Friday, 2 October 2015

PULUT INTI merupakan menu tradisi yg paling saya sukai selain Pulut Sambal. Ramai yg cuba buat dan jual tetapi tidak memenuhi citarasa sbb masing2 kemut bajet pastu ciput je pulut dan intinya. Sebenarnya bukan susah pun nak buat tetapi ghairah nak buat tu susah nak datang. Ok saya share resepi saya sendiri:
500gm beras pulut direndam semalaman
1 cawan santan pekat 
1 sudu teh garam 
inti:
3 cawan kelapa parut putih
2 keping gula melaka atau gula kabung ikut manis
2 sudu besar gula pasir ikut manis
sedit garam
1 sudu tepung pulut atau tepung gandum
daun pandan simpul
air secukupnya
# Kukus pulut kali pertama dalam 15 minit. Angkat dan tuang ke dlm mangkuk besar. Masukkan santan yg bercampur garam. Gaul mesra dan kukus lagi 20 minit hingga kelihatan berkilat. Gaul dan tekan dlm mangkuk seketika.
Inti.
Campurkan kelapa dgn 1 cawan air dan masukkan gula melaka dihiris nipis serta gula pasir. Manis bergantung kpd rasa masing2. Masukkan daun pandan dan kacau hingga sebati dan kering serta berminyak. Masukkan tepung pulut td utk membuat inti lebih melekat mesra.
Hidangkan pulut dgn inti. Kalau malas...beli je la hahaha

RENDANG JAWA

* Saya perolehi resepi ini daripada seorang guru wanita dari Johor (Jawa) pada tahun 2006), Sebaik sahaja mencubanya ternyata ia sangat sedap selain daripada cara membuatnya yang amat simple. Justru ia seringkali menjadi menu utama ketika selera hilang entah ke mana. Sedap dinikmati bersama nasi impit atau makan dengan nasi panas2

Hanya guna resepi yg sgt simple...
500gm daging dipotong nipis dan direndam dgn kicap manis cap kipas udang selama 4 jam. Blend cili kering ikut suka pedas (anggaran 25 biji ok la) bersama 2 biji bawang besar Holland dan 2 ulas bwg putih bersama 1 cawa
n air. Tumis bahan kisar hingga menggelegak. Masukkan daging perap bersama kicap. Kacau dan reneh hingga kering dan tambah sedikit garam. Masukkan 1 labu bawang besar dihiris nipis dan biar layu seketika dan siap.

Gamitan Rasa Luahan Jiwa

Bertahun lamanya aku tidak mengarang di web. Seingat aku tahun 2003 merupakan permulaan membuka web menggunakan perisisan Frontpage untuk projek master dalam bidang Multimedia dan Teknologi Pendidikan di USM. Selepas itu ia dingin beberapa tahun mungkin kerana tidak begitu mendesak. Tahun 2008 aku kembali berblog di Blogspot dan Wordpress sebaik sahaja menyambung jawatan sebagai Guru Media yang harus menyediakan laman web sekolah dan pada masa yang sama menulis dalam blog peribadi dengan tajuk Abewelife...Sumpah! aku dah lupa passwordnya hahaha.

Sebenarnya aku dan penulisan tidak boleh dipisahkan. Sebagai seorang guru sastera yang pernah mengikuti pelbagai kursus penulisan kreatif dan yang pernah menghasilkan 4 buah novel dan puluhan cerpen, maka menulis bukanlah sesuatu yang asing. Sementelah kehidupan seharian memang berpaksikan kepada penulisan dan pembacaan. Mungkin kerana rajuk yang panjang maka dunia penulisan kreatif aku tinggalkan dan jadilah aku pujangga yang bermain dengan rasa di facebook. Segala gamitan rasa dan luahan jiwa kulontarkan pada dinding-dinding Mukabuku, yang sebahagiannya ia tidak difahami oleh sesiapa.

Kini aku kembali lagi mewarnai dunia penulisan blog dengan visi baru setelah bidang baru kuterokai lewat minat dan sedikit bakat yang dipinjamkan oleh-Nya...KULINARI...ia bukan sesuatu yang baru tetapi satu rebranding minat yang suatu ketika tenggelam hanyut di lautan rasa. Tahun 2015 mencetuskan minat yang mendalam seiring dengan pembukaan page peribadi masakan iaitu 'Dari Dapur Lelaki' yang miliki hampir 5K follower dan awal bulan April munculnya Group Resepi Otai (GRO) di mana aku menjadi admin tunggalnya. Ia telah mencetuskan fenomena di fb apabila sehingga kini ahlinya melebihi 15K dengan pertambahan purata 100 orang ahli setiap hari. Lantaran itu blog Maestro's Delight ini lebih berfokuskan dunia MASAKAN

