Friday, 13 November 2015

NASI GORENG IKAN TALANG KERING DENGAN SAMBAL BELACAN


NASI GORENG IKAN TALANG KERING & SAMBAL BELACAN


Mengitar semula bahan masakan merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kita untuk mengelakkan pembaziran. Resepi ini menggunakan lebihan sambal belacan dan juga ikan kering Talang yang masih elok tersimpan di dalam peti ais. Yang penting rasanya memikat jiwa. Berbanggalah dengan apa yang kita hidangkan untuk ahli keluarga.

Bahan-bahan:

3 cawan nasi sejuk
2 sudu besar sambal belacan
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 keping ikan talang kering yang sudah dihiris nipis dan digoreng
sedikit hirisan daging rebus (optional)
sayuran (saya guna karot)
2 biji cili padi diketuk
1 sudu  besar kicap cair
garam dan serbuk perasa Hilal
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Tumis bawang-bawang hingga wangi
2. Masukkan sambal belacan dan kacau hingga garing
3. Masukkan hirisan daging
4. Masukkan sayuran dan garam serta serbuk perasa
5. Masukkan nasi serta kicap cair dan goreng hingga garing
* Hidang bersama telur mata dan keropok

Pes Sambal Belacan:

4 biji cili merah
7 biji cili padi
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 inci belacan dibakar
garam dan gula
1 biji limau kasturi
sedikit cuka (jika untuk simpan lama)
* Kisar semuanya dengan sedikit air panas suam kecuali jus limau. Perah jus limau dan perasakan. Boleh simpan sehingga sebulan di dalam peti ais. Ia lebih mudah bila-bila masa boleh digunakan


Thursday, 12 November 2015

BROWNIES IN REMEKIN....mencari kelainan daripada brownies kedut


Brownies kedut menjadi fenomena dalam kalangan bakers amatur atau profesional. Sebenarnya brownies lebih sedap daripada kek coklat kerana ia menggunakan coklat pound yang sedap dimakan begitu saja. Serbuk koki juga dikurangkan. Resepi asal menggunakan 230gm gula perang tetapi saya kurangkan menjadi 200gm sahaja...Gila ko kena kencing manis kang!. Rugi kalau uoll tak cuba. Kaup dengan sudu sambil tengok hujan turun...perghhh! sempoii bak hang!

BROWNIES IN REMEKIN

(Resepi asal daripada Brownies Kedut cuma dimasukkan ke dalam bekas remekin dan ditabur almond flake)

Bahan A:
225gm coklat dark compound Beryls
135gm butter

Bahan B:
3 biji telur
200gm gula perang
sedikit esen vanila 


Bahan C:
220gm tepung gandum
1 sdk baking powder
35gm serbuk  koko
Almond flakes utk tabur
* kalau ada pecan lg sedap

Sos coklat atau ganache coklat untuk spread

Cara masak:
1. Cairkan bahan A secara double boil dan  sejukkan
2. Pukul bahan B dgn whisk seketika dalam 5 minit
3. Masuk bahan C dan gaul rata
4. Masuk bahan A gaul sebati

5. Tuang 1 senduk ke dalam bekas remekin
6. Tabur almond flakes
7. Bakar 40 minit suhu 160c (
 jangan terlalu lama nanti hilang moist)
8. Spread dengan sos coklat atau coklat ganache

Wednesday, 11 November 2015

GULAI TULANG RUSUK LEMBU



GULAI TULANG

Menu yang sentiasa saya masak terutamanya jika mendapat rebung madu dari kampung. Jika tiada rebung maka kentang akan dijadikan bahan sampingan. Dulu saya habiskan masa hampir 2 jam untuk mereneh tulang supaya lembut, tapi kini sejak menggunakan periuk tekanan Phillips, kerja lebih mudah dan isi tulang juga mudah lembut dalam tempoh 30 minit.

