PARATHA'S POTATOES QUICHE
Merupakan menu western yang kerap dibuat jika hilang 'password' untuk makan. Sebenarnya Quice ini ada banyak stail topping dan juga crustnya. Ada orang yang buat crust daripada doh yang diuli. Saya lebih kerap gunakan sama ada kentang, pasta (makaroni) ataupun roti wrap dan juga roti paratha. Kaedahnya tetap sama cuma rasanya sedikit berbeza. Untuk resepi kali ini saya gunakan roti Paratha pula. Ianya memang sedang kerana ada rasa seperti roti canai tetapi diletakkan topping yang mewah..gituw!
1 Keping roti Parataha (perasa bawang)
1 biji kentang didadu dan direbus
1 biji telur
1 labu bawang besar didadu
1/2 batang saderi didadu
1 biji cili merah didadu
1/2 biji kapsikum didadu
1 biji tomato didadu
1 batang sosej black pepper didadu (boleh diganti dengan isi ayam)
1 sudu teh daun parsley kering
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
1 sudu teh chillies flakes
2 tangkai daun bawang dihiris
1 keping cheesdale
sedikit parutan Mozarella
1. Tumis bawang besar hingga layu
2. Masukkan sosej, kentang dan sayuran lain (kecuali daun bawang)
3. Tabur separuh serbuk lada hitam dan cheesedale, tambah air jika pekat
4. Masukkan garam dan chillies flake, parsley dan perasakan. Ketepikan seketika
5. Pecahkan telur dalam bekas lain, masukkan separuh lagi serbuk lada hitam.
6. Letakkan roti Paratha dalam loyang take off saiz 6 inci dan bakar seketika atau boleh juga bakar di atas pan nonstick agar garing
7. Masukkan inti yang dimasak tadi
8. Tuangkan telur yang telah dipukul
9. Tabur keju Mozarella
10. Bakar 20 minit atau hingga keperangan suhu 190C
No comments:
Post a Comment