Tetiba tergerak hati ingin berkongsi kisah mengapa saya terjebak dalam dunia masakan ini....Alkisahnya semasa usia belasan tahun dulu saya bukannya suka sangat berada di di dapur kecuali untuk makan je sebab ada kakak2 yang sentiasa tolong mak. Lama kelamaan ia menjadi minat apabila terpaksa memasak ketika mak keluar bekerja. Masakan pertama yang saya masak pada masa itu adalah 'otek-otek' (sebenarnya ia resepi yang saya reka sendiri hahaha) iaitu sejenis jemput-jemput yang menggunakan ubi kayu parut. Ahli keluarga memuji sedap dan lembut. 'Gulai Kelantan' pula saya pelajari dari mak (nanti saya share resepinya) ekoran dari kelaparan setiap kali pulang dari sekolah (masa tu tngkatan 4 rasanya). Mak memuji masakan saya walaupun mungkin tidak sempurna tetapi kerap kali menjadi hidangan keluarga. Ekoran dari itu saya pelajari masakan simple Kelantan iaitu singgang ikan dan menyayur.
Semasa zaman belajar saya pernah tinggal di rumah sewa di Minden Height USM, kebetulan rakan serumah Abg Azmi memang terrer memasak pelbagai menu. Saya hanya menjadi 'kitchen helper' dan ada ketika turut memasak menu sendiri. Tetapi bila lepas belajar dan pertama kali posting mengajar di SMK Subis Niah Sarawak (1992) suasana mula berubah bila kawasan itu majoritinya adalah Iban dan sukar untuk mendapatkan makanan halal. Keperitan itulah yang mendorong diri menyelak buku2 resepi dan bertanya jiran2 guru wanita setiap kali nak memasak. Kebetulan housemate ketika itu juga rajin ke dapur dan kami sama2 belajar setiap kali bercuti di kampung. Ekoran dari situasi itulah tercetusnya minat untuk memasak sampai sekarang.
Sebelum ini saya hanya memasak yang simple menggunakan bahan yang mudah dan pusing-pusing menu yang sama je. Masa tu belum ada internet, blog atau youtube, jauh sekali fb. Sepanjang tempoh itu saya hanya sekali sekala memasak memandangkan tugas seorang guru sangat penat. Saya banyak menghabiskan masa untuk bekerja dan menulis karya kreatif termasuk novel dan cerpen. Bila kecewa dengan senario dunia penulisan termasuk royalti dan sebagainya maka saya beralih pula kepada gardening iaitu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah. Memasuki usia 40an barulah kegilaan terhadap masakan berputik semula. Buat pertama kali pada tun 2013 saya mengeluarkan mixer Kenwood yang tersimpan selama 18 tahun di dalam stor.
Inilah rupanya masakan saya yang pertama menggunakan Kenwood Chef dan tepung premix red velvet. Deconya tu main hentam je cupcake ni hahahaha
Memasuki pelbagai group masakan merupakan platform terbaik untuk mencari ilmu dan berkongsi resepi masakan. Mungkin bagi sesetengah oranhg penyertaan lelaki agak jengkel pada pandangan orang. Saya sendiri beberapa kali dipanggil SIS atau AKAK apabila berkongsi resepi di group hahahaha. Menubuhkan page masakan Dari Dapur Lelaki dan Group Resepi Otai (GRO) memberi warna-warna yang indah dan memberansangkan kerana minat memasak lebih melebar dan saya mencabar diri sendiri untuk membuat sesuatu yang saya tidak pernah buat. Alhamdulillah banyak resepi baru saya telah cuba dalam tempoh 2 tahun kegilaan ini. In shaa Allah saya akan kongsi setiap menu masakan saya di sini. Antara bidang baru yang saya terokai adalah membuat roti, western dan kek yang lebih menyerlah berbanding zaman awal2 minat dulu
Orang lelaki memang tak rugi kalau pandai memasak.
GRO adalah grp yg paling best saya ada, byk yg boleh di pelajari.. Tahniah buat Cikgu Wan.
ReplyDelete