1 batang tulang rusuk lembu campur 200gm daging 
1 bungkus serbuk kari daging Faiza
6 ulas bawang merah (3 ulas daripadanya dihiris)
4 ulas bawang putih (2 ulas daripadanya dihiris)
1 inci halia ( 1/2 inci daripadanya dihiris)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandan disimpul
2 biji kentang dibelah 4
3/4 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
1 sudu asam jawa
1 sudu besar kerisik (jika suka)
Air secukupnya, garam dan serbuk perasa
1/4 cawan minyak masak

Cara membuatnya:
1. Blend 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia bersama 1 bungkus serbuk kari dengan 1 cawan air
2. Tumis bahan hiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari
3. Bila dah garing masukkan bahan blend dan renehkan sehingga ia kering dan pecah minyak
4. Masukkan tulang lembu dan 1 cawan air. Renehkan sehingga daging agak empuk dan masukkan asam jawa
* Saya gunakan pressure cooker (pindahkan gulai ini ke dalam pressure cooker)
5. Masukkan santan dan kerisik (jika suka) dan tunggu ia menggelegak. Masukkan daun pandan
6. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa


Sambal Belacan Special

3 biji cili merah dipotong
6 bici cili padi
sedikit belacan dibakar
2 ulas bawang merah dibakar
1 ulas bawang putih dibakar
1/2 biji tomato dibakar
1 biji (airnya) limau kasturi
1 sudu cuka (jika untuk simpan lama)
gula dan garam secukupnya
# Cuma blend dengan sedikit air masak dan perah jus limau

Monday, 9 November 2015

RED VELVET WITH DRIED CRANBERRIES...Kemain namanya kan hahaha


Kek yang mula-mula saya belajar buat adalah RED VELVET,  tetapi pada cubaan pertama saya tidak berani mengadun sendiri jadi saya gunakan premix yang dibeli di kedai bakery. Memanglah nampak mudah tetapi rasanya tidak begitu mencabar sebab kita hanya perlu ikut arahan seperti dalam bungkusan premix tu.



Inilah kek pertama saya RED VELVET PREMIX, Rasanya kira oklah untuk dinikmati. Pada masa ni saya tidak pandai letak topping cream cheese atau apa2 cream yg sewaktu dengannya. Episod ini berlaku pada 14 September 2014 (korang mesti tak percaya dalam masa setahun saya improved baking pelbagai jenis kek tau). Lepas tu saya cuba buat dalam cawan sebab anak dara saya konon2 nak jual kat kawan-kawanya di sekolah. Korang tau...first time saya buat frosting memang gigil dan rupanya berjerunyas hahaha. Yang ini saya gunakan frosting fresh cream dicampur bersama cream cheese. rasanya memang sedap dan budak2 memang suka lebih-lebih lagi ada filling blueberry.


Selepas itu saya  mula mencari-cari resepi RED VELVET yang paling mudah dan sedap. Cari punya cari inilah resepinya dan saya alter sendiri masukkan buah kranberi kering yang dipotong kecil. Rasanya lebih sedap dan moist bila dikukus. Frosting juga saya mula gunakan cheese cream bersama butter. Walaupun deco ke lautan Antlantik tapi rasanya amat menggeletik kakakaka


Red Velvet With Dried Cranberries


A - Buttermilk (campurkan 250ml susu + 1 sudu besar cuka + 1 1/2 sudu besar pewarna merah dan biarkan selama 10 minit
B - 2 1/2 cawan tepung gandum diayak dengan 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil baking powder
C - 2 biji telur, 3/4 cawan butter, 1 3/4 cawan gula kastor dan 1 sdk esen vanilla
D - 1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu kecil cuka, biarkan ia berbuih
E - buah kranberi kering (dipotong kecil)

Cara membuatnya:
1. Pukul butter, gula dan esen hingga kembang. 
2. Masukkan telur. Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang-seli dengan bahan A. 
3. Akhir sekali masukkan bahan D  serta buah kranberi dan kaup balik hingga sebati.
4. Kukus 1 jam (panaskan pengukus terlebih dahulu), tutup tudung pengukus dengan kain atau aluminium foil.
5. Untuk frosting creamm, saya gunakan 250gm krim cheese dipukul bersama 50gm butter dan 1 sudu gula aising (ikut manis korang)



Saturday, 7 November 2015

MUFFIN PISANG GEBU BLUEBERRY


Pertama kali buat memang teruja dan sedap bila pisang digabungkan dengan blueberry, melting in mouth uoll. Sekejap je ngap-ngap abis patlima bijik. kalau tak suka pisang berangan boleh guna pisang emas tetapi ia agak lembap dan saya sendiri lebih suka pisang berangan (pisang org kaya2 gituw)

MUFFIN PISANG GEBU BLUEBERRY

2 cawan tepung SRF
3 biji telur

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula kastor
6 biji pisang berangan (dilecek)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
filling Blueberry secukupnya

Kertas kek cawan

Cara-cara buat:
1.  Pukul telur dan gula, masukkan minyak, esen dan pukul lagi. 

