Tuesday, 12 April 2016

POTATOES'S MOUASHAKA

Potatoes's Mouashaka...hidangan Mediterranean yg popular. Boleh dikombinasi dgn terung bulat jika suka. Malam ni kita guna kepingan kentang yg digoreng separuh masak. Kita tak reti nak buat kek yg hebat2 tau...setakat menu golongan marhaen je mampu. Jd jangan carut menu kita ya

3 biji kentang dihiris nipis dan digoreng atas pan dengan sedikit minyak zaiton hingga kekuningan
4 keping cheesedale
sedikit parutan mozarela
sos cili dan mayonis 
 2 biji telur

Filling:
1 cawan daging cincang
1 ulas bwg putih dicincang
1 labu bawang besar didadu 
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
1 btg saderi didadu
4 biji cendawan butang 
2 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk Hilal
1 sudu besar sos worstenceir
oregano, paprika dan chillies flake 

# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang dan daun bay. Bila dah garing masukkan tomato puri, sayuran diikuti bahan2 spices td. Perasakan dgn garam dan serbuk Hilal.
1. Susun kentang rapat-rapat dan susun juga cheesedale
2. Masukkan filling daging kisar
3. Tutup dengan kepingan kentang yang lebih
4. Parut cheese Mozarella
5. Tuang sos cili dan mayonis
6. Pecahkan telur
7. Bakar 190c 25 minit atau hingga perang

No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...