Tuesday 17 November 2015

KOAYTEAW GORENG....cara memasak yang simple


KOAYTEAW GORENG

Koayteaw Goreng merupakan menu ringkas yang sentiasa menjadi hidangan pada waktu malam kerana keluarga saya tidak suka makan nasi pada waktu malam. Selain daripada koayteaw, saya juga suka gunakan mee atau meehon atau kadang-kadang guna mee sanggul sebagai bahan untuk digoreng


1 peket koayteow
1 sudu besar pes cili (ikut pedas)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama tapi tak perlu lumat sangat
Sedikit hirisan ayam,
2 biji telur
Beberapa ekor udang dibuang kepala
1/2 cawan isi kerang yang telah direbus
Sayuran ikut suka (taugeh,kobis atau sawi)
Sesudu besar setiap sos tiram, sos cili dan sos tomato, 
serta kicap pekat masin dan lemak manis (ikut selera)

Cara Memasak:
1. Goreng isi ayam dan angkat dahulu. 
2. Tumis bahan tumbuk dan pes cili, biar garing seketika lalu masukkan sos, garam dan serbuk perasa. 
3. Masukkan ayam dan telur serta sayuran, masukkan   koayteow dan tuang kicap. 
4. Kacau rata hingga ia  sebati dan tahap kering bergantung kepada selera sendiri


No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...