Tuesday, 14 June 2016

Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat

'Macaroni & Cheese With Meatball On The Boat' atau dalam bahasa sastera 'Bijikmu Bijikku Jua'. Sesedap namanya sesedap rasanya.

10 biji meatball disaute / goreng dgn sedikit minyak zaiton atas pan
1 biji kentang dihiris nipis disaute lepas meatball tadi, agak kuning angkat
1/2 cawan makaroni direbus
1 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar didadu
1 tin carbonara Prego
Sedikit cauliflower
Sedikit btg saderi
1 biji tomato didadu
Mix herbs
2 biji cendawan butang dihiris
1 btg sosej black pepper dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam Maggie
Cheese mozzarella
# Tumis bawang2 dan masukkan sosej. Tuang sos carbonara diikuti sayuran, mix herbs dan serbuk lada hitam. Tidak perlu garam atau serbuk perasa lg. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
# Susun base dgn kentang diikuti filling makaroni dan meatball susun diatas. Parut mozzarella dan bakar api bawah 15 minit dahulu diikuti api atas bawah 10 minit lg hingga perang. Boleh dimakan ketika panas2 kaup dgn sudu atau sejukkan baru potong


Monday, 13 June 2016

SUP TULANG ALA THAI

SUP TULANG ALA THAI

1 kg tulang rusuk

4 ulas bwg merah dihiris


3 ulas bwg putih


Sedikit halia


Sedikit lengkuas


1 btg serai diketuk


1 sudu besar ketumbar ditumbuk bersama


1 sd teh jintan manis


1 sd teh jintan putih


1 sd teh lada hitam 


6 cili padi diketuk


1 btg kulit kayu manis


3 kuntum bunga lawang


1 btg saderi


Sedikit karot


1 biji tomato belah 2


2 helai daun limau purut


1/2 biji perahan limau nipis


# Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis dan rempah tumbuk. Masukkan serai dan 


sedikit air. Masuk tulang dan biar sekejap masuk air secukupnya. Boleh terus reneh atau 

masuk ke dlm pressure cooker. Akhir sekali masuk cili padi dan sayuran serta tomato. 

Perasakan dgn garam dan serbuk perasa Hilal

Friday, 10 June 2016

Masak Lemak Daging Salai dgn Jantung Pisang

First time masak 'Fat Cook Smoky Beef Mix The Heart's Banana'...
Nama tak boleh blah wp maksudnya 'Masak Lemak Daging Salai dgn Jantung Pisang' je hahaha

Bahan-bahannya:
150 gm daging salai
1 biji jantung pisang, potong kecil buang empulurnya dan rebus dulu
10 biji cili padi (yg suka pedas boleh extra ke 15)
2 ulas bawang merah
Sedikit kunyit hidup (jgn byk nanti jd merah)
* Blend cii, kunyit dan bawang
1 batang serai
1 asam keping
1 daun kunyit belah buang btg tengah
1 cawan santan pekat (dlm sebijik kelapa)
Air secukupnya, garam dan serbuk perencah Hilal
# Rebus bahan blend bersama serai dan asam keping biar seketika utk buang bau maungnya.
Masukkan daging salai dan sedikit santan dulu
Bila agak empuk daging masukkan jantung pisang dan santan yg lebih tu serta daun kunyit. Reneh seketika dan boleh makan la.

Sunday, 22 May 2016

GULAI UTARA IKAN NYOK NYOK


Kepada mereka yang berminat nak cuba menu special dan boleh juga order serbuk kari cap O yg paling sedap rasanya serta elok rupanya.
GULAI UTARA IKAN NYOK NYOK
3 ketul ikan Nyoq2 (ikan jenahak, merah atau tenggiri pun boleh)
1 bungkus rempah kari ikan cap O
diblend bersama 3 ulas bwg merah dan 2 ulas bwg putih
2 ulas bwg merah dihiris
1 ulas bwg putih dihiris
1 sudu besar halba campur
1 cawan santan drp 1 / 2 biji kelapa
air secukupnya
sayuran ikut suka
1 biji tomato belah 2
1 sdt asam jawa
daun kari
serbuk perasa HILAL
* Tumis bawang2 hiris bersama halba campur dan daun kari. Bila dah garing masukkan rempah kari yg diblend td. Kacau selalu hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan asam jawa, santan dan air secukupnya. Biar menggelegak lama sikit baru masuk ikan dan sayuran. Biar ia mereneh hingga pecah minyak dan perasakan dgn garam dan serbuk perasa HILAL. Akhir sekali masukkan tomato dan biar kejap siap.

