Wednesday 23 December 2015

ASAM PEDAS 1MALAYSIA


Kita nak share resepi 'Asam Pedas 1Malaysia' yg kita rekacipta sendiri selepas menikmatinya di RnR semasa pi Johor ari tu. Ia menggabungkan bahan-bahan mengikut Asam Pedas Kedah, Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas Johor.  Semalam mem kita diam je, puji pun tidak tetapi malam tanya dah abis ke? sedap lettew tp malu nak puji kan hahaha

2 ekor ikan merah (kerisi) kalau jenahak lg sedap.
1 biji tomato 
sayur ikut suka (bendi lg sedap)
1 sudu besar asam jawa
1 btg bunga kantan dibelah 4
3 tangkai daun kesum
1 batang serai diketuk
air secukupnya ikut pekat kuah

* bahan blend:
15 biji cili kering
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 biji buah keras
1 sdt biji ketumbar
1 sdt jintan manis
1 sdt lada hitam 

1 sdt serbuk perasa Hilal

1. Tumis bahan2 blend hingga garing dan pecah minyak. 
2. Masukkan air asam jawa. Masukkan daun kesum, serai dan bunga kantan dan tunggu ia menggelegak dan mereneh seketika. 
3. Masukkan ikan dan sayuran dan reneh lagi. Akhir sekali masukkan tomato yg dibelah 4. 
4. Perasakan masin dan masamnya. Saya tambah 1 sdt serbuk Hilal utk menambah ummph.

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...