Thursday, 23 May 2019

Ayam Ala Thai

1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng

1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar)
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
6 tangkai cili padi
Sedikit halia
(Kisar semuanya)
Serai diketuk
Daun limau purut
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sesudu sos ikan
* Tumis serai, daun limau purut dan bahan kisar, tunggu hingga pecah minyak
Masukkan sos2 dan bawang Holland hiris
Masukkan ayam dan perasakan

Monday, 4 June 2018

Maestro Garden Airplant

Maestro Garden Airplant

Maestro Garden Airplant - For Sale
November 6, 2017

Airplant juga dikenali sebagai Tillandsia merupakan pokok tanpa tanah yang boleh hidup di udara
1. Cara menanam:
Anda boleh gunakan pasu yang berlubang, dawai yang dibentuk, tunggul kayu, plastik, batu, kulit siput atau apa saja medium yang membolehkan pokok ini 'menumpang duduk'. Sila pastikan ia tidak memerangkap air kerana ia boleh mengakibatkan 'rotten' (pereputan). Jangan sesekali gunakan tanah kecuali lumut asal yang ada pada driftwood.
2. Lokasi yang sesuai:
Airplant boleh hidup di mana-mana sahaja asalkan ada cahaya. Namun begitu tempat yang paling baik adlah bahagian balkoni / patio atau anjung rumah. Seeloknya ada sedikit cahaya matahari pagi. Sekiranya ingin menyimpan secara indoor seeloknya di tepi tingkap atau jika dijadikan hiasan di atas meja atau dinding, seminggu sekali dedahkan ia kepada persekitaran luar. Harus diingat Airplant memerlukan udara, air dan cahaya untuk terus hidup dan membesar.
3. Kaedah penyiraman:
Siram pokok ini sama ada guna hose shower (jika banyak) atau sekadar spray di keseluruhan pokok terutama bhg akar pada setiap 2 hari sekali. Sekiranya kawasan airplant anda terdedah kepada cahaya matahari, boleh siram setiap hari asalkan air tidak bertakung. Airplant masih mampu hidup sehingga 7 - 10 hari tanpa air.
4. Penjagaan pokok:
Pokok ini tidak memerlukan baja yg khusus, cuma jika ingin mempercepatkan proses pertumbuhan akar, anda boleh gunakan baja penggalak akar contohnya B1 (saya ada jual). Selain itu baja organik untuk akar pokok orkid juga boleh digunakan. Baja2 kimia adalah dilarang untuk pokok2 airplant. Racun serangga juga tidak perlu disembur kerana jarang berlaku jangkitan kulat atau serangan serangga ke atas pokok2 ini.
Selamat menjaga airplant anda. Jemputlah rakan2 anda yang lain untuk menyertai MGA sebagai satu keluarga yang sama2 mencintai pokok unik ini.

📞 0124530315 jika berminat

Koleksi Maestro Garden

Koleksi Beginner
Koleksi Advanced
Semalam saya masak 'Daging Masak Hitam' buat pertama kali sebagai percubaan sebab selalu makan rasa sedap kat kenduri. Saya sebenarnya tidak pasti apa bahan2nya tapi saya tetap cuba buat mengikut stail sendiri. Apa yang mengejutkan Mem makan bertambah dan tidak berkata apa2. Dah habis makan dia gosok belakang kita..."first time awak buat menu ni rasa sedap, nanti raya boleh buatlah tp potong kecil sikit daging"....Lihatlah duniaaa...terharu dan rasa sebak di dada hahahaha

Daging Masak Hitam Maestro
Resepinya:
daging 400gm dipotong besar dlm seinci pastu rebus dlm 30 minit atau hingga empuk bersama sedikit halia, bawang putih yg diketuk dan garam. Saya guna Noxxa HP 35 minit.
bahan kisar basah:
Ambil air daging tadi dan kisar bersama:
* 20 tangkai cili kering (nak pedas tambah lagi)
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
sedikit halia
* 1/2 labu bawang besar Holland , saya lebih suka bawang ini sbb lebih manis
(1/2 lagi simpan utk dihiris nanti)
* Kisar semuanya hingga halus

1 sudu besar rempah kisar kering:
(Untuk membuatnya guna 2 sudu besar biji ketumbar, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar lada hitam. Basuh, sangai hingga kering dan blend. Simpan dalam botol utk buat sup atau lain2 masakan)
sedikit kicap manis Kipas Udang (kicap paling sedap tp mahal la uoll) Jumlah bergantung kpd kehitaman yg diinginkan. Saya guna dlm 2 sudu je.
Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
sedikit halia dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kaun kari
minyak utk menumis

Tumis bahan2 tumis dulu, bila dah garing masukkan bahan kisar basah. Bila geleegak je masukkan daging yang sudah direbus itu. Renehkan seketika masukkan kicap. Reneh lagi hingga kering dan pecah minyak, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Sebelum angkat tu masukkan bawang besar holland yg dihiris.

