Google+ Followers

Total Pageviews

Monday, 21 December 2015

CHEESE'S LOAF BREAD


CHEESE'S LOAF BREAD

Pertama kali cuba buat roti keju bergulung ini. Rasanya sangat sedap walaupun dicicah air, tapi lebih sedap jika dicicah dengan kari daging

500gm tepung high protein 
80gm gula kastor 
60gm mentega 
10gm K Fine Cream 
10gm yis segera
70gm susu tepung
1 biji telur kuning
250gm air ais campur ketul ais
1 cawan cheese cheddar
sedikit gula utk tabur


1.  Kaedah buat sama spt resepi roti asas.

2. Jika menggunakan breadmaker masukkan cecair dahulu diikuti bahan-bahan kering dan akhir sekali garam
3. Jika menggunakan mixer masukkan bahan kering dahulu bermula dengan tepung dan diakhiri dengan air
4. Jika ulian tangan boleh rendam yis dahulu dengan sedikit air suam (50gm)  dan biarkan ia larut dan kembang seketika sebelum curah ke atas tepung. Sukatan air jangan melebihi 250 gm untuk 500gm tepung
5. Bila dah jadi doh leperkan nipis dan tabur cheese. Tekan dan gulung dan masukkan ke dalam loyang tin. Tunggu proofing selama 45 minit. Spray dgn air pastu tabur gula dan cheese. 
6. Bakar 185c 25 hingga 30 minit



Manakala yang ini pula direnovasi menjadi Garlic Bread pula. Sedap dimakan panas-panas sebaik saja keluar dari oven. Saya menggunakan butter yang dicampur serbuk bawang putih dan parsley kering



No comments:

Post a Comment