 Jika berminat untuk cuba serbuk kari cap O boleh whatsapps 0124530315 (Cikgu Wan)


GULAI TULANG DENGAN REBUNG

GULAI TULANG DENGAN REBUNG


1 kilo tulang rusuk
1 1/2 bungkus serbuk kari daging cap O
4 ulas bwg merah 3 ulas bawang putih dan sedikit halia diblend bersama serbuk kari dan sedikit air 
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bwg putih serta halia dimayang
1 cawan santan
bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis
daun pandan dan daun kari
6 ketul rebung madu
asam jawa
# Tumis bahan hiris, rempah2 dan daun kari. Bila garing masukkan bahan diblend. tunggu hingga garing dan kering. masukkan asam jawa, renehkan hingga tulang empuk. Saya guna pressure cooker. Lepas tu keluarkan masuk periuk semula dan masukkan santan dan rebung. masukkan daun pandan yg disimpul. Akhirnya masukkan garam dan serbuk perasa serta rebung. Reneh seketika hingga pecah minyak.

Jika berminat untuk mendapatkan serbuk kari cap O yang sedap dibuat gulai ikan atau daging / ayam boleh  whatsapps 0124530315 (Cikgu Wan)


Tuesday, 12 April 2016

POTATOES'S MOUASHAKA

Potatoes's Mouashaka...hidangan Mediterranean yg popular. Boleh dikombinasi dgn terung bulat jika suka. Malam ni kita guna kepingan kentang yg digoreng separuh masak. Kita tak reti nak buat kek yg hebat2 tau...setakat menu golongan marhaen je mampu. Jd jangan carut menu kita ya

3 biji kentang dihiris nipis dan digoreng atas pan dengan sedikit minyak zaiton hingga kekuningan
4 keping cheesedale
sedikit parutan mozarela
sos cili dan mayonis 
 2 biji telur

Filling:
1 cawan daging cincang
1 ulas bwg putih dicincang
1 labu bawang besar didadu 
1 tin kecil tomato puri
1 biji tomato didadu
1 btg saderi didadu
4 biji cendawan butang 
2 helai daun bay
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk Hilal
1 sudu besar sos worstenceir
oregano, paprika dan chillies flake 

# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang dan daun bay. Bila dah garing masukkan tomato puri, sayuran diikuti bahan2 spices td. Perasakan dgn garam dan serbuk Hilal.
1. Susun kentang rapat-rapat dan susun juga cheesedale
2. Masukkan filling daging kisar
3. Tutup dengan kepingan kentang yang lebih
4. Parut cheese Mozarella
5. Tuang sos cili dan mayonis
6. Pecahkan telur
7. Bakar 190c 25 minit atau hingga perang

Sunday, 10 April 2016

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

SUP TULANG MERAH STAIL MAESTRO

First time masak Sup Tulang Merah, improvised sikit drp resepi asal. Rasanya mabeles dinikmati bersama nasi panas atau roti Perancis
1 kilo tulang rusuk direbus dgn 1 btg serai, 2 ulas bwg putih dan sedikit halia. (Saya rebus guna pressure cooker mmg lembut giler)
Bahan kisar:
1 sudu besar pes cili (lebih kurang 10 biiji cili kering)
1 sudu besar serbuk kerutuk /Kari daging 
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Sedikit halia
# kisar semuanya
1 tin kecil tomato puri
2 sudu besar sos cili
1 batang karot (kentang pun boleh)
1 biji tomato belah 4
Daun ketumbar
# Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing. Masukkan tomato puri dan sos cili. Masukkan tulang bersama air rebusan dan bahan rebus. Perasakan dengan garam, gula jika suka manis2 sikit serta serbuk perasa dan masukkan karot serta daun ketumbar dan akhir sekali buah tomato.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...