Thursday, 1 October 2015

MAKARONI BAKAR

Assalammualaikum....
Pelbagai versi makaroni bakar dan kita boleh ubah stail mengikut citarasa sendiri. Saya selalu masak pasta ni mengikut apa yang ada dalam esbok tetapi yang pasti cheese serta mix herbs tidak ditinggalkan:
2 cawan makaroni direbus dan ditoskan
1 cawan daging cincang
1 btg sosej dipotong
1 labu bawang besar didadu
1 biji tomato didadu
1 tin kecil tomato puri
1 sudu parmesan cheese
2 keping cheesedale
parutan mozarella
1/4 cawan susu segar
1 cili merah dicincang
4 cendawan butang segar dihiris
mix herbs, paprika dan chillies flake
3 biji telur dipukul bersama sedikit lada hitam dan garam
# Tumis bawang2 dan masukkan daging cincang.Bila garing masukkan tomato puri, sosej, saderi dan cendawan butang. Tuang susu segar dan parmesan cheese. Sejukkan seketika
# Dlm bekas besar gaul makaroni dgn bahan yg dimasak serta telur. Gaul mesra dan tuang ke dlm loyang yg dilapisi aluminium foil. Carikkan cheesedale dan parut mozarella. Bakar 180c api bawah 20 minit dan selebihnya api atas bawah hingga perang.


Wednesday, 30 September 2015

ANEKDOT TERJEBAK DALAM DUNIA MASAKAN






Tetiba tergerak hati ingin berkongsi kisah mengapa saya terjebak dalam dunia masakan ini....Alkisahnya semasa usia belasan tahun dulu saya bukannya suka sangat berada di di dapur kecuali untuk makan je sebab ada kakak2 yang sentiasa tolong mak. Lama kelamaan ia menjadi minat apabila terpaksa memasak ketika mak keluar bekerja. Masakan pertama yang saya masak pada masa itu adalah 'otek-otek' (sebenarnya ia resepi yang saya reka sendiri hahaha) iaitu sejenis jemput-jemput yang menggunakan ubi kayu parut. Ahli keluarga memuji sedap dan lembut.  'Gulai Kelantan'  pula saya pelajari dari mak (nanti saya share resepinya) ekoran dari kelaparan setiap kali pulang dari sekolah (masa tu tngkatan 4 rasanya). Mak memuji masakan saya walaupun mungkin tidak sempurna tetapi kerap kali menjadi hidangan keluarga. Ekoran dari itu saya pelajari masakan simple Kelantan iaitu singgang ikan dan menyayur.

Semasa zaman belajar saya pernah tinggal di rumah sewa di Minden Height USM, kebetulan rakan serumah Abg Azmi memang terrer memasak pelbagai menu. Saya hanya menjadi 'kitchen helper' dan ada ketika turut memasak menu sendiri. Tetapi bila lepas belajar dan pertama kali posting mengajar di SMK Subis Niah Sarawak (1992) suasana mula berubah bila kawasan itu majoritinya adalah Iban dan sukar untuk mendapatkan makanan halal. Keperitan itulah yang mendorong diri menyelak buku2 resepi dan bertanya jiran2 guru wanita setiap kali nak memasak. Kebetulan housemate ketika itu juga rajin ke dapur dan kami sama2 belajar setiap kali bercuti di kampung. Ekoran dari situasi itulah tercetusnya minat untuk memasak sampai sekarang. 

Sebelum ini saya hanya memasak yang simple menggunakan bahan yang mudah dan pusing-pusing menu yang sama je. Masa tu belum ada internet, blog atau youtube, jauh sekali fb. Sepanjang tempoh itu saya hanya sekali sekala memasak memandangkan tugas seorang guru sangat penat. Saya banyak menghabiskan masa untuk bekerja dan menulis karya kreatif termasuk novel dan cerpen. Bila kecewa dengan senario dunia penulisan termasuk royalti dan sebagainya maka saya beralih pula kepada gardening iaitu menanam pokok-pokok bunga di halaman rumah. Memasuki usia 40an barulah kegilaan terhadap masakan berputik semula. Buat pertama kali pada tun 2013 saya mengeluarkan mixer Kenwood yang tersimpan selama 18 tahun di dalam stor. 


