Tuesday, 12 April 2016

POTATOES'S MOUASHAKA

Potatoes's Mouashaka...hidangan Mediterranean yg popular. Boleh dikombinasi dgn terung bulat jika suka. Malam ni kita guna kepingan kentang yg digoreng separuh masak. Kita tak reti nak buat kek yg hebat2 tau...setakat menu golongan marhaen je mampu. Jd jangan carut menu kita ya

3 biji kentang dihiris nipis dan digoreng atas pan dengan sedikit minyak zaiton hingga kekuningan
4 keping cheesedale
sedikit parutan mozarela
sos cili dan mayonis 
 2 biji telur

Filling:
1 cawan daging cincang
1 ulas bwg putih dicincang
1 labu bawang besar didadu 
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
1 btg saderi didadu
4 biji cendawan butang 
2 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk Hilal
1 sudu besar sos worstenceir
oregano, paprika dan chillies flake 

# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang dan daun bay. Bila dah garing masukkan tomato puri, sayuran diikuti bahan2 spices td. Perasakan dgn garam dan serbuk Hilal.
1. Susun kentang rapat-rapat dan susun juga cheesedale
2. Masukkan filling daging kisar
3. Tutup dengan kepingan kentang yang lebih
4. Parut cheese Mozarella
5. Tuang sos cili dan mayonis
6. Pecahkan telur
7. Bakar 190c 25 minit atau hingga perang

Sunday, 10 April 2016

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

First time masak Sup Tulang Merah, improvised sikit drp resepi asal. Rasanya mabeles dinikmati bersama nasi panas atau roti Perancis
1 kilo tulang rusuk direbus dgn 1 btg serai, 2 ulas bwg putih dan sedikit halia. (Saya rebus guna pressure cooker mmg lembut giler)
Bahan kisar:
1 sudu besar pes cili (lebih kurang 10 biiji cili kering)
1 sudu besar serbuk kerutuk /Kari daging 
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit halia
# kisar semuanya
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar sos cili
1 batang karot (kentang pun boleh)
1 biji tomato belah 4
Daun ketumbar
# Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing. Masukkan tomato puri dan sos cili. Masukkan tulang bersama air rebusan dan bahan rebus. Perasakan dengan garam, gula jika suka manis2 sikit serta serbuk perasa dan masukkan karot serta daun ketumbar dan akhir sekali buah tomato.

Wednesday, 6 April 2016

MACARONI & CHEESE STAIL MAESTRO


MACARONI & CHEESE STAIL MAESTRO

Saya share resepi yg selalu saya buat apabila feeling Italiano
Macaroni & Cheese Stai Maestro
1 1/2 cawan macaroni direbus
1/2 cawan daging cincang
1 batang sosej black pepper dihiris nipis
2 ulas bwg putih cincang
1 labu bwg besar Holland dadukan
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato dadukan
4 biji cendawan butang dlm tin
Chilies flake, mix herbs, paprika
Sikit stock ayam
Parmesan cheese
Mozzarella cheese
Cheesedale keping
1 biji cili merah cincang
Minyak zaiton
Sos putih:
3 sudu besar serbuk cheese carbonara
1/2 cawan fresh milk
1/2 cawan air panas
# campur semua
Boleh juga guna sos Prego carbonara tin 

1. Tumis semua bawang, masukkan daging dan renih seketika dan masukkan hirisan sosej, 
2. Masukkan tomato puri, mix herbs dan chicken stock. 
3. Masukkan sayuran dan mix herbs serta parmesan cheese. Perasakan. 
4. Gaulkan dgn macaroni hingga sebati
5. Susun lapis pertama dgn macaroni dan tuang sos putih diikuti cheesedale dan macaroni lagi. 
6. Tuang sos putih dan parut mozzarella cheese.
7. Bakar 30 minit 180c. Jika nak potong tunggu ia betul2 sejuk tp sedap jika dimakan terus kaup dgn sudu.

