Monday, 9 November 2015

RED VELVET WITH DRIED CRANBERRIES...Kemain namanya kan hahaha


Kek yang mula-mula saya belajar buat adalah RED VELVET,  tetapi pada cubaan pertama saya tidak berani mengadun sendiri jadi saya gunakan premix yang dibeli di kedai bakery. Memanglah nampak mudah tetapi rasanya tidak begitu mencabar sebab kita hanya perlu ikut arahan seperti dalam bungkusan premix tu.



Inilah kek pertama saya RED VELVET PREMIX, Rasanya kira oklah untuk dinikmati. Pada masa ni saya tidak pandai letak topping cream cheese atau apa2 cream yg sewaktu dengannya. Episod ini berlaku pada 14 September 2014 (korang mesti tak percaya dalam masa setahun saya improved baking pelbagai jenis kek tau). Lepas tu saya cuba buat dalam cawan sebab anak dara saya konon2 nak jual kat kawan-kawanya di sekolah. Korang tau...first time saya buat frosting memang gigil dan rupanya berjerunyas hahaha. Yang ini saya gunakan frosting fresh cream dicampur bersama cream cheese. rasanya memang sedap dan budak2 memang suka lebih-lebih lagi ada filling blueberry.


Selepas itu saya  mula mencari-cari resepi RED VELVET yang paling mudah dan sedap. Cari punya cari inilah resepinya dan saya alter sendiri masukkan buah kranberi kering yang dipotong kecil. Rasanya lebih sedap dan moist bila dikukus. Frosting juga saya mula gunakan cheese cream bersama butter. Walaupun deco ke lautan Antlantik tapi rasanya amat menggeletik kakakaka


Red Velvet With Dried Cranberries


A - Buttermilk (campurkan 250ml susu + 1 sudu besar cuka + 1 1/2 sudu besar pewarna merah dan biarkan selama 10 minit
B - 2 1/2 cawan tepung gandum diayak dengan 2 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu kecil baking powder
C - 2 biji telur, 3/4 cawan butter, 1 3/4 cawan gula kastor dan 1 sdk esen vanilla
D - 1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu kecil cuka, biarkan ia berbuih
E - buah kranberi kering (dipotong kecil)

Cara membuatnya:
1. Pukul butter, gula dan esen hingga kembang. 
2. Masukkan telur. Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang-seli dengan bahan A. 
3. Akhir sekali masukkan bahan D  serta buah kranberi dan kaup balik hingga sebati.
4. Kukus 1 jam (panaskan pengukus terlebih dahulu), tutup tudung pengukus dengan kain atau aluminium foil.
5. Untuk frosting creamm, saya gunakan 250gm krim cheese dipukul bersama 50gm butter dan 1 sudu gula aising (ikut manis korang)



No comments:

Post a Comment

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...