Inilah rupanya masakan saya yang pertama menggunakan Kenwood Chef dan tepung premix red velvet. Deconya tu main hentam je cupcake ni hahahaha

Memasuki pelbagai group masakan merupakan platform terbaik untuk mencari ilmu dan berkongsi resepi masakan. Mungkin bagi sesetengah oranhg penyertaan lelaki agak jengkel pada pandangan orang. Saya sendiri beberapa kali dipanggil SIS atau AKAK apabila berkongsi resepi di group hahahaha. Menubuhkan page masakan Dari Dapur Lelaki dan Group Resepi Otai (GRO) memberi warna-warna yang indah dan memberansangkan kerana minat memasak lebih melebar dan saya mencabar diri sendiri untuk membuat sesuatu yang saya tidak pernah buat. Alhamdulillah banyak resepi baru saya telah cuba dalam tempoh 2 tahun kegilaan ini. In shaa Allah saya akan kongsi setiap menu masakan saya di sini. Antara bidang baru yang saya terokai adalah membuat roti, western dan kek yang lebih menyerlah berbanding zaman awal2 minat dulu


Orang lelaki memang tak rugi kalau pandai memasak.

Tuesday, 29 September 2015

KENANGAN BERSAMA.... MENTOR CHEF KHAIRI MANSOR




First time masuk kelas meroti bersama abang angkat saya Chef Khairi Mansor, seorang chef bakery yang terkenal dan berpengalaman dalam kulinari khususnya masakan barat dan pastri. Banyak yang saya pelajari daripadanya sejak kenal pada awal tahun ini. Hubungan baik dengan dengannya telah mendorong saya untuk menjadi stokis K Fine Cream Super (KFCS) iaitu sejenis krim pelembut dan pengembang roti. Saya suka caranya yang tegas tetapi kelakar dan beliau akan tegur jika saya buat silap...almaklumkan saya ni kuat mencarut di wall fb. Alhamdulillah saya telah menjual lebih 300 kilogram KFCS kepada ahli2 Group Resepi Otai (GRO). Saya menghormati ilmu dan pengalamannya dan saya tidak akan sewenang2nya meminta resepi daripadanya. Oleh itu saya memilih untuk memasuki kelas meroti berbayar kerana menghargai ilmunya. Walau pun saya boleh membuat roti tanpa hadir kelasnya tetapi ada banyak teknik baru yang saya pelajari sepanjang kursus ini. Dia bersama pembantu peribadinya Nash (dalam foto) memang tidak lokek ilmu tentang dunia roti ini.
Jika berminat nak order KFCS boleh hubungi saya di 0124530315

Monday, 28 September 2015

REBUNG MADU

Assalammualaikum...

Rumah mertua saya terdapat lebih kurang 30 pokok buluh madu, sebahagiannya terpaksa ditebang kerana bimbang menjadi semak samun bila ia makin membesar. Ia ditanam untuk dapatkan sulur rebungnya. Pada masa itu harga sekilo rebung madu antara RM 5 hingga RM 8 sekilo, maka ramailah penduduk kamapung yang menanamnya. Apa yang menariknya, rebung ini tidak memudaratkan kesihatan sama ada badan jadi berangin atau sakit urat berbanding rebung biasa atau dikenali sebagai rebung sungai. Kali pertama saya makan rebung ini ketika majlis perkahwinan saya di Kuala Nerang 21 tahun yang lalu. Keluarga saya di Kelantan memang tidak boleh makan rebung sebab berbisa (keturunan buluh betong gituw hehehe). Maka pada majlis kenduri itu keluarga saya tiada siapa yang berani makan kecuali saya. Ternyata rasanya sangat sedap dan manis bila dibuat gulai dengan ayam atau tulang lembu. Ia memberi petanda yang positif apabila saya tidak mengalami apa-apa masalah atau sumpahan hahaha. Nonsense kan. Pada tahun lepas saya membawa benih pokok buluh madu dan menanamnya di depan halaman rumah  kami . Kediaman yang agak sempit menimbulkan masalah apabila daun-daun berguguran dan ada ketikanya ia menjalar dan meliar. Namun banyak kali juga saya sempat mengambil sulur rebungnya untuk dijadikan masakan gulai atau sayur manis. Kini setiap kali pulang ke kampung isteri saya pasti akan mencari rebung ini dan disimpan berbulan lamanya di dalam peti ais.

Proses untuk mendapatkan rebung madu

Rebung yang setinggi 1 hingga 2 kaki dibuang kulit luar hingga menampakkan isi. Berbeza dengan rebung biasa, rebung madu tidak begitu miang atau gatal di tangan. Rebung yang sudah siap dipotong perlu direbus dlm 15 minit dan dibuang airnya dan direbus lagi 30 minit dan dimasukkan gula dan garam. Rebung madu boleh bertahan hingga sebulan di dalam peti ais tetapi harus menukar airnya setiap 2 hari. Selain masak gulai ayam atau tulang lembu, ia sedap dibuat paceri rebung,  sayur manis (macam sup), sayur lemak atau dimasak sambal bersama udang. Ia juga sedap dibuat ulam dicicah dengan sambal belacan. Perghh! sedap habaq hang!

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...