Thursday, 29 October 2015
Wednesday, 28 October 2015
CRUST POTATOES"S QUICHE...Amerekalah sangat kan
Menu yang agak kerap saya masak adalah hidangan western yang berasaskan kentang kerana saya memang 'gila kentang' dalam apa jua menu. Kalau malas memasak sekalipun saya hanya akan potong, rebus kentang dan digaul dengan mayonis. Potatoes's Quiche inii boleh dipelbagaikan crust. Ada ketika saya gunakan makaroni sebagai crust dan pernah juga guna kepingan lasagne sebagai crust. Fillingnya pula bergantung kepada citarasa masing-masing tetapi penggunaan cheese (keju) memang tidak dapat dielakkan terutama cheddar dan mozarella.
Crust Potatoes ‘s Quiche
Crust
4 biji kentang didadu dan rebus
* 2 biji dilecek dan digaul dengan 1 sudu tepung gandum utk dijadikan crust
Filling:
1 cawan isi ayam
1/2 tin sos carbonara
1 sudu besar black pepper Maggie
1/2 batang karot diparut
1 biji kapsikum didadu
4 biji cendawan butang dlm tin atau fresh
1 cawan isi ayam
1/2 tin sos carbonara
1 sudu besar black pepper Maggie
1/2 batang karot diparut
1 biji kapsikum didadu
4 biji cendawan butang dlm tin atau fresh
2 keping cheesedale
1 biji cili merah
2 biji telur dipukul dgn sedikit garam
cheese cedar parut
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
# Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam serta sos carbonara dan serbuk black pepper. bila dah masak sikit masuk karot, cendawan dan mix herbs. akhir sekali masukkan kentang. perasakan dgn garam.
Tempek kentang yang dilecek ke dalam loyang sebagai crust. Tuang isi yang dimasak tadi dan tabur cheese. Bakar dlm 20 minit api atas bawah dan 10 minit api bawah suhu 180c
1 biji cili merah
2 biji telur dipukul dgn sedikit garam
cheese cedar parut
1/2 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
# Tumis bawang2 dan masukkan isi ayam serta sos carbonara dan serbuk black pepper. bila dah masak sikit masuk karot, cendawan dan mix herbs. akhir sekali masukkan kentang. perasakan dgn garam.
Tempek kentang yang dilecek ke dalam loyang sebagai crust. Tuang isi yang dimasak tadi dan tabur cheese. Bakar dlm 20 minit api atas bawah dan 10 minit api bawah suhu 180c
JUS ALOE VERA & ARCTIC SEA
Usus kita memang menakung pelbagai jenis toksid hasil pencernaan pelbagai jenis makanan sama ada yang berlemak atau berminyak. Daripada usus inilah yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Perubahan yang akan berlaku di dalam usus atau kolon kita apabila menggunakan ALOE VERA GEL
Untuk beginner saya syorkan anda menggunakan kedua jenis produk ini dengan harga RM 220 (termasuk pos) untuk membersikan usus, membakar lemak, menurunkan paras kolestrol dalam darah, memelihara jantung serta mencuci darah.
Tuesday, 27 October 2015
SNOWY CHEESE CAKE....CHEESE CAKE MELELEH
Satu-satunya kek yang kerap-kali saya buat sebab ia cukup mudah dan disukai oleh ahli keluarga. Asalnya kakak kita yang tunjukkan kek ini dan dia berikan resepi. Atas kreativiti sendiri kita deco sesuka hati. Boleh dkatakan kerap-kali juga saya jual atas permintaan jiran dan juga rakan-rakan sekolah. Untuk dikormesilkan tu belum sempat lagi. Namun alhamdulillah, resepi ini telah tersebar merata di Dari Dapur Lelaki dan juga Group Resepi Otai (GRO) dan ramai yang telah mencubanya
SNOWY CHEESE CAKE
6 biji telur B (buang 2 biji putih telur)
100gm gula kastor
100gm tepung naik sendiri
60gm tepung jagung
50gm air dlm peti es
2 sudu besar ovellete
75gm butter dicair dan sejukkan
1 sudu teh esen vanila
100gm gula kastor
100gm tepung naik sendiri
60gm tepung jagung
50gm air dlm peti es
2 sudu besar ovellete
75gm butter dicair dan sejukkan
1 sudu teh esen vanila
# Putar semua bahan kecuali butter cair. Guna high speed hingga putih dlm 15 minit. Masukkan butter cair dan kaup balik. Tuang dlm loyang yg sudah dialas kertas minyak. Bakar 165c selama 1 jam atau hingga masak. (Guna api bawah 20 minit pertama)
Bila masak buka oven sikit dan tunggu 5 minit lalu telangkupkan atas redai besi.
