Saturday, 7 November 2015

MUFFIN PISANG GEBU BLUEBERRY


Pertama kali buat memang teruja dan sedap bila pisang digabungkan dengan blueberry, melting in mouth uoll. Sekejap je ngap-ngap abis patlima bijik. kalau tak suka pisang berangan boleh guna pisang emas tetapi ia agak lembap dan saya sendiri lebih suka pisang berangan (pisang org kaya2 gituw)

MUFFIN PISANG GEBU BLUEBERRY

2 cawan tepung SRF
3 biji telur

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
6 biji pisang berangan (dilecek)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
filling Blueberry secukupnya

Kertas kek cawan

Cara-cara buat:
1.  Pukul telur dan gula, masukkan minyak, esen dan pukul lagi. 

2. Masukkan pisang dan mix perlahan sambil masukkan tepung yng diayak bersama soda bikarbonat. 
3. Tuang ke dalam cawan kertas separuh dan masukkan blueberry.
4.  Tuang lagi adunan. Boleh juga letakkan blueberry pada bahagian atas. 
5. Bakar 160C api atas bawan 20 minit.



Kalau rasa malas nak guna kertas kek atau cupcake, boleh juga bakar dalam loyang seperti yang kita buat nii. resepi tetap sama cuma kalau guna loyang2 tidak sesuai nak letakkan blueberry filling, tapi kalau nak  try...ok pe!

ROTI VAVAVOM...Taraaaa! ada kejutan di dalamnya


ROTI VAVAVOM

Ia merupakan cetusan idea daripada Roti Kampar yang saya tengok di dalam fb seseorang. Saya hanya menggunakan resepi asas roti yang selalu saya buat roti pelbagai bentuk itu. Anak perempuan saya paling teruja bila membukanya..."Eh! ada kari daging!" jeritnya. Rasanya sangat sedap dengan aroma kuah kari bila dibuka. Uoll bayangkan kalau buat kejutan untuk propose seseorang...buka je roti ada kertas bertulis "WILL YOU MARRY ME?" hahahaha..Yang penting ia menggunakan pelembut dan pengembang roti  K Fine Cream yang kita jual tu....Kalau nak order jangan lupa whatssap kita ya 0124530315

 Bahan-bahan:
400 gm tepung high protin
100 gm tepung gandum
80 gm gula halus
10 gm K Fine Cream ( 1 sudu teh)
80 gm majerin (anggaran 2 sudu besar)
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur kuning
270 ml  / 250gm air sejuk (saya guna air dlm peti yang dicampur dengan beberapa biji ketul ais)
1/ 2 peket yis segera
1 sudu teh garam

# Cara Bread Maker:
Masukkan air dan susu ke dalam BM diikuti yis, gula, majerin dan krim K Fine, seterusnya masukkan tepung dan garam. Set doh (Cosway no 8),  dan ulang proses 2 kali. Biarkan dalam BM selama 45 minit hingga 1 jam, lepas tu tumbuk angin, uli semula dalam 5 minit dan mula bentuk roti.

# Cara manual:
Rendam yis dengan sedikit air suam (ambil drp jumlah keseluruhan air) selama 10 minit. Gaul tepung, gula, garam dan majerin. Buat lubang di tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan mixer atau tangan selama 20-25 minit.  Angkat doh dlm bentuk bulat dan sapu bekas dengan majerin , sapu juga di doh dan rehatkan selama 1 jam. Tutup doh dengan kain atau bekas, boleh juga simpan seketika di dalam almari. Keluarkan doh dan tumbuk angin, uli lagi dalam 5 minit. Mula bentuk roti anda.

* Roti yang sudah dibentuk hendaklah dibiarkan proofing selama 30 hingga 45 minit sebelum dibakar. 

