Bubur asyura (SUGHO) merupakan salah satu menu klasik yang agak nostalgia bagi orang-orang Kelantan kerana ia miliki citarasa dan cara memasak yang tersendiri. Ia bukan seperti menu di utara atau tempat2 lain yang dimasak dengan cara mudah dan menggunakan tepung beras. Sebaliknya Sugho Kelate menggunakan beras dan ia dimasak agak lama antara 7 hingga 8 jam. Yang paling menarik ia ada rempah tersendiri yang banyak di jual di pasar Khadijah Kota Bharu. Nostalgia yang paling klasik masa zaman kanak2 dulu apabila ramai kanak-kanak bersedia dengan tempurung kelapa yang dialas daun pisang dan dimakan ketika panas-panas. Ada ketikanya orang-orang tua menggunakan pelepah batang pisang untuk menadah sugho yang telah siap dimasak. Kalau di Kelantan ia dihias dengan telur dadar goreng bersama sambal kelapa.
RESEPI BUBUR ASSYURA KLATE...(resepi arwah ayah Hazlina My, salah seorang ahli GRO)
5kg Bwg merah
1kg Bwg putih
Halia seketul (besar penumbuk)
5 1/2 kg beras
5 kg santan
5kg daging - direbus & dicarik2
4kg nisan (klu xde blh ganti dgn gula melaka)
1kg rempah bubur assyura utk 1 kawah (klate & tganu ada jual)
10 tin Jagung
1kg kcg hijau - direndam semlmn
1kg kerisik
1cwn garam

Bahan hiasan:
Agar2 dipotong dadu
Telur dadar digulung & potong halus2
Agar2 dipotong dadu
Telur dadar digulung & potong halus2
CARA2:
Dalam kawah, rebus beras & kcg hijau hingga hancur (lebih kurang 2jam stgh). Dlm kuali lain, tumis bwg putih, merah & halia hgga kekuningan. Masukkan rempah assyura. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dlm kawah yg mengandungi beras & kcg hijau td. (Masa ni pastikan beras & kcg hijau dah hancur). Kacau sebati. Masukkan daging, jagung, santan & kerisik. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan garam & nisan (@gula melaka). Kacau hingga bubur assyura masak. (Lebih kurang 8jam).. Sekawah ni dpt 14 ke 15 talam.

No comments:
Post a Comment