Belah kek dengan benang dan masukkan filling cheese cream dan blueberry. lengser rata kek dgn cheese cream dan parut keju cheedar.
Bila masak buka oven sikit dan tunggu 5 minit lalu telangkupkan atas redai besi.
Belah kek dengan benang dan masukkan filling cheese cream dan blueberry. lengser rata kek dgn cheese cream dan parut keju cheedar.
# Krim cheese boleh guna 250gm krim cheese Tatura dengan 1/4 tin susu pekat serta 2 sudu besar susu segar (ikut kemanisan sendiri)
PENNETE DE MAESTRO
PENNETE DE MAESTRO....Kemain lagi namanya, tapi rasanya juga sangat sedap bagi mereka yang gilakan pasta. Sebenarnya pasta sanagt mudah untuk dimaskan berbanding dengan nasi yang memerkukan pelbagai lauk pauk. Lagi pula pasta adalah sajian sihat kerana ia tidak menggunakan santan kecuali minyak zaitun. bagi mereka yang inginkan kelainan bolehlah cuba penne goreng bersama daging dan keju keju ini. Jika tidak sukakan daging boleh juga menggunakan kepingan ayam.
2 cawan pasta penne (direbus hingga lembut)
Sedikit daging dihiris nipis dan memanjang
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu besar
sedikit brokoli
sedikit batang saderi
1 biji cili merah dihiris
mix herbs
paprika
chillies flake
parsley kering
1 sudu besar parmesan cheese
minyak zaitun untuk menumis
garam
Cara masak:
Tumis bawang putih diikuti daging, Bila nampak kuning masukkan bawang besar, tomato puri dan buah tomato. Masukkan sedikit air dan renehkan seketika. Masukkan bahan rempah campuran, chillies flake dan paprika. Masukkan sayuran dan tuang penne yang sudah direbus. Tuang cheese parmesan dan gaul sebati serta perasakan.
* Rasanya harus sedikit masam, masin, lemak dan pedas
Monday, 26 October 2015
GULAI KELANTAN (KUNYIT KUAS)
GULAI KELANTAN merupakan menu wajib yang seharusnya diketahui oleh wanita kelantan kerana hampir setiap ibu atau kakak pasti akan menyediakan menu ini untuk keluarga tercinta
1 ekor ikan aye / kayu / tongkol
(dikerat dan direbus dengan asam keping, garam dan sedikit gula melaka. Guna sedikit air sahaja)
Pes tumbuk:
4 ulas bawang merah
1 sudu besar pes cili (5 -6 biji cili kering)
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 cawan santan
2 cawan air
(Semua ditumbuk lumat)
Sayur bendi / kacang panjang / timun
1 asam keping
Panaskan santan dengan air hingga menggelegak, kacau tanpa henti untuk mengelakkan daripada berketul dan pecah minyak awal. Masukkan pes yang ditumbuk dan kacau lagi hingga ia telah pecah minyak. Masukkan ikan dan 1 asam keping. Perasakan dengan garam dan sedikit gula (jika tidak mahu guna serbuk perasa). Akhir sekali masukkan sayuran yang disukai. Reneh seketika hingga kuahnya pecah minyak.
Sunday, 25 October 2015
POTATO WEDGES ALA-ALA KFC
(Resepi sumber Google...saja simpan kat sini sebab senang nak rujuk nanti)
jom try buat sendiri, kalau tak sedap pun kita boleh bangga sbb mencuba kan hahaha
* 4 biji kentang dibasuh bersih dan rendam dlm air panas 3 minit. lepas tu potong mcm epal tp jgn buang kulit.
* Rebus kentang seketika agak2 3/4 masak
* Campurkan 3 sudu tepung gandum dgn 1 sudu tepung jagung dan 1 sudu besar lada hitam hancur dan garam serta sedikit serbuk perasa. masukkan pati ayam knors.
* Tos kentang dan gaul dgn campuran tepung td. jgn masuk air. Bila dah mesra boleh la goreng hingga perang.
* Sedap dimakan dgn sos cili dan mayonis atau sos pulau seribu berserta chicken chop gril. Kalau nak rasa lebih spicy gaul je dengan serbuk kari daging. Not bad gak rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...
-
APAKAH K FINE CREAM SUPER (KFCS) K FINE CREAM SUPER keluaran Chef Khairi Mansor: *Sejenis bahan pelembut roti yang bertindak seba...
-
Hanya menggunakan resepi roti asas kita boleh mempelbagaikan roti mengikut citarasa sendiri asalkan sukatan ceca...
-
Bubur asyura (SUGHO) merupakan salah satu menu klasik yang agak nostalgia bagi orang-orang Kelantan kerana ia miliki citarasa dan cara ...



































