1 bungkus mee sanggul direndam dalam air panas 5 minit dan toskan
1 sudu besar pes cili (ikut pedas)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
* Tumbuk bersama tapi tak perlu lumat sangat
Sedikit hirisan ayam,
2 biji telur
Beberapa ekor udang dibuang kepala
Sayuran ikut suka (taugeh,kobis atau sawi)
Sesudu besar setiap sos tiram, sos cili dan sos tomato, serta kicap pekat masin dan lemak manis
Cara Memasak:
Goreng isi ayam dan angkat dahulu. Tumis bahan tumbuk dan pes cili, biar garing seketika lalu masukkan semua sos, garam dan serbuk perasa. Masukkan ayam, udang dan telur serta sayuran, masukkan mee sanggul dan tuang kicap. Kacau rata hingga ia sebati dan tahap kering bergantung kepada selera sendiri.
Anekdot:
Goreng menggoreng merupakan akviti memasak yang kerap dilakukan bagi saya yang sibuk bekerja. Selalunya ia dilakukan pada waktu petang atau hujung minggu. Keluarga saya lebih sukakan mee sanggul berbanding koayteaw, mee atau meehon, namun kaedah memasak sama sahaja kecuali kadang-kadang dimasukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu. Untuk lebih sedap potong cili padi dan tuang kicap manis sebagai sos sampingan.
mee sannggul ni juga kegemaran saya... saya lebih suka mee ni dari mee kuning biasa... taktahan bau kapur heheh
ReplyDelete