Cara Bentuk Roti VAVAVOM

1. Timbang doh 300gm, bulatkan dan biarkan kembang selama 15 minit
2. Canaikan doh dan jadi seperti roti canai tetapi dengan ketebalan dalam 1 sm
3. Kuah kari daging dibalut dengan foil aluminium lalu diletakkan sedikit foil aluminium yang telah digumpal di atas kuah kari yang ditutup itu
4. Tutup doh dengan cara telangkup ke atas dan tarik doh ke bawah dan biar ia bercantum dan kemaskan
5. Biarkan ia proofing 30 minit hingga 45 minit
6. Tabur bijan dan almond cincang
7, Bakar suhu 190C selama 20 hingga 25 minit atau hingga roti menjadi perang


Wednesday, 4 November 2015

ROTI KERCHA


ROTI KERCA iaitu sejenis hidangan klasik negeri Kedah. Ia based kepada adunan roti jala tetapi selalunya dibuat tanpa warna kuning (kunyit). 

Hanya 2 cawan tepung gandum, 1 biji telur, garam dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan tapis adunan. Tuang sesenduk ke dalam kuali nonstick. Goreng seperti kulit crepe durian dan tutup, tidak perlu alihkannya. Lepas tu gulung dan potong serong. Sedap dimakan dengan gulai ayam atau daging.

Saturday, 31 October 2015

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA...Penuh khasiat yang tidak diketahui ramai


Kaki ayam merupakan bahagian ayam yang seringkali dibuang apabila kita membelinya di pasar. Kita seringkali skeptikal dengan sifat ayam yang suka mencakar sesuatu yang kotor. Oleh itu ia mengisyratkan bahawa kaki ayam itu sesuatu yang jijik untuk dimakan. Tapi tahukah anda kaki ayam dapat menyembuhkan sakit-sakit sendi dan ia juga membekalkan kolagen asli kepada tubuh kita. JIka selalu diamalkan ia boleh menjauhkan penyakit gout. Selain drp dibuat sup, kaki ayam juga popular sebagai kerabu terutamanya di Thailand.

SUP KAKI AYAM DAN KHOPEHNYA
* Khopeh tu bahagian sayap dan leher


6 batang kaki ayam dibersihkan dan dipotong 2
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit halia dihiris kecil
1 labu bawang besar dibelah empat
1/2 batang saderi
1/2 batang karot
1 biji buah tomato
4 biji cili padi
sedikit daun sup /ketumbar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kuit kayu manis
asam limau dan bawang goreng sebagai hiasan
* 1 sudu teh jintan manis
   1 sudu teh jintan putih
   1 sudu teh biji ketumbar
   1 sudu teh lada hitam
* Basuh dan sangai seketika, lepas tu ditumbuk hingga hancur dan tidak perlu halus

Cara masak:
1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis bersama bawang-bawang yang dihiris serta halia. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan goreng seketika hingga garing (guna minyak sedikit). 
3. Masukkan air secukupnya dan masukkan kaki ayam sebaik saja menggelegak. 
4. Renehkan seketika hingga kaki ayam agak empuk (lebih kurang 20 hingga 30  minit). 
5. Masukkan cili padi dan sayuran lain termasuk sedikit daun ketumbar yang dipotong kasar, kecuali tomato dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
6. Akhir sekali masukkan buah tomato.
7. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng

Thursday, 29 October 2015

NASI ARAB MANDY AYAM....Hidangan global dah tiba di Malaya




Nasi Arab  merupakan hidangan yang kian popular dalam kalangan rakyat Malaysia ekoran globalisasi maklumat dan eksplorasi masyarakat yang merantau ke luar negara khususnya Timur Tengah. Pertama kali saya nikmati Nasi Arab 5 tahun yang lalu di Tanah Suci Mekah ketika menunaikan umrah. Terkejut juga melihat seekor ayam bergelimpangan di atas nasi dan rasanya sangat sedap, lebih-lebih lagi selepas letih melakukan ibadat. Bila balik ke sini saya mencari-cari dalam google resepi yang simple tetapi sedap untuk dimakan. Saya buat sedkit alterasi dengan menyediakan sambal dan sup...Lidah Melayu kan.