Thursday, 24 May 2018


Rendang Jawa. 

Menu yg sudah berulang kali kita share dlm group masakan.
Rendang ini saya dapat resepi 10 tahun yg lalu drp seorang Jawarian guru pompuan dr Johor. Katanya di kawasannya area Muor (kalau tak silap) cukup pemes dimasak sbg bekal ke bendang atau perjalanan. Sedap dimakan dgn nasi panas, nasi impit, ketupat atau dicelupjilat jari begitu saja.
Ini resepi kuantiti yg saya selalu buat:
Daging RM 10 (anggaran 400 gm) dihiris nipis dan direndam dgn kicap manis cap kipas udang selama 1- 3 jam (lagi lama lagi sedap).
25 biji cili kering diblend bersama 1 labu besar bawang Holland dan 2 ulas bwg putih 

# Tumis je bahan blend. bila dah gelegak masukkan daging perap bersama kicapnya sekali. Mulalah kacau2 sampai kering dan pecah minyak. Perasakan masin dan manisnya. Masukkan hirisan bawang besar dan bila layu boleh la diangkat. Tidak perlu masuk gula atau ajinomoto lg sbb kicap manis kipas udang sudah complete.
* 3 versi yg berbeza rupa mengikut brp byk kicap dan cili yg digunakan tetapi rasanya lebih kurang sama je kecuali tahap pedas.

Tuesday, 22 May 2018

Keangsom Siakap..Stail Maestro

Keangsom Siakap

1 ekor ikan siakap dipotong 3 (boleh guna ikan jenahak, merah atau senangin)
* 7 tangkai cili padi
* 2 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* Sedikit kunyit
* Sedikit lengkuas
(* bahan2 ini diblend)
3 keping asam keping
1/2 keping gula kerek (melaka)
Sebatang serai
Sedikit potongan nenas
Sedikit kangkung
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa

Rebus bahan yg dikisar dgn asam keping dan serai, biar lama sikit hingga bau cili hilang. Masukkan gula keret
Masukkan ikan dan nenas
Akhir sekali masukkan kangkung
Perasakan

Wednesday, 20 September 2017

Bendi Goreng ala Mamak

Bendi Goreng ala Mamak

Secekak bendi dipotong 1 sm2 ulas bawang merah dihiris2 ulas bawang putih dihiris1 tangkai cili merah dihiris1 sudu kecil chillies flakeSedikit serbuk kunyit1 biji telurSerbuk perasa dan garam

Cara memasak

* Tumis bawang2 hingga garing. Masukkan bendi dan goreng hingga layu Sedikit. Masukkan cili merah, serbuk kunyit, chillies flakes dan garam.Pecahkan telur dan kacau hingga kering. Jgn tambah air utk elak ia berlendir

Mee Tulang Stail Maestro


Mee Tulang Stail Maestro

Sebatang tulang rusuk yg telah dipotong dan sedikit daging direbus dgn sedikit halia dan bawang putih serta garam. Rebus hingga empuk. Saya guna Noxxa hp 60minit. Air daging tu simpan
Mee 1 bungkus

*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*sedikit halia
* 1 biji tomato belah 4
* semua bahan ini digoreng hingga layu dan diblend hancur bersama sedikit udang kering
1 sudu besar pes cili
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 biji kentang direbus dan diblend guna air daging


Cara memasak

# Tumis bahan kisar tadi guna minyak yg sama, masukkan pes cili dan biar ia mereneh hingga garing dan pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato
Masukkan air daging bersama tulang dan daging 
Masukkan kentang yg telah diblend. Perasakan dgn garam dan serbuk Hilal.
Aksesori
Telur rebus, cili merah, sawi, tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan limau kasturi

Ayam Ala Thai 1/2 ekor ayam dipotong kecil, gaul garam kunyit dan goreng 1 labu bawang Holland (1/2 dihiris & 1/2 dikisar) 3 ulas baw...