Google+ Followers

Total Pageviews

Sunday, 2 April 2017

First time makan di Krabi Thailand, tertanya-tanya apakah nama masakan ini. Rasanya pedas berapi tetapi menyelerakan ala-ala asam pedas dan singgang. Saya paling suka guna ikan senangin atau jenahak kerana isinya lebih manis dan tidak gemar ikan siakap kerana isinya terlalu lembut.

Kensom Stail Maestro

3 ketul ikan senangin
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Seinci lengkuas
Seinci halia
Seinci kunyit
Sedikit belacan
* blend semua kecuali ikan
Sebatang serai diketuk
2 keping asam keping
Sedikit gula kerek
Sedikit nenas yg dipotong
Air dlm 3 cawan
Rebus bahan blend dgn serai dan asam keping dan garam, renih dlm 15 minit
Masukkan gula kerek
Masukkan nenas dan ikan
Reneh dlm 10 minit, perasakan
* Ikan lain yg sesuai utk kensom spt siakap, jenahak, tenggiri tp yg paling sedap ikan senangin
* Aksesori selain nenas, boleh guna kangkung, umbut kelapa
* Tahap pedas boleh dikawal dgn jumlah cili. Tp kalau tak pedas elok buat masak rebus biasa je
*Kensom mesti pedas, masam, masin dan manis manja

No comments:

Post a Comment