Nasi Arab Mandy Ayam

Bahan Nasi:

4 cawan beras Basmathi - rendam 30 minit & toskan
1/2 cawan minyak zaitun (kalau tiada guna minyak masak biasa)
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih di mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
2 helai daun bay  
3 helai daun pandan 
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Garam
Pewarna kuning

Bahan Ayam:


1 ekor ayam di potong 4 (saya suka gunakan whole leg)
1/2 cm halia - tumbuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
2 bawang besar - hiris bulat
2 lemon - hiris bulat

Cara memasak:

1. Kesemua bahan bahan Ayam disatukan kecuali bawang besar dan lemon dan dilumur pada ayam.  Perap selama 15 minit.  
2. Balutkan dulang pembakar dengan aluminium foil dan susun bawang besar dan lemon.  Letak ayam di atas bawang besar dan lemon.  Tutup aluminium foil dan bakar pada suhu 250C selama 1 jam.

3. Pada 10 minit terakhir, keluarkan dulang pembakar dari oven. Keluarkan air ayam dan ketepikan air ayam tersebut. Jika suka, renjis renjiskan ayam dengan olive oil.  Bakar lagi ayam selama 10 minit dengan foil dibuka.  
3. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 2 helai daun pandan utk nasi sehingga bawang layu. Masukkan daun bay dan tunggu ia layu sedikit.
4. Masukkan 4 cawan air atau secukupnya dan masak sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan beras dan garam dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak nasi sehingga air kering. Kemudian tuangkan air ayam tadi ke dalam nasi dan kacau sambil dibuat lubang di tengah tengah nasi. 


5. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadi bara ke dalam foil berisi minyak zaitun tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Balut periuk dengan aluminium foil sebelum ditutup periuk letrik dan biarkan sehingga nasi masak.
6. Apabila nasi masak, tuangkan secara titisan rambang pewarna kuning dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan bersama ayam dan salsa.  

Bahan bahan untuk buat Salad Salsa:

4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam  dan gula secukupnya

Cara cara
Campurkan kesemua bahan bahan di atas. Gaul mesra di dalam satu mangkuk dan perah jus lemon. 
Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Sambal (optional)
3 biji cili merah
5 bii cili padi
1 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama hingga hancur dan masukkan
1/2 labu bawang besar didadu
sedikit jus lemon atau cuka
garam secukupnya

Sup (optional)
Boleh gunakan sup bunjut sebagai sup dan gunakan bahagian tulang, masak seperti biasa.

THE ART OF BREAD...Sort of soul's creativity

Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi pelbagai bentuk roti. Sebagai koleksi untuk memudahkan mereka  mendapat inspirasi untuk membuat pelbagai bentuk roti yang menarik. Selamat mencuba





















Wednesday, 28 October 2015

CRUST POTATOES"S QUICHE...Amerekalah sangat kan


Menu yang agak kerap saya masak adalah hidangan western yang berasaskan kentang kerana saya memang 'gila kentang' dalam apa jua menu. Kalau malas memasak sekalipun saya hanya akan potong, rebus kentang dan digaul dengan mayonis. Potatoes's Quiche inii boleh dipelbagaikan crust. Ada ketika saya gunakan makaroni sebagai crust dan pernah juga guna kepingan lasagne sebagai crust. Fillingnya pula bergantung kepada citarasa masing-masing tetapi penggunaan cheese (keju) memang tidak dapat dielakkan terutama cheddar dan mozarella.
Crust  Potatoes ‘s Quiche
Crust
4 biji kentang didadu dan rebus            
 * 2 biji dilecek dan digaul dengan 1 sudu tepung gandum utk dijadikan crust

Filling:
1 cawan isi ayam
1/2 tin sos carbonara
1 sudu besar black pepper Maggie
1/2 batang karot diparut
1 biji kapsikum didadu
4 biji cendawan butang dlm tin atau fresh                                                       
2 keping cheesedale
1 biji cili merah
2 biji telur dipukul dgn sedikit garam
cheese cedar parut
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
# Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam serta sos carbonara dan serbuk black pepper. bila dah masak sikit masuk karot, cendawan dan mix herbs. akhir sekali masukkan kentang. perasakan dgn garam.
Tempek kentang yang dilecek ke dalam loyang sebagai crust. Tuang isi yang dimasak tadi dan tabur cheese. Bakar dlm 20 minit api atas bawah dan 10 minit api bawah suhu 180c




Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...