Google+ Followers

Total Pageviews

Monday, 16 November 2015

LINGUINE CARBONARA......Italiano la kita

LINGUINE CARBONARA

Linguine merupakan sejenis pasta yang lebih besar daripada spageti tetapi lebih kecil daripada fetucine. rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan spageti walaupun pada dasarnya pasta memiliki rasa yang sama bergantung kepada jenama. Linguine sellaunya dimasak dalam sos carbonara tetapi ada juga yang disediakan dalam kuah bolognese. Saya meilih untuk buat kuah carbonara sebab bahan-bahan itu sudah ada di dalam peti ais:

Secekak linguine direbus hingga lembut dan toskan
1 cawan susu segar full cream
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 labu bawang besar Holland didadu
1 sudu besar *serbuk carbonara (ada dijual di kedai bakery)
* boleh guna sos carbonara dalam tin (Prego)
1 sudu besar cheese parmesan
2 keping cheesedale
1 sudu kecil daun parsley kering
1 biji cili padi diketuk
1 biji cili merah dihiris
1/2 batang daun saderi dihiris
2 keping chicken slice (boleh guna sosej)
1 biji buah tomato dihiris besar
minyak zaitun untuk menumis

Cara masak:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar
2. Masukkan chicken slice yang telah dipotong
3. Masukkan susu dan serbuk carbonara diikuti cili merah dan cili padi serta batang saderi
4. Masukkan cheese dan perasakan dengan garam
5. Tabur daun parsley kering dan buah tomato
6. Masukkan linguine dan gaul.
7. Hidang ketika panas-panas

No comments:

Post a Comment