halus
Bahan tumis:
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sayuran:
3 tangkai daun ketumbar
1 batang saderi
1 biji tomato belah 4
5 biji cili padi (jika suka pedas boleh diketuk)
Kentang dan karot (jika suka)
Air secukupnya
serbuk perasa Hilal atau Ajinomoto

1. Ayam potong kecil-kecil (lebih sedap guna bahagian tulang)
2. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan sedikit air, biar ia garing seketika
4. Masukkan ayam dan tuang air ikut banyak kuah yang dikehendaki
5. Masukkan garam dan bila ayam dan empuk masukkan, cili padi, daun ketumbar,  batang saderi atau sayuran lain serta serbuk perasa dan biarkan ia mereneh.
6. Sebelum angkat masukkan buah tomato

Untuk hidangan boleh perah asam limau dan tabur bawang goreng serta daun ketumbar

No comments:

Post a Comment