Google+ Followers

Total Pageviews

Thursday, 3 December 2015

PARATHA POTATOES'S MASHED AND CHEESE


PARATHA POTATOES'S MASHED AND CHEESE

Sebenarnya kita pun tidak tahu nak letak nama apa sebab resepi ini dicipta ekoran rasa sakit yang menyucuk pada bahagian jantung (Kita memang ada masalah kaburetor selepas overhaul kat IJN ari tu). Konon-kononnya ini adalah menu insaf la, tapi tetap nak rasa kekwat gak dengan cheese bagai hahahaha. Rasanya memang ohsem sangat, sesuai utk diva2 kekwat yang nak feeling Amereka.

Menu ni untuk seorang je tau...tapi memang kenyang

1 keping roti paratha dibakar dalam kuali nonstick
1/2 mangkuk kecil potatoes' flake dicampur sedikit air panas dan kacau rata
* (boleh rebus 1 biji kentang dan lenyek je)
1 biji telur
1 biji tomato didadu
1/2 biji bawang besar Holland
1 biji cili merah dihiris
Chillies flakes
parsley
garam
lada sulah
daun bawang
sos cili dan mayonis
sedikit cheese mozarella
* boleh letakkan sosej atau kepingan daging ayam yang digoreng tanpa minyak dahulu

1. Lapik tempat bakar dengan kertas minyak atau sapu butter pada dulang (saya memang nak kurangkan minyak jadi guna kertas minyak)
2. Letak roti paratha yang telah dibakar garing
3. letakkan kentang leyek yang telah digaul dengan garam dan parsley serta lada sulah
4. letakkan tomato, cili merah dan chilleis flake
5. Tabur daun bawang dan kepingan sosej (jika suka)
6. Tuang sos cili dan mayonis
7. Tabur cheese mozarella
8. Buang lubang sikit, pecahkan telur dan tabur lada sulah dan garam sikit (jika suka)
9. Bakar api atas je 15 hingga 20 minit 180 C atau hingga perang
10. Makan ketika panas, perghh! sedap woo



No comments:

Post a Comment