Ini versi yang disejukkan


Tuesday, 22 March 2016

Chicken Carbonara with Spiral Pasta and Potatoes


Chicken Carbonara with Spiral Pasta and Potatoes

2 biji kentang dibuang kulit dan dihiris nipis 0.5sm

1 cawan isi ayam yang dihiris nipis

1 tin sos carbonara / cendawan Prego

1 labu bawang besar Holland didadu

1 ulas bawang putih dicincang

1 susu besar sos worsterceir

1 sudu besar stok ayam Maggie 

1 sudu teh mix herbs

1 sudu besar serbuk lada hitam maggie

1 cawan spiral pasta direbus hingga lembut

Sayuran brokoli didadu, batang saderi didadu, karot disagat

1 biji tomato didadu

4 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis

1 biji cili merah dihiris

1 biji telur

minyak zaiton utk menumis

1 helai daun bay

cheese mozarella

2 keping Cheesedale

# Tumis bawang2 masukkan ayam, daun bay dan bila dah garing tuang sos karbonara / 

cendawan diikuti bahan-bahan lain dan perasakan

# Susun kentang dahulu untuk lapis pertama, diikuti filling yang dimasak tadi. Letak 2 keping 

cheesedale dan susun kentang lagi. Lapis terakhir campurkan baki filling tadi dengan spiral 

pasta yang telah direbus dan sebiji telur. Tuang dan ratakan. Parut cheese mozarela dan 

bakar 

30 minit 180C atau hingga perang, kalau suka garing di bawah gunakan api bawah


Sunday, 20 March 2016

Spiral Pasta Goreng...Oriental Meet West

Spiral Pasta Goreng

2 cawan spiral pasta direbus hingga lembut
Sedikit isi ayam dihiris memanjang
1 labu bawang besar holland didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu teh lada kering kisar
3 sudu besar tomato puri
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar stok ayam Maggie
1 sudu besar sos worstenceir
Sayuran ikut suka
1 sudu teh mix herbs
Garam secukupnya

* Tumis bawang2 dan masukkan cili kisar dan sedikit air
Masukkan ayam bila dah garing diikuti tomato puri, sos tiram, stok ayam dan sos worstenceir
Masukkan sayur dan spiral pasta serta mix herbs, perasakan dan gaul rata

Thursday, 3 March 2016

AYAM BLACK PEPPER


AYAM MASAK BLACK PEPPER

2 whole leg dipotong kecil digaul kunyit dan garam lalu digoreng
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 labu bawang besar Holland (separuh didadu dan separuh dihiris)
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada hitam Maggie
sedikit air
1 sudu teh serbuk Hilal
1 biji cili merah dihiris nipis
Sayuran ikut suka (saya guna kacang pis, 1 biji tomato belah 6)

Cara yang sangat mudah:
Tumis bawang putih dan bawang besar dadu serta cili merah
Masukkan semua sos tersebut dan diikuti serbuk Hilal, ayam, hirisan bawang besar dan kacang pis. Gaul sebati dan tambah garam jika kurang masin. Akhir sekali masukkan buah tomato. Siap!



Thursday, 11 February 2016

SUP AYAM STAIL MAESTRO

SUP AYAM STAIL MAESTRO

Sup Ayam yang simple tapi sedap jika kita menggunakan bahan2 spice yang dikisar sendiri. Ramai yang tidak tahu fungsi batang saderi selain bagus untuk kesihatan lelaki, ia juga menaikkan aroma sup.

1/2 ekor ayam
Bahan kisar:
1 susu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
* bahan-bahan ini disangai terlebih dahulu dan dikisar atau tumbuk hingga halus
Bahan tumis:
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sayuran:
3 tangkai daun ketumbar
1 batang saderi
1 biji tomato belah 4
5 biji cili padi (jika suka pedas boleh diketuk)
Kentang dan karot (jika suka)
Air secukupnya
serbuk perasa Hilal atau Ajinomoto

1. Ayam potong kecil-kecil (lebih sedap guna bahagian tulang)
2. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan sedikit air, biar ia garing seketika
4. Masukkan ayam dan tuang air ikut banyak kuah yang dikehendaki
5. Masukkan garam dan bila ayam dan empuk masukkan, cili padi, daun ketumbar,  batang saderi atau sayuran lain serta serbuk perasa dan biarkan ia mereneh.
6. Sebelum angkat masukkan buah tomato

Untuk hidangan boleh perah asam limau dan tabur bawang goreng serta daun ketumbar

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...