2. Masukkan pisang dan mix perlahan sambil masukkan tepung yng diayak bersama soda bikarbonat. 
3. Tuang ke dalam cawan kertas separuh dan masukkan blueberry.
4.  Tuang lagi adunan. Boleh juga letakkan blueberry pada bahagian atas. 
5. Bakar 160C api atas bawan 20 minit.



Kalau rasa malas nak guna kertas kek atau cupcake, boleh juga bakar dalam loyang seperti yang kita buat nii. resepi tetap sama cuma kalau guna loyang2 tidak sesuai nak letakkan blueberry filling, tapi kalau nak  try...ok pe!

ROTI VAVAVOM...Taraaaa! ada kejutan di dalamnya


ROTI VAVAVOM

Ia merupakan cetusan idea daripada Roti Kampar yang saya tengok di dalam fb seseorang. Saya hanya menggunakan resepi asas roti yang selalu saya buat roti pelbagai bentuk itu. Anak perempuan saya paling teruja bila membukanya..."Eh! ada kari daging!" jeritnya. Rasanya sangat sedap dengan aroma kuah kari bila dibuka. Uoll bayangkan kalau buat kejutan untuk propose seseorang...buka je roti ada kertas bertulis "WILL YOU MARRY ME?" hahahaha..Yang penting ia menggunakan pelembut dan pengembang roti  K Fine Cream yang kita jual tu....Kalau nak order jangan lupa whatssap kita ya 0124530315

 Bahan-bahan:
400 gm tepung high protin
100 gm tepung gandum
80 gm gula halus
10 gm K Fine Cream ( 1 sudu teh)
80 gm majerin (anggaran 2 sudu besar)
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur kuning
270 ml  / 250gm air sejuk (saya guna air dlm peti yang dicampur dengan beberapa biji ketul ais)
1/ 2 peket yis segera
1 sudu teh garam

# Cara Bread Maker:
Masukkan air dan susu ke dalam BM diikuti yis, gula, majerin dan krim K Fine, seterusnya masukkan tepung dan garam. Set doh (Cosway no 8),  dan ulang proses 2 kali. Biarkan dalam BM selama 45 minit hingga 1 jam, lepas tu tumbuk angin, uli semula dalam 5 minit dan mula bentuk roti.

# Cara manual:
Rendam yis dengan sedikit air suam (ambil drp jumlah keseluruhan air) selama 10 minit. Gaul tepung, gula, garam dan majerin. Buat lubang di tengah dan tuangkan campuran yis. Uli dengan mixer atau tangan selama 20-25 minit.  Angkat doh dlm bentuk bulat dan sapu bekas dengan majerin , sapu juga di doh dan rehatkan selama 1 jam. Tutup doh dengan kain atau bekas, boleh juga simpan seketika di dalam almari. Keluarkan doh dan tumbuk angin, uli lagi dalam 5 minit. Mula bentuk roti anda.

* Roti yang sudah dibentuk hendaklah dibiarkan proofing selama 30 hingga 45 minit sebelum dibakar. 

Cara Bentuk Roti VAVAVOM

1. Timbang doh 300gm, bulatkan dan biarkan kembang selama 15 minit
2. Canaikan doh dan jadi seperti roti canai tetapi dengan ketebalan dalam 1 sm
3. Kuah kari daging dibalut dengan foil aluminium lalu diletakkan sedikit foil aluminium yang telah digumpal di atas kuah kari yang ditutup itu
4. Tutup doh dengan cara telangkup ke atas dan tarik doh ke bawah dan biar ia bercantum dan kemaskan
5. Biarkan ia proofing 30 minit hingga 45 minit
6. Tabur bijan dan almond cincang
7, Bakar suhu 190C selama 20 hingga 25 minit atau hingga roti menjadi perang


Wednesday, 4 November 2015

ROTI KERCHA


ROTI KERCA iaitu sejenis hidangan klasik negeri Kedah. Ia based kepada adunan roti jala tetapi selalunya dibuat tanpa warna kuning (kunyit). 

Hanya 2 cawan tepung gandum, 1 biji telur, garam dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan tapis adunan. Tuang sesenduk ke dalam kuali nonstick. Goreng seperti kulit crepe durian dan tutup, tidak perlu alihkannya. Lepas tu gulung dan potong serong. Sedap dimakan dengan gulai ayam atau daging.

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...